HOME Ikan buntal
Ikan buntal

Ikan buntal

Last updated: 28 April 2017

Ikan buntal merupakan salah satu daripada jenis ikan putih dan di Jepun, ikan buntal pada kelazimannya dimasak. Ikan buntal boleh boleh dijadikan pelbagai masakan, malahan terdapat banyak juga kedai-kedai yang pakar dalam memasak ikan buntal.

Jenis-jenis ikan buntal

Jenis-jenis ikan buntal

Dalam 120 jenis, terdapat 22 jenis ikan buntal yang dapat dimakan di Jepun. Seseorang harus mempunyai "lesen memasak ikan buntal" untuk memasak ikan buntal, kerana terdapat juga ikan buntal yang mampunyai racun pada sebahagian tubuhnya.

Musim ikan buntal

Musim ikan buntal

Ikan buntal dapat dimakan sepanjang tahun, tetapi semasa musim sejuk, suhu air laut menurun lalu menyebabkan badan ikan buntal mempunyai lebih banyak lemak dan lebih enak dimakan. Di samping itu, pada waktu musim sejuk juga "shirako" ikan buntal sebelum persenyawaan juga lebih enak dimakan.

Sashimi ikan buntal

Sashimi ikan buntal

Sashimi ikan buntal juga digelar sebagai "Tessa". Ikan buntal dipotong secara nipis-nipis sehingga menjadi seakan-akan lutsinar . Cara untuk memakannya ialah dengan mengambil 2 hingga 3 keping ikan buntal menggunakan penyepit lalu dicecah "ponzu" iaitu sos gabungan kicap dan limau. Ikan buntal yang segar mempunyai kekenyalan yang sederhana.

Masakan utama - Fuguchiri

Masakan utama - Fuguchiri

Fuguchiri ialah ikan buntal yang direbus bersama pelbagai sayur-sayuran. Juga digelar "Tecchiri". Dimakan bersama sos "ponzu." Oleh kerana pati ikan buntal dan "umami" akan terasa di dalam sup, setelah selesai memakan Fuguchiri, bubur nasi dan telur juga elok dimakan.

Masakan utama - wain sirip

Masakan utama - wain sirip

Wain sirip diperbuat daripada sirip ikan buntal yang dibakar sehingga menjadi coklat keemasan lalu dipanaskan dan dimasukkan sake (arak Jepun). Rasa unik ikan buntal dan sake dapat dirasai dalam masakan ini.

Shirako Ponzu

Shirako Ponzu

Sperma ikan buntal yang segar tidak berbau, malahan lemak berkrim. Di Jepun, selain sperma ikan buntal dimakan mentah lalu dimakan bersama "ponzu", ianya juga dimakan dengan cara membakarnya sedikit lalu dimakan dengan "ponzu", garam dan sebagainya.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari