Hormon adalah organ dalaman lembu atau khinzir. Di Jepun ia dimakan dengan membakar atau merebus. Ia ditulis sebagai “Hormon” atau “Motsu”.
Sejarah Hormon

Masakan yang menggunakan organ dalaman di Jepun direkodkan telah bermula sejak dari abad ke-7. Perkataan ini dikatakan berasal daripada bahasa Jerman iaitu "hormon" atau "hormone" daripada Bahasa Inggeris. Pada tahun 1920-an, makanan bertenaga dan berkhasiat telah mula dipanggil sebagai "masakan hormon".
Merasai hormon

Hormon yang dimasak secara ringkas adalah lebih sedap. Hormon yang telah diperap di dalam sos yang dipanggil “Tare” pula perlu dibakar terlebih dahulu sebelum dimakan. Manakala, hormon yang belum diperasakan perlu dibakar terlebih dahulu, lalu ditambah dengan garam, lemon atau sos Tare. Disamping itu di Fukuoka terkenal dengan hormon direbus bersama daun kucai dan taufu yang dipanggil “motsunabe”. Anda boleh menikmati rasanya sama ada berair dan garing. Secara amnya, rasa hormon adalah berbeza bergantung kepada cara masakan dan penggunaan bahan mentah yang segar.
Menikmati teksturnya yang unik

Setiap bahagian hormon mempunyai pelbagai rasa dan tekstur. Bahagian usus besar adalah sangat gebu dan berair, bahagian perut pula mempunyai keanjalan dan rangup, manakala hati pula lembut dan berlemak.
Restoran yang menyediakan hidangan hormon

Hidangan hormon boleh didapati di restoran daging bakar atau kedai menjual organ dalam yang khas. Kebiasaannya, harganya yang murah jika dibandingkan dengan daging menjadi salah satu daya tarikannya. Hormon yang dinikmati bersama minuman sake boleh dinikmati dengan bayaran lebih kurang 2~3 ribu yen seorang. Mengikut cerita, semasa harga daging melambung tinggi, hormon telah dimakan untuk mendapatkan zat. Di bar, ianya terkenal sebagai hidangan sampingan. Terdapat juga hormon bakar dan kucai yang ditumis, direbus bersama-sama.
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Lawatan & Aktiviti Popular
Recommended places for you
-
Appealing
Asahiyama Zoo
Zoos, Aquariums & Botanical Gardens
Asahikawa
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Senso-ji Temple
Temples
Asakusa
-
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Mesin jualan automatik
-
Kad bank luar negara
-
Musim Luruh Jepun 2026: Ramalan Daun Musim Luruh & Tempat Terbaik untuk Menikmati Warna-Warni (+Maklumat Lawatan)
-
Panduan Pas Sehari Tokyo: 20 Tiket Dibandingkan Merentas JR, Metro, dan Kereta Swasta
-
Mencuba pakaian
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
Apa yang Perlu Dibawa ke Jepun: 15 Barangan Penting untuk Perjalanan Tanpa Masalah
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Membeli-belah di Jepun 2026: Kalendar Jualan Tahunan, Tawaran Terbaik & Tempat untuk Membeli-belah
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak












