Bagaimanakah sebenarnya masakan Jepun yang dikenali dengan konsepnya yang menyihatkan itu? Saya ingin memperkenalkan kepada anda ryoutei (restoran tradisional Jepun yang menyajikan masakan Jepun untuk kelas atasan) iaitu tempat di mana anda boleh merasai masakan Jepun yang asli.
Perasa dalam masakan Jepun

Masakan Jepun sangat mementingkan rasa asli bahan yang digunakan tanpa terlalu banyak mengolah masakan tersebut. Perasa yang digunakan adalah seperti gula, garam, cuka, shouyu (kicap Jepun) dan miso (pes yang diperbuat dari beras, kacang soya dan garam yang diperam), manakala rempahnya adalah seperti halia dan bawang.
Menghiasi masakan Jepun

Tarikan masakan Jepun juga adalah dari keindahan rupa masakan tersebut. Masakan yang telah siap dimasak bukan sahaja akan dihidangkan agar nampak seimbang tetapi, untuk menyerlahkan lagi hidangan tersebut, ia turut juga dihiasi dengan sayur-sayuran, menggunakan bekas yang bersesuaian dengan masakan dan menggunakan daun, dahan dan bunga-bungaan bagi menghayati sesuatu musim. Ianya menunjukkan keunikan masakan Jepun tersebut.
Apa itu Ryoutei?

Ryoutei adalah restoran berprestij tinggi yang menyajikan masakan Jepun. Malahan sekarang sudah terdapat banyak restoran yang mempunyai suasana tersebut dan mampu di masuki oleh orang awam. Jika anda ingin menggunakannya, eloklah anda membuat tempahan terlebih dahulu kerana penyediaan makanan dan pemilihan bahan akan mengambil masa yang lama.
Masakan yang dihidangkan di Ryoutei

Set lengkap bagi hidangan masakan Jepun yang disediakan di Ryoutei atau Ryokan (rumah penginapan tradisional Jepun) dipanggil "Kaiseki Ryouri" iaitu masakan yang dihidangkan satu per satu. Kebiasaannya menu yang dihidangkan bersesuaian untuk dinikmati bersama minuman arak dan hidangan nasi pula akan di hidangkan selepas itu.
Cara-cara menikmati ryoutei bagi mereka yang pertama kali mengenalinya

Bila anda memasuki Ryoutei, perhatikanlah dengan teliti taman-taman, gubahan bunga-bunga, dan juga hasil seninya. Sebaik sahaja anda duduk, anda bukan sahaja dihidangkan dengan masakan yang dihiasi di dalam bekas yang cantik dan bersinar oleh tukang masak yang berkemahiran, malahan anda juga boleh mendapat layanan yang baik dan mesra daripada pelayan-pelayan wanita yang dikenali sebagai Okami (Ketua pelayan wanita) dan Nakai (pelayan wanita).
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Sushi Tamahime KYOTO
Japanese cuisine
Kyoto Station, To-ji Temple
-
Kurayamizaka Miyashita Marubiru
Japanese cuisine
Tokyo Station
-
Tokyosumomatsuri
Japanese cuisine
Ginza
-
Menu
Ganso Kamameshi Haru
Japanese cuisine
Asakusa
-
Kaisekiryori Toyokan
Japanese cuisine
Sendai And Matsushima
-
Kappo Kishu
Japanese cuisine
Arashiyama, Uzumasa
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Mesin jualan automatik
-
Mencuba pakaian
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
Seni masakan mewah di Tokyo
-
Nikmati Hidangan Jepun Yang Asli Di Restoran Yang Terkenal
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
4 kedai lama masakan tradisonal Jepun yang boleh dinikmati di Tokyo












