Karaoke

Karaoke

Update: 8 September 2017

Boleh dinikmati biarpun seorang atau berdua juga bersama kawan-kawan. Karaoke merupakan salah satu hiburan di Jepun. Tidak kira siang ataupun malam, anda boleh menyewa bilik dan bebas untuk menyanyi.
Pandai menyanyi ataupun tidak, tiada masalah! Tetapi kenapa karaoke di Jepun digemari sampai ke tahap ini? Bagaimana tentang sistemnya?

Sejarah karaoke

Sejarah karaoke

Hiburan yang menggunakan alat muzik yang mendendangkan lagu tanpa nyanyian dan lagu yang dipadankan dengan muzik dinamakan “karaoke”. “Karaoke” adalah dari perkataan “kara” yang bermaksud kosong dan okestra yang dipendekkan menjadi “oke” disatukan menjadi perkataan, oleh itu maksudnya” okestra yang kosong”.
Peralatan karaoke telah ada sejak awal 70-an, dipelopori oleh Inoue Daisuke yang merupakan seorang ahli kugiran merangkap ahli perniagaan. Daripada idea “okestra yang kosong” tercetus ayat “saya pun mahu menyanyikannya, untuk menyediakan orang yang menyanyi dibelakang bukan perkara mudah” kepada pelanggan di bar. Tetapi Inoue tidak mempatenkan peralatan karaoke tersebut. Selepas itu, karaoke telah mempunyai pengaruh yang besar, dimana pada 90-an dan seterusnya telah dikenali di seluruh dunia.

Belum pernah didengari sesiapa, itulah keunikan karaoke!?

Belum pernah didengari sesiapa, itulah keunikan karaoke!?

Kenapa karaoke telah menjadi kegilaan ramai? Jawapannya ada bermacam-macam, tetapi yang penting ia boleh dinikmati secara sendirian atau bersama kawan-kawan. Berkomunikasi bersama kawan baik sambil minum sake dan menyanyikan lagu kegemaran merupakan keseronokan yang tidak terhingga.
Konsep karaoke ini tidak mengira sama ada seseorang itu pandai menyanyi ataupun tidak, suara merdu ataupun tidak dalam menyanyikan sesebuah lagu. Mungkin tidak berapa bagus tetapi tujuan utama karaoke adalah keseronokan dengan melagukannya.
Lagu yang tidak pernah didengari sesiapa. Oleh itu, tidak malu walaupun tidak bagus melagukannya, yang penting melagukan dengan menjiwainya.

Pemilihan lagu

Pada masa kini, karaoke telah digemari di seluruh dunia tetapi anda sudah tentu ingin mempunyai pengalaman mencubanya di tempat kelahirannya di Jepun. Lagu dalam pelbagai Bahasa seperti Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa China, Bahasa Korea dan sebagainya telah dimasukkan ke dalam karaoke, jadi tidak perlu risau jika anda tidak tahu lagu Jepun.
Genre lagu adalah pelbagai, daripada klasik dan pop hinggalah kepada lagu anime dan muzik rock. Jika tidak pasti lagu apa yang hendak dinyanyikan, mungkin boleh menyanyikan lagu yang diminati semasa zaman kanak-kanak dahulu.

Jom pergi ke karaoke box

Jom pergi ke karaoke box

Karaoke box boleh dijumpai di bangunan besar yang dipamerkan dengan lampu neon. Bila masuk ke pusat karaokae, pertama sekali anda perlu beritahu kepada kakitangan pusat berkenaan berapa jam anda ingin berkaraoke.
Selain itu anda boleh memilih bilik yang dibenarkan merokok atau tidak. Secara asasnya karaoke box menyediakan satu minuman atau perlu memesan lebih dari satu minuman. Selain itu 10 minit sebelum tamat, kakitangan akan membuat pemberitahuan melalui telefon yang dipasang di dalam bilik. Jika perlukan lebih masa, anda boleh meminta untuk melanjutkannya. Semasa pulang, beri kepada kakitangan slip yang diterima semasa penempahan untuk pengiraan.

Cara penggunaan mesin karaoke

Cara penggunaan mesin karaoke

Pada masa kini lagu karaoke secara asasnya boleh dipilih dengan panel sesentuh yang terdiri daripada pelbagai bahasa dan akan dihantar kepada mesin menjadi suatu sistem. Selain itu panel sesentuh berfungsi dengan mencari kategori seperti penyanyi atau nama lagu, genre dan sebagainya, lagu yang digemari dan lagu terbaru. Jika tidak tahu menggunakan panel sesentuh, sila panggil kakitangan yang bertugas. Namun, pusat karaoke yang lama kebiasaannya tidak menggunakan panel jenih sesentuh. Di sini, lagu diambil daripada senarai dalam buku yang disediakan. Buku ini dicetak dengan sususan yang memudahkan anda mencari lagu kesukaan anda.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini