HOME Arca Jepun
Arca Jepun

Arca Jepun

Last updated: 6 Mac 2017

Sepanjang sejarah dan budaya Jepun, arca memainkan peranan penting untuk menyampaikan pandangan dan idea mereka mengenai agama dan falsafah era itu. Dari motif berkaitan dengan binatang yang berasal dari kepercayaan animisme, sehinggalah arca berunsur politik di abad 20 yang dipengaruhi aestetik Barat dan tidak lupa seni moden yang menyampaikan mesej yang kuat melalui bentuk dan warna yang menonjol. Kali ini memperkenalkan dunia arca Jepun yang unik dan mendalam.

Dari era Asuka sehinggalah Heian

Era Asuka (583-710) menandakan secara rasminya agama Buddha diperkenalkan di Jepun, seperti ditulis dalam Nihon Shoki, dokumen sejarah penting dan paling lama di Jepun. Seperti dapat dilihat di arca dan kuil, ketika ini banyak dipengaruhi oleh agama Buddha. Ketika ini semua ukiran dibuat oleh kayu.
Ketika era Heian (794 – 1185) agama Buddha telah tersebar ke seluruh Jepun dan ukiran adalah unik untuk setiap kawasan. Bukan sahaja imej Buddha dihasilkan tetapi untuk agama Shinto juga dihasilkan. Bahan ukiran bukan sahaja dari kayu pokok “Camphor” tapi juga dari pokok “Japanese Cypress” dan pokok buah pala.

Era Edo

Seni ukiran arca yang boleh mewakili era Edo ialah kuil terkenal Tosho-gu di Nikko. Ia dibina oleh arahan Shogun Jepun ketika Tokugawa Iemitsu dan dihiasi dengan lebih 5000 jenis ukiran arca. Lebih kurang 508 ukiran arca boleh dijumpai di gerbang indah yang dipanggil Yomeimon dimana ukiran arca naga, orang bijaksana, dan pelbagai haiwan yang muncul dari pelbagai lagenda dan cerita rakyat diwarnakan dengan terperinci.

Era Meiji dan zaman sekarang

Apabila era Meiji bermula, artis jepun mula dipengaruhi oleh budaya barat dan mula mengunakan teknik, bahan dan gaya budaya barat. Pada masa sekarang, pelbagai bahan digunakan untuk ukiran arca, dari besi, plastik dan besi stainless sehinggalah benda yang unik seperti pisang dan grafit pensil. Ukiran arca jepun berkembang setiap hari, sambil mengekalkan cara dan aestetik tradisional.
Hakone Open-Air Muzium di Kanagawa bukan sahaja dikunjungi pelancong jepun tetapi juga pelancong dari luar Jepun. Pameran ini adalah unik kerana ia diadakan di luar dan satu hari tidak cukup untuk melihat kesemuanya kerana bilangan ukiran arca yang unik sangat banyak. Kebanyakan ukiran arca disini adalah direka untuk berinteraksi, mengalakkan kanak kanak dan mereka berjiwa muda untuk memanjat dan bermain sepuas hati.

Festival seni di Jepun

Di Jepun, sejak kebelakangan ini semakin banyak pesta seni diadakan. Tidak terhad di kawasan bandar besar, malah di luar kawasan bandar seperti do pantai hinggalah padang semulajadi yang kehijauan meluas dijadikan tapak pesta, serta artis tempatan di kawasan itu dapat mempamerkan karya mereka di pesta itu. Pengharmonian masyarakat moden dan alam sekitar adalah satu pengalaman yang patut dialami, dan jika ada peluang, silalah pergi ke festival seni yang diadakan di luar bandar.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari