Apakah agaknya jenis muzik yang terdapat di Jepun dan bagaimanakah gaya rakyat Jepun menikmati muzik tersebut? Artikel ini akan menerangkan secara meluas cara menghayati muzik sama ada di rumah mahupun semasa menghadiri konsert secara langsung.
Perubahan lagu-lagu hit mengikut peredaran zaman.

Lagu yang popular pada sekitar 50 tahun yang lalu ialah lagu berentak pop yang dipanggil "Kayokyoku". Dari situ terhasil satu genre baru yang mula bertapak dalam industri muzik dan mempunyai identiti Jepun tersendiri yang dipanggil "Enka". Penyanyi Enka kebiasaannya akan mengenakan pakaian tradisional Jepun sambil menyanyikan lagu dengan teknik nyanyian yang unik dipanggil "kobushi". Kebanyakan lagu Enka adalah bertemakan perasaan kepedihan cinta dan perasaan nolstalgia terhadap kampung halaman. Pada masa kini, peminat Enka adalah lebih kepada warga emas manakala golongan muda lebih mengemari muzik pop.
Persembahan "live" idola perempuan

Sejak akhir-akhir ini, terdapat pelbagai jenis idola dari kawasan tempatan yang telah membuat kemunculan melalui persembahan nyanyian dan tarian. Kebiasaannya, untuk menambahkan lagi kerancakan dalam persembahan, idola akan memasukkan elemen sorakan kepada peminat sambil bertepuk tangan mengikut rentak lagu semasa menyanyi.
"Min'yo" (lagu rakyat)

Lagu rakyat mengikut kawasan masing-masing masih kekal diwarisi oleh masyarakat setempat. Sekiranya anda ke Okinawa, anda berpeluang melihat persembahan "Ryukyu Min'yo" (lagu rakyat Ryukyu) yang seringkali dipersembahkan di "Min'yo Izakaya" (kedai minum lagu rakyat). Ianya mungkin akan menjadi satu memori yang indah untuk mendengar lagu rakyat Okinawa sambil menikmati hidangan Okinawa dan minum dengan sepuas-puasnya.
Audio definisi tinggi yang semakin mendapat tumpuan pada masa kini

Pada masa kini, penekanan dalam aspek kelebaran lingkungan suara telah menghasilkan bunyi yang dipanggil audio definisi tinggi. Dengan kualiti audio yang tinggi mengatasi audio digital cakera padat, pendengar dapat mendengar bunyi seperti nafas vokalis atau sorakan penonton semasa persembahan "live" dan sebagainya. Muat turun lagu berdefinisi tinggi semakin meningkat di Jepun malah dijangkakan akan terus berkembang pada masa akan datang.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Lawatan & Aktiviti Popular
Recommended places for you
-
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Senshu Park
Parks
Surrounding Areas Of Akita
-
Sendai Tanabata Festival
Japanese Festivals (Matsuri)
Sendai And Matsushima
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui
-
Apa yang Perlu Dibawa ke Jepun: 15 Barangan Penting untuk Perjalanan Tanpa Masalah
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam












