
"Geido" berasal dari nama “geijitsunodo”(jalan kesenian) merujuk kepada hiburan atau seni tradisional Jepun yang memerlukan kemahiran dan kerohanian yang sistematik. Bukan hanya lukisan, lakonan, perkara yang ingin ditonjolkan atau kejayaan mengalahkan lawan yang menjadi kayu ukur, tetapi menyanjung tinggi proses terjadinya seni dan penghormatan itulah yang dinamakan “Geido”.
Apa itu geido

Pada asasnya ia dibahagikan kepada 3 aliran yang berbeza iaitu persembahan seni tradisional, kraf tradisional dan kemahiran, serta seni mempertahankan diri. Aspek-aspek yang turut ditekankan bersama dengan teknik didalam geido adalah latihan dari aspek mental seperti etika dan moral didalam kesenian dan hiburan, serta etika yang dipelajari. Dengan mengikuti filosofi Geido, hati akan lebih suci seterusnya menggilap kemahiran diri.
Latihan geido

Latihan Geido bukan sahaja dijalankan di dalam dojo (gelanggang latihan), malah ia juga dilakukan dalam kehidupan seharian. Geido mementingkan rasa hormat terhadap nenek moyang serta orang yang lebih tua, mementingkan hubungan antara guru dan murid, berbudi bahasa, serta berlemah lembut terhadap orang lain. Matlamat akhir geido adalah untuk memahami dengan lebih mendalam filosofi dan kesenian, serta menyampaikan seni ini kepada generasi akan datang.
Seni tradisional: Kabuki

Kabuki, seni tradisional yang mempunyai sejarah selama 400 tahun, adalah teater rakyat di mana kesemua watak termasuklah watak perempuan dimainkan oleh lelaki dengan mengenakan kostum mewah. Kabuki mempamerkan perbezaan jantina, identiti, serta umur melalui pemakaian kostum, rambut palsu, solekan, dan sebagainya. Pada kebiasaannya, pelakon Kabuki akan diwarisi oleh kanak-kanak yang lahir didalam keluarga yang sama, dimana mereka akan mula berlatih dan berdiri di atas pentas sejak dari usia 3 - 4 tahun.
Kraf tradisional

Terdapat pelbagai jenis kraf tradisional Jepun seperti seni bina, tembikar, kaligrafi dan sebagainya yang tidak dipelajari dari buku teks. Pada dasarnya kemahiran ini diturunkan daripada seorang guru. Kemahiran ini digilap dengan membuat latihan secara berulang kali selama bertahun-tahun. Pada zaman kini, dimana pembuatan menggunakan mesin lebih diutamakan, menjadikan tukang yang menghasilkan karya seni daripada tangan adalah sangat berharga.
Seni mempertahankan diri: Judo

Judo adalah dari perkataan “nyuwakyudo” merupakan seni mempertahankan diri dari Jepun yang telah tersebar ke seluruh dunia serta menjadi salah satu disiplin di dalam sukan Olimpik. Judo mengajar untuk menghormati serta membantu lawan juga dapat menggilap peri kemanusiaan yang akhirnya dapat bekerjasama dengan lawan.
Geido pada abad 21

Kini, konsep geido telah bertaraf antarabangsa. Banyak kelas seni mempertahankan diri telah dibuka di seluruh dunia dan cara ia diajar adalah mengikut kesesuaian negara dan budaya setempat. Di samping itu, terdapat juga kelas-kelas harian untuk mempelajari seni seperti "kado" dan “ikebana” (seni gubahan bunga), dimana tujuannya supaya tradisi ini diwarisi turun temurun. Selain itu kebelakangan ini, keindahan gabungan tradisi dan moden telah melahirkan gaya baharu kelas ikebana dan cara-caranya menggubahnya.
*Unauthorized reproduction is prohibited.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Kambei Sannomiyahonten
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Kanzenkoshitsuyakinikutabehodai Gyugyu Paradise Sannomiya
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Ryokan (rumah inap)
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.