HOME Runtuhan Village
Runtuhan Village

Runtuhan Village

Last updated: 29 Mac 2017

Adalah normal untuk beberapa buah rumah ditinggalkan, terutamanya di kawasan kampung. Tetapi, adakalanya seluruh kampung akan ditinggalkan atas faktor keselamatan seperti tanah runtuh dan tsunami, adakalanya juga kerana penutupan lombong berdekatan yang menyebabkan pemindahan penghuni kampung secara besar-besaran. Meneroka kampung-kampung sebegini adalah pengalaman yang amat unik dan menarik serta memberi kita peluang untuk mempelajari sejarah Jepun secara menyeluruh.

Tapak Bersejarah

Tapak Bersejarah

Terdapat tapak bersejarah daripada pelbagai zaman, di antaranya sehingga mencecah 5000 tahun. Kebanyakkan mereka telah di jadikan muzium dan tempat pameran untuk dikunjungi pelancong yang memaparkan pelbagai artifak bersejarah seperti alat-alat kehidupan seharian dan patung-patung berunsurkan keagamaan. Bangunan zaman dahulu juga di bina semula untuk membolehkan kita mempelajari adat dan gaya hidup masyarakat Jepun ketika itu.
Antara contohnya, tapak bersejarah Sannai-Maruyama di Aomori yang berusia 5000 tahun dan Tapak Bersejarah moden seperti Nobuki-Funamori di Nagasaki yang dibina pada tahun 1880 dan ditinggalkan pada tahun 1970 adalah amat terkenal di Jepun.

Penempatan Terbengkalai

Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua di Jepun, terdapat beberapa penempatan setempat yang tercipta kerana pekerjaan, Kebiasaannya kesan daripada perdagangan dan lombong. Namun demikian terdapat beberapa penempatan sebegini terbengkalai akibat perindustrian di kawasan itu tamat. Kita boleh mengetahui cara kehidupan masyarakat Jepun dan bagaimana mereka dipengaruhi oleh revoulsi perindustrian ketika itu dengan melawati tempat-tempat sebegini. Pulau "Gunkanjima" yang terletak di Bandar Hashima merupakan tempat peninggalan yang terkenal di Jepun. Di zaman kegemilangannya, terdapat lebih kurang 5000 orang penduduk menetap di pulau Gunkanjima yang agak kecil ini. Ia menjadi mercu tanda kepada revolusi perindutsrian di Jepun, dan merupakan tempat pelancongan yang terkenal ketika itu.
Namun demikian, Industri Perlombongan di Jepun mula merudum pada tahun 1960, menyebabkan beberapa penempatan berdekatan lombong terbengkalai. Pulau Gunkanjima ini juga merupakan salah satu mangsa keruduman ekonomi ini dan menyebabkan ia terbengkalai. Selain daripada Gunkanjima, Lombong Osarizawa di Wilayah Akita, Lombong Matsuo di wilayah Iwate dan Lombong Tembaga Ashio di Wilayah Tochigi adalah antara penempatan terbengkalai yang terkenal di Jepun.

Melawati Tapak Bersejarah

Melawati Tapak Bersejarah

Walaupun kebanyakkan tempat peninggalan di jadikan tapak bersejarah yang boleh dikunjungi pelancong, terdapat juga tempat peninggalan yang jauh daripada masyarakat setempat Jepun. Tempat-tempat seperti ini adalah dilarang masuk dan kita hendaklah mengelakkan ia kerana berbahaya.
Pendek kata, melawati tempat-tempat peninggalan yang bersejarah ini amat menyeronokkan dan pasti akan menjadi satu kenangan yang unik ketika berada di Jepun. Oleh itu marilah kita merancang untuk melawati tempat-tempat sebegini jika kita berpeluang ke Jepun.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari