Loker syiling sangat mudah digunakan untuk menyimpan bagasi. Marilah kita belajar bagaimana untuk mencari dan menggunakan loker syiling!
Di mana untuk mencari Loker Syiling
Loker syiling boleh didapati di stesen keretapi, pusat membeli-belah, kedai-kedai dan juga taman hiburan. Beberapa supermarket juga mempunyai loker dingin!
Bayaran dan Jenis Loker
Bergantung pada saiz, loker syiling biasanya mengenakan bayaran sebanyak 300 yen sehingga 1000 yen. Pelbagai jenis loker boleh didapati di sini, dari loker biasa dengan kunci, ataupun loker dengan kunci digital, ataupun loker yang mengunakan nombor telefon bimbit sebagai kunci. Kebanyakan loker hanya menerima duit syiling 100 yen, oleh itu anda perlu menyediakan duit syiling yang mencukupi sebelum menggunakan loker. Kebelakangan ini (terutamanya di stesen keretapi), banyak loker menggukanan kad digital prabayar yang dikeluarkan oleh syarikat keretapi. Ada juga loker di tempat umum yang mengembalikan wang anda selepas digunakan.
Cara Mengguna Loker Berkunci
Marilah belajar cara menggunakan loker berkunci. Loker digital mungkin mempunyai skrin dalam Bahasa Inggeris.
1.Pilih loker yang mempunyai kunci di slot kunci – loker tanpa kunci adalah loker yang sedang digunakan
2.Buka pintu loker, letakkan bagasi anda ke dalam, dan masukkan duit syiling yang diperlukan ke dalam slot duit syiling
3.Tutup pintu loker, putarkan kunci untuk mengunci loker dan keluarkan kunci.
4.Gunakan kunci bagi mengeluarkan bagasi. Jika anda telah melebihi masa penggunaan loker, anda perlu memasukkan duit syiling yang lebih bagi membuka pintu. Jumlah yang diperlukan akan dipaparkan di sebelah slot duit syiling.
Cara Pengiraan Bayaran Tambahan
Terdapat dua jenis system bayaran bagi loker. Bagi jenis pertama – kadar bayaran adalah rata samada loker digunakan dari jam 9 pagi atau dari 10 malam ke tengah malam, dan anda perlu membayar bayaran tambahan selepas tengah malam. Bagi jenis kedua, harga dikira menggunakan unit masa yang tetap. Bayaran tambahan bergantung pada jumlah masa melebihi had masa.
Berapa Lama Barangan Boleh Disimpan?
Biasanya, loker boleh digunakan sehingga 3 hari. Jikalau anda menyimpan barangan melebihi had masa ini, syarikat pengurusan akan mengeluarkan barangan anda untuk disimpan di dalam pejabat. Anda akan dikenakan bayaran bagi menyimpan barangan. Dan jika anda tidak menuntut barangan anda dalam masa sebulan, pihak syarikat mungkin akan membuang barangan tersebut.
Langkah berjaga-jaga
Kebanyakan loker melarang pengguna untuk menyimpan duit atau barangan berharga. Kebanyakan loker juga melarang penyimpanan barangan segar, haiwan ataupun barangan bahaya. Sila ambil perhatian, anda harus membayar jikalau anda membuka pintu loker. Sebagai contoh, jika anda membuka pintu loker sebanyak dua kali, anda akan dikenakan bayaran sebanyak dua kali. Selain itu, tempat dan lokasi seperti stesen besar mungkin mempunyai banyak loker, oleh itu anda harus ingat lokasi loker anda. Loker di stesen berdekatan dengan destinasi pengunjung mungkin telah diguna, oleh itu anda harus membuat rancangan terlebih dahulu. Juga, loker di beberapa lokasi mungkin tidak boleh diakses selepas tengah malam. Sila pastikan masa tidak menjadi masalah di lokasi tersebut.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Sunflower terminal (Osaka) Terminal 1
Other Sightseeing
USJ, Nanko Port
-
Events
Osaka JOINER
Other Sightseeing
Namba, Dotonbori, Shinsaibashi
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Menu
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Kamesushi Sohonten
Sushi
Umeda, Osaka Station, Kitashinchi
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Kad bank luar negara
-
Ryokan (rumah inap)
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
Akihabara, dahulu dan sekarang
-
Shibuya dan Harajuku dahulu dan sekarang.
-
Ginza dan Tsukiji yang dahulu dan sekarang
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo