HOME Omairi : Cara melawat jinja (kuil agama Shinto) dan kuil agama Buddha
Omairi : Cara melawat jinja (kuil agama Shinto) dan kuil agama Buddha

Omairi : Cara melawat jinja (kuil agama Shinto) dan kuil agama Buddha

Last updated: 27 Julai 2020

Kuil Shinto ialah sebuah tempat ibadat sebagai penghormatan kepada ‘kami’, dewa dewa Shinto, dimana ia adalah rumah tempat ‘kami’ bersemadi. Nama kuil yang menjadi kebiasaan ialah ‘jinja’, dalam erti kata lain membawa maksud ‘tempat kami’. Kuil yang dibina untuk ‘kami’ bergantung kepada jenis ‘kami’ dan terdapat ciri-ciri yang sangat khas serta upacara yang diadakan di kuil itu sendiri. Kuil ini boleh dikhususkan untuk dewa tempatan yang dipercayai tinggal di situ dan melindungi kawasan di mana kuil itu dibina atau boleh dikhususkan untuk salah satu daripada dewa Shinto yang disembah tanpa halangan tempatan.

Sebuah kuil Buddha pula dikhususkan untuk dewa Buddha. Pada masa dahulu, para sami dilatih di kebanyakan kuil di seluruh Jepun, tetapi kini ia menjadi tempat ibadat utama. Walaupun terdapat beberapa persamaan dengan kuil Shinto, setiap daripadanya mempunyai peraturan yang tersendiri untuk diikuti.
Kuil Shinto dan kuil Buddha mungkin mempunyai banyak persamaan tetapi ia tetap berbeza dari segi kemudahan keagamaan. Sebagai contohnya, kuil Shinto adalah tempat dewa bersemadi manakala kuil Buddha ialah tempat untuk para sami tinggal, bekerja dan belajar. Bukan sahaja falsafah dan cara berfikir berbeza dalam Shinto dan Buddha, malah cara penyembahan juga berbeza. Mari melihat dengan lebih dekat.

Memasuki alam Buddha dan ketuhanan.

Memasuki alam Buddha dan ketuhanan.

Kunjungan ke kuil Shinto atau kuil Buddha dipanggil omairi. Kunjungan ini diikuti dengan rutin yang ketat bukan sahaja bertujuan untuk menenangkan hati seseorang, tetapi juga untuk menggembirakan ‘kami’ yang tinggal di situ. Beberapa langkah perlu diikuti apabila seseorang mahu melawat kuil Shinto atau kuil Buddha dan berkomunikasi dengan ‘kami’ atau dewa Buddha.
Apabila anda melawat kuil Shinto, anda memasuki kawasan persekitarannya dengan melalui sebuah pagar dipanggil ‘torii’. Pagar ini menunjukkan di mana alam Shinto kami bermula dan terpisah dari dunia sekular. Kawasan kuil Buddha pula boleh dimasuki melalui sebuah pagar yang dipanggil ‘sanmon’. Dengan melalui jalan ke arah kedua dua pagar ini, anda telah masuk ke tanah suci: berwaspada dengan keadaan ini. Pastikan minda dan hati anda bersedia, tenangkan diri anda dan hargailah semua di sekitar anda sama ada yang boleh dilihat atau tidak.

Cara penyucian di Chozuya

Cara penyucian di Chozuya

Di setiap jinja atau kuil ada disediakan besen air yang dipanggil “temizuya” atau “chozuya”, dimana pengunjung akan menyucikan diri secara fizikal. Penyucian ini mestilah mengikut urutan tertentu seperti berikut
1. Cedok air dengan pencedok menggunakan tangan kanan, basuh tangan kiri.
2. Seterusnya basuh tangan kanan dengan pencedok.
3. Ambil sekali lagi pencedok, kumpul air di atas tapak tangan kanan dan masukkan ke dalam mulut. Jika terminum, ludahkan semula.
4. Sekali lagi basuh tangan kiri. Letak kembali pencedok yang telah dibersihkan dengan baki air yang masih adal.

Cara melawat

Cara melawat

Sama seperti bersuci, ibadah sebenar juga adalah upacara amal. Peraturan am apabila pergi ke kuil untuk melakukan upacara penyembahan, ialah dua kali tunduk, diikuti dengan dua tepukan dan diikuti dengan satu kali tunduk. Walaubagaimanapun, di kuil Buddha tiada tepukan di dalam upacara penyembahan mereka.

Bersembahyang di kuil Shinto:
1 - Pertama, membaling duit syiling, biasanya 100 atau 50 yen, dalam peti persembahan.
2 - Sekiranya terdapat loceng atau gong, deringkan dengan kuat untuk beberapa kali, ini akan membantu untuk menarik perhatian Dewa. Kemudian tunduk dua kali, pada sudut 90 darjah seperti berukuk. Selepas rukuk, tepuk tangan dua kali. Sekiranya anda mahu berdoa, anda boleh berbuat demikian selepas bertepuk tangan - dan melakukannya secara senyap-senyap kerana Dewa tidak memerlukan kata-kata ucapan.
3 - Selepas anda selesai, tunduk sekali lagi, dengan penuh khusyuk seperti tundukkan sebelumnya..

Bersembahyang di kuil Buddha
1 - Baling duit syiling di dalam peti persembahan.
2 - Sekiranya terdapat gong kuil, deringkan dengan kuat untuk beberapa kali. Daripada melakukan tepukan, anda hanya perlu letak tangan di depan dada dan berdoa secara senyap-senyap.
3 – Tunduk satu kali selepas anda selesai berdoa.

Sembahyang? Doa? Ikrar?

Walaupun istilah ‘sembahyang’ dan ‘berdoa’ biasanya digunakan untuk menerangkan tentang cara penyembahan di kedua dua kuil Shinto dan kuil Buddha, cara berdoa sebenarnya berbeza bergantung pada tempat.
Di kuil Shinto, orang biasanya akan berdoa memohon kebahagiaan dalam hidup atau pun untuk perkara yg penting seperti peperiksaan atau temuduga kerja. Walaubagaimanapun, di kuil Buddha pula, orang berdoa untuk memasuki syurga di akhirat kelak. Selain itu, ibadat di kuil Shinto umumnya dikaitkan dengan penyucian diri daripada kekotoran, manakala ibadat di kuil Buddha biasanya adalah renungan terhadap tingkah laku seseorang dan ikrar untuk memperbaikinya sejak dari itu.

Omikuji dan Omamori: Pengharapan

Omikuji dan Omamori: Pengharapan

Tangkal bertuah paling popular dalam kepercayan Shinto dikenali sebagai ‘omamori’. Dikhususkan untuk pelbagai keinginan atau hajat dalam pelbagai aspek seperti pembelajaran, kesihatan, atau kasih sayang. Pada dasarnya omamori ialah satu tangkal pelindung disertakan dengan beg yang kecil dan berwarna warni diisi dengan kain. Tangkal itu biasanya dibawa ke mana sahaja oleh seseorang pada bila bila masa sebagai tali telefon atau diletakkan pada beg, sebagai contoh, atau dilekatkan di suatu tempat dalam kereta atau meja seseorang.
Benda lain yang boleh didapati di kuil Shinto ialah ‘omikuji’. Ia adalah jalur kertas yang kecil yang diambil dari kotak kayu sebagai korban kecil kepada rumah atau kuil, berfungsi sebagai suatu bentuk loteri nasib. Rahmat mengenai perkara-perkara seperti kesihatan, perniagaan, perkahwinan, dan sebagainya ditulis di atas kertas, meramalkan nasib yang berbeza - tetapi berhati-hati, anda juga boleh mendapat sumpahan! Kertas yang mengandungi sumpahan biasanya akan diikat sama ada pada pokok atau dinding yang disediakan di kuil Shinto atau kuil Buddha. Dengan berbuat demikian, penyembah meletakkan nasib mereka di tangan ‘kami’ atau Buddha tempat supaya sumpahan dapat dielakkan.

Kesimpulan

Walaupun sebahagian besar daripada generasi baru penduduk Jepun tidak akan menganggap diri mereka warak tentang agama, adat-istiadat Shinto dan Buddha masih memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian masyarakat Jepun. Ini jelas dengan amalan mengutamakan lawatan ke kuil Shinto dan kuil Buddha. Melihat dan mengalami sendiri ritual penyembahan ini pasti akan menjadikan satu pengalaman yang unik, yang mampu memberi gambaran yang sahih bukan sahaja ke dalam falsafah Jepun lama dan tradisi, tetapi juga kepada masyarakat moden abad ke-21.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari