HOME Permainan-permainan Jepun
Permainan-permainan Jepun

Permainan-permainan Jepun

Date published: 22 Mac 2016
Last updated: 16 Mac 2017

Memperkenalkan permainan-permainan Jepun yang diwarisi sejak zaman dahulu sehingga zaman moden sekarang.

Hanafuda (kad permainan bunga Jepun)

Hanafuda (kad permainan bunga Jepun)

Hanafuda merupakan permainan kad yang dikatakan telah direkacipta pada zaman Azuchi-Momoyama. Perkataan "hana" daripada Hanafuda bermaksud "bunga" dan dipercayai bahawa permainan ini dinamakan sedemikian kerana gambar bunga-bungaan yang cantik dan juga berwarna-warni yang dilukis pada kad tersebut. Permainan ini sangat digemari oleh kebanyakan orang Jepun. Ia mula mendapat perhatian orang kebanyakan sekitar zaman Edo. Pelbagai peraturan dan cara bermain juga mula dicipta pada zaman Meiji. Untuk menentukan pemenang, kad yang sama jenis akan digabungkan dan bilangan markah yang diperolehi dan juga beberapa faktor lain juga akan diambil kira.

Hyakunin Isshu (kad permainan yang mempunyai 100 puisi dari 100 pemuisi Jepun)

Hyakunin Isshu (kad permainan yang mempunyai 100 puisi dari 100 pemuisi Jepun)

Hyakunin Isshu merupakan 100 puisi yang dipilih dan disusun oleh Fujiwara Teika. Ianya diambil daripada "Waka" iaitu puisi klasik Jepun yang digemari oleh golongan bangsawan sejak zaman dahulu yang bergiat pada sekitar penghujung era Heian hingga awal era Kamakura. kira-kira 500 tahun kemudian iaitu pada zaman Edo, ianya kemudian diubahsuai menjadi 100 keping kad berilustrasi “Uta-karuta” yang berasaskan 100 puisi dalam himpunan Waka. Peraturan asasnya adalah, pembaca membaca keseluruhan puisi dalam kad Yomifuda, sementara bahagian akhir puisi yang juga ditulis pada kad Torifuda perlu disuaikan dengan pantas mengikut kad Yomifuda yang dibaca.

Shogi (permainan catur Jepun)

Shogi (permainan catur Jepun)

Shogi merupakan salah satu permainan papan yang diwarisi sejak turun-temurun di Jepun. Peraturan Shogi pada masa kini tidak banyak bezanya dengan peraturan yang telah diperkenalkan pada zaman Edo. Permainan ini dimainkan dengan menggunakan Koma (kepingan buah dam) dan papan Shogi yang terdiri daripada 81 petak segi empat tepat. Sekarang terdapat juga pemain-pemain Shogi yang profesional. Pemain Shogi juga boleh memilih untuk berlawan dengan computer yang telah diprogramkan.

Igo (permainan papan menakluk wilayah)

Igo (permainan papan menakluk wilayah)

Sama seperti Shogi, Igo merupakan salah satu permainan papan di Jepun yang telah dimainkan sejak zaman dahulu kala. Igo adalah berasal dari Cina dan dipercayai telah mula diperkenalkan di Jepun pada sekitar abad ke-7. Permainan ini dimainkan dengan menggunakan batu bulat kecil berwarna putih dan hitam yang disebut sebagai "Go-ishi" di atas papan yang mempunyai 19 garisan hitam menegak dan melintang. Sama seperti Shogi, permainan ini dimainkan oleh 2 orang pemain iaitu 1 lawan 1, dan terdapat ramai pemain profesional dalam permainan ini.

Othelllo

Othelllo

Othello merupakan permainan papan 1 lawan 1 yang dicipta pada tahun 1973 oleh seorang lelaki Jepun bernama “Hasegawa Goro” . Sama seperti Igo, permainan ini dimainkan dengan menggunakan batu putih dan hitam, dan peraturan permainannya sangat senang dan mudah hinggakan ada pepatah yang menyebut “belajar seminit, pakar selamanya”

Mahjong

Mahjong

Mahjong merupakan permainan meja yang berasal dari Cina yang telah berkembang di Jepun dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan pada zaman pertumbuhan ekonomi Jepun selepas Perang Dunia Kedua. Pada zaman internet yang serba canggih ini, permainan mahjong juga boleh dimainkan di komputer atau telefon pintar secara dalam talian.

Permainan masa kini

Permainan masa kini

Kebanyakan permainan masa kini dicipta untuk kegunaan komputer, konsol permainan video, dan juga telefon pintar supaya dapat dilayari oleh ramai pengguna terutamanya daripada generasi muda. Antara isi kandungan permainan termasuklah permainan simulasi percintaan, permainan pertempuran, permainan teka-teki, permainan lakonan watak dan sebagainya. Disamping itu, terdapat permainan papan yang berasal dari Jepun seperti “Permainan Kehidupan” dan sebagainya.

Permainan telefon pintar

Permainan telefon pintar

Kebelakangan ini, permainan yang menjadi penyumbang terbesar dalam perkembangan permainan masa kini ialah permainan telefon pintar. Setiap masa ada sahaja aplikasi permainan baru yang dicipta satu persatu. “Pocket Monster” merupakan permainan yang berasal dari Jepun dan telah diadaptasikan menjadi aplikasi telefon pintar “Pokemon Go” yang turut menjadi fenomena sosial di pelbagai negara.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Recommended places for you

Artikel Terkini
Recommended articles for first-time visitors to Japan
Cari