HOME Etika ketika melawat kawasan pelancongan di Jepun
Etika ketika melawat kawasan pelancongan di Jepun

Etika ketika melawat kawasan pelancongan di Jepun

Last updated: 12 April 2017

Berikut akan diperkenalkan berkenaan etika dan adab-adab yang perlu diketahui semasa melawat kuil atau “Jinja” (tempat suci agama Shinto), etika ketika memasuki kolam air panas dan sebagainya.

Sila ambil perhatian kerana sesetengah tempat adalah dilarang untuk mengambil gambar

Berhati-hati jika mahu mengambil gambar terutamanya di jinja dan kuil, muzium serta galeri seni kerana kebanyakkan kawasan-kawasan ini melarang pengunjung mengambil gambar. Juga terdapat sebahagian restoran dan kedai di Jepun yang melarang pengunjung mengambil gambar, oleh itu sila ambil perhatian.

Cara melawat jinja

Berikut akan diperkenalkan cara beribadat di jinja. Sebelum memulakan ibadat, tangan perlu dibasuh terlebih dahulu dengan air Chozuya(air suci) dan mulut perlu dibersihkan dengan berkumur. Jika terdapat pencedok, gunakannya untuk mengambil air. Selepas itu, anda perlu berjalan ke hadapan jinja. Di situ, terdapat kotak untuk membuat sebarang hajat. Masukkan duit ke dalamnya dan bunyikan loceng. Tiada nilai minimum ditetapkan bagi duit yang perlu dimasukkan ke dalam kotak walaupun hanya 5 yen atau 10 yen. Selepas membunyikan loceng, tunduk sebanyak 2 kali dan tepuk tangan 2 kali. Selepas itu, sampaikan hajat kepada tuhan dan setelah selesai, tunduk sekali lagi. Pergerakan ini dipanggil "nirei nihakushu ichirei (tunduk 2 kali, tepuk 2 kali, tunduk 1 kali)".

Perkara yang perlu diberikan perhatian ketika menyaksikan persembahan seni tradisional.

Ketika mennyaksikan persembahan seni tradisional seperti kabuki, elakkan berbual dan matikan telefon bimbit anda. Selain itu, kebanyakkan tempat seperti ini tidak membenarkan penonton merakam suara mahupun video.

Ketika ramai pengunjung di restoran

Ketika ramai pengunjung di restoran

Ketika ramai pengunjung di restoran, sila beratur dan tunggu giliran anda. Terdapat tempat untuk menulis nama bagi mereka yang tiba terlebih dahulu. Sila periksa jika terdapat kertas untuk menulis nama berdekatan dengan pintu masuk.

Perkara yang perlu diberikan perhatian ketika di kolam air panas(Onsen)

Perkara yang perlu diberikan perhatian ketika di kolam air panas(Onsen)

Sebelum memasuki kolam air panas, anda perlu membersihkan badan terlebih dahulu dari peluh dan kotoran lain supaya mengotorkan air kolam. Untuk menyesuaikan suhu badan anda dengan air kolam, anda perlu menjirus badan dengan air panas (kakeyu) dahulu sebelum memasuki kolam. Anda diingatkan supaya tidak berenang dengan bising, tidak masuk ke dalam kolam dengan menggunakan tuala, meletakkan semula peralatan mandi dan kerusi ke tempat asal selepas menggunakannya dan juga tidak membuat perkara yang tidak menyenangkan orang di sekeliling.

Akhir kata

Akhir kata

Untuk tidak memberi masalah kepada orang di sekeliling ketahuilah etika dan adab yang betul, dan mari melancong dengan bergembira.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari