Jepun mempunyai "empat musim", iaitu, musim bunga(bulan Mac hingga Mei), musim panas(bulan Jun hingga Ogos), musim luruh(bulan September hingga November) dan musim sejuk(bulan Disember hingga Februari). Kesemua musim tersebut mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Negera Jepun berbentuk kecil dan memanjang.
Di bahagian utara, wilayah "Hokkaido" beriklim subartik (musim sejuk yang berlarutan dan amat dingin, serta musim panas yang singkat dan nyaman) dan di bahagian selatan pula wilayah "Okinawa" beriklim subtropika (panas sewaktu musim dingin dan suhu yang tinggi sepanjang musim panas) manakala di wilayah yang lain beriklim sederhana.
Di kawasan tengah Jepun; Pulau "Honshuu" terdapat banjaran gunung sepanjang bahagian utara ke selatan. Ini menyebabkan bahagian timur yang menghadap Lautan Pasifik akan menerima hujan yang banyak pada musim panas manakala bahagian barat yang menghadap Laut Jepun akan menerima salji yang banyak pada musim sejuk.
Musim Bunga
Sama seperti musim luruh, musim bunga adalah musim yang paling selesa dan ideal sepanjang tahun. Selain mengingatkan tentang kehidupan, "Hanami Sakura" juga dapat dinikmati ketika musim ini yang mana ianya merupakan tradisi bermusim di Jepun. "Hanami Sakura" bermaksud aktiviti berkelah di bawah pokok sakura bersama keluarga atau rakan-rakan, di mana mereka menjamu selera serta berpesta sambil menikmati keindahan bunga Sakura. Di Tokyo, masa terbaik untuk Hanami Sakura adalah pada akhir bulan March hingga awal bulan April.
Pada musim ini perubahan suhu agak drastik. Pada musim ini terdapat hari yang panas, tetapi disebabkan corak tekanan udara yang hampir sama dengan musim sejuk, suhu juga dapat menurun secara mendadak dan cuaca akan menjadi sejuk keesokan harinya.
Musim Hujan
Di Jepun, "Tsuyu" iaitu musim hujan akan bermula pada penghujung bulan Mei dan berterusan sehingga pertengahan bulan Julai. Suhu dan kelembapan udara akan meningkat ketika "Tsuyu", menyebabkan cuaca panas lembap.
Kawasan kepulauan selatan Jepun akan dilanda "Tsuyu" kira-kira sebulan sebelum ianya bergerak ke arah utara Jepun. Tetapi di wilayah Hokkaido tidak akan mengalami "tsuyu". Apabila tamat "tsuyu", musim panas Jepun akan bermula.
Musim Panas
Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Jepun pada tahun 2016, suhu purata musim panas di Jepun adalah 27.6 darjah Celsius, tetapi kita akan merasakan ianya lebih panas daripada itu kerana kelembapan musim panas di Jepun adalah sangat tinggi. Terdapat pelbagai acara yang dilakukan pada musim panas; contohnya pesta "Natsu Matsuri" (pesta musim panas) dan pesta "Hanabi" (pesta bunga api). Pesta-pesta ini akan diadakan sepanjang bulan Julai dan Ogos di seluruh Jepun. Kita boleh melihat masyarakat Jepun berarak sambil mengangkat Omikoshi (tokong kecil) dan bunga-api dilepaskan pada waktu malam.
Musim taufan
Taufan biasanya akan tiba sekitar bulan Ogos hingga September. Jika anda berada di kawasan laluan taufan, aktiviti luar mungkin tidak dapat dilakukan antara 1 hingga 2 hari disebabkan angin dan hujan yang kuat. Perkhidmatan pengangkutan awam juga mungkin akan tergendala.
Musim Luruh
Sama seperti musim bunga, musim luruh juga adalah musim yang selesa dan ideal. Suhu akan menurun dan kelembapan udara juga akan mengurang, menjadikan ia musim yang sesuai untuk pelancong. Hari-hari yang bercuaca baik akan berterusan dan musim daun luruh juga akan tiba. Sama seperti aktiviti "Hanami", "Kouyou" iaitu aktiviti melihat daun luruh akan menarik pelancong ke Jepun, terutamanya di Kyoto dan Nara.
Di Tokyo, daun-daun pokok akan bertukar menjadi warna merah dan kuning pada bulan November, menghasilkan pemandangan cantik di bandar dan di gunung. Terdapat pelbagai pesta juga diadakan ketika musim ini.
Musim Sejuk
Suhu di Jepun akan menurun secara drastik pada bulan Disember dan cuaca akan menjadi sangat sejuk. Suhu boleh mencecah sehingga 0 darjah selsius dan di kawasan utara seperti Hokkaido, salji tebal akan meliputi seluruh bandar. Salji yang tertimbun boleh mencecah sehingga beberapa meter tingginya. Namun begitu, kawasan yang menghadap Lautan Pasifik tidak akan bersalji dan hari cerah bercuaca sejuk akan berterusan
31 Disember dipanggil Hari "Omisoka" di Jepun. Pada hari ini, orang Jepun mempunyai budaya memakan mee soba pada waktu tarikh bertukar ke tahun baru (tengah malam). Orang Jepun akan menyambut tahun baru sehingga 7 Januari. Tempoh 7 hari ini dipanggil "Oshogatsu" dan orang Jepun akan menyambutnya dengan memakan "Osechi" dan meminum minuman beralkohol.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Menu
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Tenryu-ji Temple
Temples
Arashiyama, Uzumasa
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Kamesushi Sohonten
Sushi
Umeda, Osaka Station, Kitashinchi
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
10 tempat popular untuk “hanami” (tradisi Jepun dalam menikmati keindahan bunga sakura)
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
[2017]10 aktiviti pilihan pada bulan Mei
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo