![[MOVIE] Gerak isyarat orang Jepun](https://rimage.gnst.jp/livejapan.com/public/article/detail/a/00/00/a0000211/img/basic/a0000211_main.jpg?20210108120017&q=80)
Setiap negara mempunyai bahasa tubuh ataupun gerak isyarat yang berbeza, begitu juga dengan Jepun. Berikut akan diterangkan mengenai isyarat-isyarat melalui pergerakan tubuh badan dalam kehidupan seharian masyarakat Jepun seperti Ojigi (menundukkan tubuh), Temaneki (memanggil dengan menggunakan isyarat tangan), Aizuchi (mengiyakan isi percakapan rakan) serta isyarat-isyarat tubuh yang lain sewaktu berkomunikasi.
Ojigi dalam kehidupan harian

Pertama sekali akan diterangkan tentang masyarakat Jepun yang sering mengamalkan Ojigi dalam kehidupan seharian mereka. Ojigi merupakan cara sapaan apabila bertemu dan berhadapan dengan orang lain. Sekiranya tidak melakukan Ojigi, kita mungkin akan dianggap "tidak beradab". Orang yang sering merendah diri dianggap sebagai seorang yang beradab.
Cara melakukan ojigi

Bermula dalam keadaan tegak berdiri, condongkan badan lebih kurang 45 darjah. Bagi lelaki, tangan diletakkan lurus di sisi manakala bagi wanita kedua-dua tangan diletakkan di hadapan tubuh secara bertindih.
Menunjuk kepada diri sendiri

Masyarakat luar sering menganggap perkara ini sebagai sesuatu yang aneh. Apabila menyebut tentang diri sendiri, penggunaan jari untuk menunjuk ke arah muka sendiri adalah gerak isyaratnya.
Di luar negara, biasanya tapak tangan diletakkan di dada tetapi di Jepun pergerakan jari adalah amalan biasa. Kebiasaannya kawasan yang ditunjuk ialah di kawasan berhampiran hidung.
Memanggil menggunakan isyarat tangan

Memanggil menggunakan isyarat tangan juga agak unik. Tapak tangan diarahkan ke arah pasangan, keluarkan tangan sedikit ke hadapan lalu menggerakkan tangan ke atas dan ke bawah. Di luar negara, arah tapak adalah bertentangan di mana tapak tangan menghadap ke arah diri sendiri dan menggerakkan tangan ke hadapan dan ke belakang. Gerakan sebegini juga digunakan di Jepun tetapi jarang digunakan sewaktu memanggil orang.
Menggerak-gerakkan tangan di hadapan muka

Menggerak-gerakkan tangan di hadapan muka merupakan isyarat "tidak". Isyarat ini bermaksud "bukan saya" atau "bukan" jika digunakan dalam keadaan di mana kita dicurigai, dan bermaksud "tidak boleh" sekiranya digunakan dalam keadaan ingin mengesahkan samaada boleh atau tidak boleh. Ia juga bermaksud "tidak perlu" jika dilakukan semasa ditawarkan sesuatu perkhidmatan.
Penggunaan "Aidzuchi"

Bagi orang Jepun, sewaktu mendengar orang lain bercakap, bagi memberi isyarat bahawa kita sedang mendengar, kita hendaklah melakukan "aidzuchi"- anggukan. Perkara yang mungkin mengejutkan ialah kekerapan penggunaannya. Sewaktu bercakap dengan mereka yang tidak begitu fasih berbahasa Jepun juga ianya digunakan bagi menandakan bahawa mereka faham satu persatu apa yang sedang diperkatakan.
Gerakan mengira
Sewaktu mengira nombor, orang Jepun selalunya membengkokkan jari. Bermula dari ibu jari, jari telunjuk, jari tengah, jari manis dan jari kelingking. Diakhiri dengan jari-jari yang digenggam sepenuhnya.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Menu
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Kanzenkoshitsuyakinikutabehodai Gyugyu Paradise Sannomiya
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Kamesushi Sohonten
Sushi
Umeda, Osaka Station, Kitashinchi
-
7 perkara yang perlu diketahui jika ingin melancong ke Jepun
-
Kepelbagaian fesyen Jepun dan sejarahnya.
-
Huraian menyeluruh "bandar elektrik" yang maniak!
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik