HOME Feri, yakatabune (bot berbumbung) dan kapal pelayaran mewah di Jepun
Feri, yakatabune (bot berbumbung) dan kapal pelayaran mewah di Jepun

Feri, yakatabune (bot berbumbung) dan kapal pelayaran mewah di Jepun

Last updated: 30 Mac 2017

Penggunaan kapal untuk tujuan pelancongan ataupun sebagai pengangkutan juga amatlah disyorkan ketika berada di Jepun. Disini kami akan memperkenalkan tentang feri, yakatabune (bot berbumbung) dan kapal pelayaran mewah di Jepun, termasuk perkhidmatan dan cara menaikinya.

Perkhidmatan feri

写真提供:太平洋フェリー いしかり「エントランス」,「ロイヤルスイートルーム」,「展望大浴場(女性)」
写真提供:太平洋フェリー いしかり「エントランス」,「ロイヤルスイートルーム」,「展望大浴場(女性)」

Perkhidmatan feri di Jepun merangkumi kira-kira 200 laluan, daripada laluan pendek sehinggalah laluan jarak jauh melebihi 300km. Kini, laluan antarabangsa ke Korea, Rusia dan China juga ada disediakan. Feri di Jepun sangat berguna untuk melancong ke pulau-pulau dan pengangkutan jarak jauh. Kebanyakan feri jarak sederhana jauh dilengkapi dengan bilik. Jenis bilik yang disediakan adalah seperti bilik suite VIP, bilik persendirian seperti bilik kabin kelas pertama dan bilik bersaiz besar yang mempunyai katil dua tingkat.

Tambang feri

Tambang feri

Tambang feri adalah berbeza mengikut syarikat perkapalan, jarak perjalanan, waktu dan juga jenis bilik. Tambang boleh disemak melalui laman web feri yang ingin dinaiki. Bayaran tambang dikenakan untuk orang dewasa, manakala bayi dan 1 hingga 2 orang kanak-kanak (sehingga prasekolah) mungkin tidak dikenakan bayaran. Cas tambahan akan dikenakan bagi kereta dan motosikal yang dibawa bersama.

Perkhidmatan yakatabune (bot berbumbung)

Menikmati makanan serta minuman sake di atas sungai sambil menaiki yakatabune (bot berbumbung) merupakan salah satu budaya tradisional Jepun. Ia bermula sejak abad ke-17 dan masih berterusan hingga ke hari ini. Ia digunakan untuk menikmati pemandangan persekitaran di sepanjang sungai dan juga pertunjukan bunga api. Terdapat juga bot yang menyediakan kemudahan karaoke untuk kegunaan majlis keramaian. Terdapat pelbagai jenis yakatabune, bermula dari yakatabune bersaiz kecil yang boleh memuatkan lebih kurang 20 orang, sehinggalah yakatabune besar yang boleh memuatkan lebih kurang 100 orang.

Tambang yakatabune (bot berbumbung)

Terdapat sedikit perbezaan bagi tambang yakatabune tetapi kebiasaannya melebihi 5,000yen. Ianya juga bergantung kepada menu hidangan dan program yang disediakan pada musim-musim tertentu yang adakalanya boleh mencecah 40,000yen sehingga 50,000yen. Sila pastikan jumlah tambang terlebih dahulu sebelum menaikinya.

Perkhidmatan kapal pelayaran mewah

Terdapat kapal pelayaran mewah yang menawarkan pakej penginapan 1 malam sehingga 1 minggu untuk pelancongan dalam Jepun. Selain melawat ke pelbagai destinasi dalam Jepun, perkhidmatan kapal pelayaran mewah juga menyediakan pelbagai hidangan, tarian dan sebagainya yang menjadi daya penarik untuk menginap di situ. Kebanyakan syarikat kapal pelayaran mewah milik warganegara Jepun khususnya menyediakan hidangan makanan Jepun untuk dinikmati oleh para pelanggannya.

Tambang untuk kapal pelayaran mewah

Untuk pelancongan dalam Jepun, terdapat kapal pelayaran mewah yang menawarkan pakej penginapan 1 malam sehingga 1 minggu. Selain melawat ke pelbagai destinasi dalam Jepun, perkhidmatan istimewa kapal pelayaran mewah yang diterima seperti makanan, tarian dan sebagainya juga menjadi daya penarik untuk menginap di situ. Kebanyakan syarikat kapal pelayaran mewah di Jepun khususnya menyediakan makanan Jepun untuk dinikmati.

Cara membuat tempahan

Cara membuat tempahan

Bagi feri jarak dekat, tempahan tidak diperlukan dan tiket hanya boleh dibeli di kaunter pada hari berkenaan. Bagi yakatabune (bot berbumbung) dan kapal pelayaran mewah, tempahan perlu dibuat terlebih dahulu kerana melibatkan persediaan seperti makanan dan lain-lain perkhidmatan. Tempahan boleh juga dibuat pada hari berkenaan tetapi kebiasaannya tempahan selalunya penuh pada hari yang terdapat ramai pengunjung seperti hujung minggu. Lazimnya, tempahan feri, yakatabune (bot berbumbung) dan kapal pelayaran mewah boleh dibuat melalui panggilan telefon atau secara atas talian. Sesetengahnya menyediakan paparan laman web dalam bahasa Inggeris dan terdapat juga panduan dalam bahasa Inggeris. Disamping itu, tempahan juga boleh dibuat melalui agensi-agensi pelancongan.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari