Bercakap tentang kawasan pelancongan Tokyo, sudah semestinya begitu sinonim dengan Kuil Sensoji. Ada satu tempat yang patut anda lawati selepas berkunjung ke Kuil Sensoji. Anda boleh melihat “Wild Asakusa” di sini. Tempat ini berdekatan dengan Kuil Sensoji dan Kaminarimon, dan dipanggil “Fukuro Hoshi Kai” yang terletak di dalam sebuah kafe haiwan “ Owl no mori Asakusa Shin-nakamisedori ten”. Berbeza dengan kedai pertama yang dibuka di Akihabara pada 2 Mei 2015, cawangan ini yang dibuka pada 8 Jun 2016 membawakan konsep “tapak perkhemahan untuk pengembara’, memberi peluang untuk anda berinteraksi bersama burung hantu dan juga haiwan seperti chinchilla, burung kakak tua, dan pelbagai jenis reptilia lain. Wartawan LIVE JAPAN, Ruru akan memberi panduan kepada anda.
Peraturan Di Kawasan Burung Hantu
Saya menaiki tangga, dan apabila membuka pintu yang terdapat di tingkat dua, saya melihat satu kawasan yang aneh seperti hutan. Yang menanti saya di kaunter bukannya staf tetapi boneka yang berbentuk seperti burung hantu…? Apa ini? Eh, ia bergerak?! Apa yang memeranjatkan saya, tiba-tiba staf menerangkan [patung ini ialah [Sushiro]. Rupanya ia bukanlah patung, tetapi burung hantu yang sebenar! Saya seolah-olah didalam mimpi. Setelah membuat bayaran masuk sebanyak 890 yen (termasuk satu minuman), saya melihat peraturan yang telah ditetapkan di kawasan [Owl Forest].
1.Tidak dibenarkan mengambil gambar menggunakan cahaya(flash)
2.Dilarang menyentuh burung hantu di kawasan yang terdapat memo yang tertera 「触らないで」[Jangan Sentuh]
3.Sila gunakan tangan dibahagian belakang semasa menyentuh burung hantu
4.Setiap tiket masuk adalah termasuk dengan minuman
Ayuh segera menyelinap masuk ke “Owl Café”!
Bertemu dengan [Hedwig]!
Terdapat seekor burung hantu berwarna putih di sebelah kanan kaunter. Para peminat Harry Porter pasti akan terperasan. Ya! Burung hantu bernama [Nikuman] ini adalah dari jenis yang sama dengan [Hedwig] yang terdapat dalam filem Harry Potter. Berdasarkan penerangan daripada staf bernama Ogaharu-san, jenis ini adalah sangat pelik kerana jantinanya ditentukan daripada warna bulu. Tahukah anda, yang berwarna putih adalah jantan!
Menyelurusi Owl Forest
Selepas mengambil gambar bersama [Nikuman] di pintu masuk, apabila menyusur ke bahagian dalam lagi,…Wow! tanpa disangka terdapat satu pemandangan memukau di hadapan saya. Pandangan saya tertumpu pada sekumpulan burung hantu yang bertenggek di atas pokok, berada di sebelah kanan dan juga di sebelah kiri. Bila dilihat dengan lebih dekat lagi, rupa-rupanya bukan sahaja berada di atas pokok, malahan di bahagian dalam kawasan lantai turut ada beberapa ekor lagi. Di pertengahan jalan, Ogaharu-san menerangkan serba sedikit mengenai burung hantu. Dalam hutan ini terdapat lebih 30 jenis burung hantu, ada yang berani, ada yang pemalu, masing-masing mempunyai karakter dan perangai yang berbeza.
Mari Mengenali Burung Hantu Dengan Lebih Dekat Lagi!
Setelah selesai “salam perkenalan” bersama burung hantu, maka tibalah masa yang dinanti-nantikan, bersentuhan secara langsung dengan burung hantu! Mula-mula saya sarungkan tangan saya dengan sarung tangan berwarna putih yang diberikan oleh staf, kemudian staf meletakkan burung hantu yang diberi nama “Penpen” di atas tangan saya. “Penpen” adalah seekor burung yang sangat kecil dimana anda sepatutnya tidak akan merasakan sebarang tekanan apabila diletakkan di atas tangan. Tetapi, apabila saya meletakkannya di atas tangan, walaupun berbadan kecil ia mempunyai tenaga yang kuat di bahagian kaki dan tangan kiri saya seolah-olah seperti dahan pohon yang keras. Saya berasa sungguh seronok apabila dapat menyentuh “Penpen” yang begitu lembut dengan bahagian belakang tangan saya. “Penpen” juga menunjukkan ekspresi yang menyenangkan dan kelihatan amat comel apabila melihatnya dari jarak yang dekat.
Pada kali ini saya berpeluang meletakkan burung hantu di atas tangan, tetapi di masa akan datang peluang untuk berbuat demikian hanya pada acara-acara tertentu sahaja. Jadi, buat peminat burung hantu segeralah periksa laman web kafe [Owl Forest] supaya anda tidak terlepas peluang keemasan ini.
Berehat Di Atas Bangku
Walaupun di dalam "hutan", terdapat juga ruang rehat berserta mesin layan diri (vending machine) dan bangku disediakan. Saya membeli minuman kopi panas dan berehat dia atas bangku. Sambil berehat pun saya dapat mempelajari tentang burung hantu melalui video yang dimainkan di TV yang diletakkan di atas vending machine.
Haiwan Lain Juga Ada Di Hutan Ini
Disebabkan saya telah sampai di ‘hutan” ini, adalah amat merugikan sekiranya saya tidak bermain sepuas-puasnya bersama burung hantu! Di sini, selain daripada burung hantu terdapat juga chinchilla, burung kakak tua, dan pelbagai jenis reptilia lain. Di bahagian dinding juga turut dihiasi dengan pelbagai barangan bermotifkan burung hantu, yang merupakan hasil kerja tangan para staf di situ. Menghala ke bahagian kaunter di bahagian kanan yang bersebelahan dengan [Nikuman] terdapat kedai menjual cenderamata.
Sesiapa yang telah membaca artikel ini sampai ke bahagian ini, saya pasti anda teruja untuk mengunjungi [Owl Forest]. Memang jarang untuk anda mendapat peluang berinteraksi dengan burung hantu secara lebih dekat! Buat pecinta haiwan sudah semestinya dan buat mereka yang inginkan satu pengalaman lain daripada yang lain, saya rekemenkan anda datang ke sini.
Ia dibuka seawal jam 10 pagi, bukan sahaja orang Jepun tetapi turut dipenuhi dengan pelancong asing. Menurut staf di situ, kedai ini sangat popular di kalangan pelancong luar. Walaupun tidak membuat promosi, tetapi dengan adanya kepelbagaian rangkaian sosial (SNS), ulasan-ulasan yang diberikan membuatkan kedai ini dikunjungi ramai pelancong.
Harga : Bayaran masuk 890 yen(termasuk 1 minuman)
Masa : 10:00~21:00 Dibuka sepanjang tahun
Ditulis oleh : Taiwan Blogger Lulu
-
-
Address
1-22-3, Asakusa, Taitou-ku, Tokyo, 111-0032
View Map -
Nearest Station
Asakusa Station (Tokyo Metro Ginza Line / Toei Asakusa Line / Tobu Isesaki Line (Tobu Skytree Line) / Tsukuba Express)
-
Address
1-22-3, Asakusa, Taitou-ku, Tokyo, 111-0032
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
[MOVIE] Merasai pengalaman kebakaran, gempa bumi, dan asap yang tebal ~「muzium pencegahan bencana Ikebukuro」
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
Shibuya dan Harajuku dahulu dan sekarang.
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
Asakusa dan Ueno yang dahulu dan sekarang