Anda pasti ingin mengambil gambar tempat pelancongan terkenal sebagai kenangan ketika berkunjung ke Ginza dan Tsukiji. Memperkenalkan 3 tempat untuk mengambil gambar yang cantik.
4-chome kousaten (persimpangan jalan 4-chome)

Persimpangan jalan Ginza 4-chome merupakan kawasan tanah yang paling mahal di Jepun. Anda boleh mengambil gambar "Menara Jam Wako" yang menjadi simbol Ginza jika anda berkunjung ke sini. Menara jam yang ada pada masa kini merupakan generasi kedua, manakala menara jam generasi pertama telah siap dibina pada tahun 1894. Menara jam pada masa kini adalah menara jam pada tahun 1932 yang telah dibangunkan semula. Selepas mengambil gambar, anda boleh melihat cenderamata seperti jam dan barang perhiasan yang dijual di dalam kedai Wako.
-
Wako和光本館
-
Address
4-5-11 Ginza, Chuo-ku, Tokyo 104-8105, Japan
View Map
-
Address
4-5-11 Ginza, Chuo-ku, Tokyo 104-8105, Japan
Kemeriahan pasar Tsukiji

"Bahagian dalam pasar" akan dipindahkan ke Toyosu pada tahun 2017. Walau bagaimanapun, bahagian luar pasar akan beroperasi seperti biasa. Jika ingin mengambil gambar berlatarbelakangkan suasana pasar yang sungguh meriah, cari sudut yang cantik dengan berjalan ke seluruh kawasan. Tetapi harus diingati bahawa mengambil gambar dengan terlalu lama akan menggangu pelanggan lain kerana jalan yang sempit.
Mengambil gambar shinkansen (kereta api laju)

Shinkansen jelas mempamerkan teknologi Jepun. Kami akan memperkenalkan tempat yang bagus untuk ada yang ingin mengambil gambar shinkasen melalui celah-celah bangunan pusat bandar. Tempat tersebut adalah taman atas bumbung di "Tokyo traffic hall" yang terletak di hadapan stesen Yurakucho. Walaupun dikatakan taman atas bumbung, ia sebenarnya berada di tingkat 3. Taman ini dipanggil sebagai "Yurakucho Corinne", dan anda boleh mengambil gambar shinkansen sedang memecut laju dengan lebih dekat apabila menunggu di laman kayu sebelah stesen Yurakucho.
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Lawatan & Aktiviti Popular
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Kad bank luar negara
-
[MOVIE] Adakah Ini Original!? Telah Tiba Zaman Dimana Sampel Makanan Boleh Dibuat Sendiri! Pengalaman Membuat Tempura
-
[MOVIE] Masakan Nabe
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Ryokan (rumah inap)
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
9 Family-Friendly Hotels with Comfortable Family Rooms in Asakusa
-
10 Open-air bath Onsen Ryokans in Hakone for Ultimate Relaxation
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui
-
Jom terokai Ikebukuro buat kali pertama!
-
10 langkah untuk membiasakan diri di Ikebukuro
-
Apa yang Perlu Dibawa ke Jepun: 15 Barangan Penting untuk Perjalanan Tanpa Masalah
-
Shinjuku, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Keretapi Shinjuku
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?














