HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Shibuya Mari mengelilingi Shibuya dan Harajuku buat pertama kali seperti ini!
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Harajuku Mari mengelilingi Shibuya dan Harajuku buat pertama kali seperti ini!
Mari mengelilingi Shibuya dan Harajuku buat pertama kali seperti ini!

Mari mengelilingi Shibuya dan Harajuku buat pertama kali seperti ini!

Last updated: 6 Julai 2020

Shibuya dan Harajuku merupakan tempat golongan muda berkumpul. Terdapat banyak laluan-laluan jalanan yang sentiasa menghasilkan pelbagai budaya baru di sini. Oleh itu, ia merupakan lokasi yang tidak harus dilepaskan untuk merasai budaya dari golongan muda di Jepun. Mari mengelilingi kawasan Shibuya dan Harajuku yang penuh dengan kedai pakaian dan kedai serbaneka umum sambil membeli-belah.

  1. 1
    Laluan jalanan yang boleh merasai budaya Shibuya
  2. 2
    Membeli-belah di jalanan belakang yang bergaya!
  3. 3
    Select Shop (kedai yang tidak menjual barangan jenama tertentu) untuk orang dewasa yang dikelilingi kehijauan
  4. 4
    Jangan ketinggalan jika ke Harajuku!
  5. 5
    Kawasan yang bersensitiviti tinggi di belakang Harajuku
  6. 6
    Sekiranya ingin mendapatkan produk seni dan kraftangan tradisional Jepun di Shibuya
1

Laluan jalanan yang boleh merasai budaya Shibuya

Laluan jalanan yang boleh merasai budaya Shibuya

"Pusat bandar (Center gai)" yang terletak selepas persimpangan besar pejalan kaki dari stesen keretapi Shibuya merupakan salah satu jalan utama di Shibuya. Ia sentiasa dipenuhi oleh ramai orang terutamanya golongan muda. Terdapat juga deretan kedai makan, restoran makanan segera, kedai rekod dan juga kedai barangan yang lain. Jalan ini merupakan salah satu jalan yang menyokong budaya golongan muda di Jepun.

  • Shibuya Center Street
    • Address New Shibuya corporate house 311 (the Shibuya center mall promotion association secretariat), 12-3, Udagawacho, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0042
      View Map
    • Nearest Station Shibuya Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hanzomon Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Tokyu Toyoko Line / Tokyu Den-en-toshi Line / Keio Inokashira Line)
      3 minutes on foot
    • Phone Number 03-3461-3314
2

Membeli-belah di jalanan belakang yang bergaya!

Membeli-belah di jalanan belakang yang bergaya!

Jika berjalan terus dari pusat bandar ke bangunan membeli-belah "Parco Part 1", terdapat satu jalan kecil dan berbukit yang bernama "Spain Zaka (Jalan bukit Spain)". Kedai-kedai barangan, pakaian dan makanan berbaris di sepanjang jalan ini yang mempunyai suasana seperti jalanan belakang. Terdapat banyak kedai kecil yang menjual barangan bermusim seperti pelindung telefon pintar dan rokok elektronik, menjadikan ia lorong jalanan yang boleh merasai suasana Shibuya pada masa kini.

  • Spain-Zaka
    • Address Udagawacho, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0042
      View Map
    • Nearest Station Shibuya Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hanzomon Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Tokyu Toyoko Line / Tokyu Den-en-toshi Line / Keio Inokashira Line)
      5 minutes on foot
    • Phone Number 03-3463-1211
3

Select Shop (kedai yang tidak menjual barangan jenama tertentu) untuk orang dewasa yang dikelilingi kehijauan

Select Shop (kedai yang tidak menjual barangan jenama tertentu) untuk orang dewasa yang dikelilingi kehijauan

Di kawasan Jinnan yang terletak 10 minit berjalan kaki dari stesen kereta api Shibuya mempunyai banyak kedai untuk golongan muda yang bergaya. "DAILYSHOP" merupakan salah satu kedai yang terkenal di sini yang mempunyai suasana santai yang dikelilingi dengan kehijauan. Kedai ini menjual pelbagai barangan yang asas namun mengekalkan trend terkini yang mensasarkan golongan muda lingkungan 20an - 30an, lelaki dan perempuan. Ia juga menawarkan jenis produk yang luas seperti pakaian harian yang berkualiti, barangan antik dan aksesori.

  • Daily Shop
    DAILYSHOP
    • Address 1F, T-HOUSE, 1-2-5, Jinnan, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0041, Japan
4

Jangan ketinggalan jika ke Harajuku!

Jangan ketinggalan jika ke Harajuku!

Terdapat jalan masuk ke "Takeshita Street" di pintu keluar Takeshita stesen kereta api Harajuku. Terdapat pelbagai kedai barangan, aksesori dan makanan segera yang berderet di sini. Kedai yang menawarkan keunikan tersendiri yang disebut sebagai "Harajuku Kei" juga banyak terdapat di sana sini. Kelihatan juga pelanggan-pelanggan dari golongan remaja yang berkeliaran dengan fesyen tersendirinya.

5

Kawasan yang bersensitiviti tinggi di belakang Harajuku

Kawasan yang bersensitiviti tinggi di belakang Harajuku

Terletak jauh di jalan belakang Harajuku, "VACANT" mempunyai sebuah kedai yang menjual barangan dan kedai kopi di tingkat 1, manakala di tingkat 2 pula terdapat ruangan kosong untuk pameran seni dan persembahan secara langsung serta teater muzikal. Apa kata cuba berkunjung ke sini jika ingin mendapatkan pelbagai maklumat tentang kebudayaan di Tokyo kerana banyak risalah berkenaan acara keseniaan yang diedarkan di sini.

  • Vacant
    VACANT
    • Address 3-20-13, Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0001, Japan
6

Sekiranya ingin mendapatkan produk seni dan kraftangan tradisional Jepun di Shibuya

Sekiranya ingin mendapatkan produk seni dan kraftangan tradisional Jepun di Shibuya

Akhir sekali, sekiranya ingin membeli cenderamata Jepun di Shibuya, sila berkunjung ke "WA-ZAKKA SHIBUYA MARUARA WATANABE" yang menjual pelbagai barangan tradisional Jepun. Kasut tradisional Jepun iaitu geta dan kimono pada musim panas iaitu yukata dipamerkan di dalam kedai. Setiap produk yang mempunyai daya tarikan tradisional Jepun ini merupakan pilihan terbaik dari tuan kedai itu sendiri.

  • Maruara Watanabe
    和雑貨 渋谷丸荒渡辺渋谷本店
    • Address 16-8, Udagawacho, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0042, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari