HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Roppongi Menghabiskan masa di bandar moden bagi orang dewasa. Berjalan-jalan di Roppongi seperti ini !
Menghabiskan masa di bandar moden bagi orang dewasa. Berjalan-jalan di Roppongi seperti ini !

Menghabiskan masa di bandar moden bagi orang dewasa. Berjalan-jalan di Roppongi seperti ini !

Last updated: 5 Jun 2017

Membeli - belah di kedai barangan berjenama , melawat galeri seni , kelab malam dan pelbagai rupa yang dimiliki oleh bandar Roppongi . Di sini dicadangkan tempat yang patut dilawati bagi anda yang pertama kali berkunjung ke Roppongi ! Oleh sebab terdapat banyak tempat menarik di Roppongi , adalah digalakkan untuk memilih tempat untuk dikunjungi.

  1. 1
    Berseronok di Roppongi tidak kira lelaki atau perempuan tua mahupun muda
  2. 2
    Mengambil gambar di dalam set television !
  3. 3
    Tempat berjumpa yang menjadi kebiasaan di Roppongi
  4. 4
    Jika hendak menghabiskan masa dengan tenang di bandar
  5. 5
    Anda boleh merasai pelbagai suasana kejepunan di Roppongi
1

Berseronok di Roppongi tidak kira lelaki atau perempuan tua mahupun muda

Berseronok di Roppongi tidak kira lelaki atau perempuan tua mahupun muda

"Roppongi Hills" adalah simbol yang menjadi mercu di Roppongi . Selain tempat membeli-belah, panggung wayang dan galeri seni, dek tinjau, hotel, pejabat dan pelbagai fasiliti terdapat di situ . Di kawasan tersebut terdapat pelbagai Public Art (Monumen seni di kawasan terbuka) yang boleh dilihat. Sambil berjalan di situ, objek seperti labah-labah besar dan bunga ros dapat dilihat .

2

Mengambil gambar di dalam set television !

Mengambil gambar di dalam set television !

Stesen televisyen "Asahi TV" yang terletak di Roppongi HIlls, sebahagian daripada bangunannya dibuka kepada umum. Selain boleh bergambar di set rancangan televisyen yang popular, barangan karakter animasi seperti "Doraemon" dan karakter animasi lain juga dijual di "TV Asahi Shop" , sememangnya di sini anda dapat merasai suasana di stesen televisyen.

3

Tempat berjumpa yang menjadi kebiasaan di Roppongi

Tempat berjumpa yang menjadi kebiasaan di Roppongi

"Roppongi Crossing" adalah nama bagi persimpangan jalan antara Roppongi-doori dan juga Gaien Higashi-doori. Dari dulu lagi ianya dikenali sebagai kawasan simbolik di Roppongi. Terletak di tengah-tengah bandar Roppongi, siang mahupun malam jalan ini sentiasa sesak. Juga popular sebagai tempat untuk mengambil gambar kenangan.

4

Jika hendak menghabiskan masa dengan tenang di bandar

Jika hendak menghabiskan masa dengan tenang di bandar

"Tokyo Midtown" adalah fasiliti yang terdiri daripada 6 buah bangunan dan juga ruangan hijau dimana pokok dan rumput ditanam. Galeri seni, hotel, pusat beli-belah, restoran dan lain-lain kemudahan turut disediakan. Roppongi, sesuai dengan konsep sebagai bandar orang dewasa, di situ hanya terdapat kedai-kedai yang bersesuaian dengan suasananya yang tenang. Anda boleh menikmati masa untuk bersantai di dalam bandar.

5

Anda boleh merasai pelbagai suasana kejepunan di Roppongi

Anda boleh merasai pelbagai suasana kejepunan di Roppongi

Walaupun terletak berhampiran Tokyo Midtown, "Nogi JInja" (Kuil Nogi) yang mempunyai "torii (pintu besar di kuil) dan "Kyu- Nogitei" yang merupakan kediaman shogun (Jeneral Tentera Jepun) pada zaman meiji dan sebagainya, anda boleh merasai pemandangan yang bercita rasa Jepun di Taman Nogi. Terutamanya di bulan 4 apabila bunga sakura mula berkembang. Anda boleh datang melawat kuil dan merasai suasana Jepun di sini !

  • Nogi park
    乃木公園
    • Address 8-11-32, Akasaka , Minato-ku, Tokyo, 107-0052, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari