"Yanaka", "Nezu" dan "Sendagi" merupakan bandar lama yang masih mengekalkan suasana seperti pada zaman dahulu. Nama "Yanesen" merupakan gabungan dari sebutan pertama 3 kawasan di sini. Ia mempunyai deretan kedai, tempat bersejarah dan lorong belakang yang menjadi daya tarikan pengunjung. Artikel ini akan memperkenalkan tempat-tempat menarik di Yanesen yang telah dipilih dengan teliti.
Berjalan-jalan di "Perkuburan Yanaka" yang penuh dengan sejarah
Perkuburan Yanaka terletak pada jarak berjalan kaki dari Stesen Nippori. Ia dibina pada tahun 1874 sebagai tanah perkuburan awam yang meliputi keluasan kira-kira 10 hektar. Tanah perkuburan ini turut menyemadikan ramai tokoh-tokoh terkenal dari kalangan para cendekiawan dan seniman. Terdapat juga kuil suci berhampiran dengan tanah perkuburan ini untuk dikunjungi. Pada musim bunga pula, terdapat barisan pokok sakura di tengah-tengah taman yang berkembang mekar dan indah. Setelah penat berjalan-jalan di Perkuburan Yanaka, mari kita ke deretan kedai pula untuk mengisi perut yang kelaparan. (C) Tokyo Metropolitan Park Association
-
Yanaka Cemetery谷中霊園
- Address 7-5-24 Yanaka, Taito-ku, Tokyo 110-0001, Japan
Berjalan-jalan sambil makan di "Yanakaginza Shopping Street"
Setelah berjalan selama 10 minit dari perkuburan ke Gotenzaka, kita akan sampai di Yanakaginza. Tangga untuk turun ke deretan kedai ini dipanggil "Yuyake Dandan". Dari sini kita boleh menikmati keindahan matahari terbenam. Terdapat lebih kurang 70 buah kedai persendirian di sepanjang lorong pendek sepanjang kira-kira 170m ini. Di sini terdapat pelbagai hidangan makanan lazat seperti menchi-katsu (daging kisar goreng), ikayaki (sotong panggang), ubi keledek ala Jepun dan ais kepal. Setelah selesai menikmati makanan enak, seterusnya adalah masa untuk membeli-belah barangan Jepun pula.
-
-
Address
3, Yanaka, Taitou-ku, Tokyo, 110-0001
View Map -
Nearest Station
Nippori Station (JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Joban Line / JR Ueno Tokyo Line / Nippori-Toneri Liner / Keisei Main Line / Narita SKY ACCESS Line)
5 minutes on foot
-
Address
3, Yanaka, Taitou-ku, Tokyo, 110-0001
Kunjungi "Isetatsu" jika ingin mencari kraftangan tradisi Jepun
Anda akan menemui jalan besar setelah berjalan selama 5 minit dari Yanakaginza ke "Yomisedo-ri." Kemudian, jalan terus ke arah balai polis dan anda akan menemui "Isetatsu" yang terletak di sudut. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1864. Pada zaman tersebut, ia telah ditubuhkan untuk menghasilkan pencetak blok kayu berwarna dan chiyogami. Barangan yang mesti dibeli di sini adalah "Edo chiyogami". Edo chiyogami adalah kertas yang memiliki warna-warna menarik apabila pencetak blok kayu yang telah diukir dicetak di atas kertas tradisi Jepun dan terdapat dalam banyak corak yang berasaskan ciri-ciri Edo pada masa tersebut. Pelbagai barangan kecil dan produk yang dihasilkan daripada Edo chiyogami yang menampilkan seni kebudayaan Jepun boleh dibeli di sini. Setelah selesai membeli-belah, mari menikmati makan tengah hari pula.
-
Isetatsuいせ辰
- Address 2-18-9 Yanaka, Taito-ku, Tokyo 110-0001, Japan
Udon istimewa, "Sanuki Udon Nenotsu"
Setelah keluar dari Isetatsu, anda akan sampai ke "Sanuki Udon Nenotsu" dengan berjalan lebih kurang 10 minit dari Shinobazudori ke arah barat daya. Jika anda ingin menikmati udon, sila pesan udon yang sejuk. Keunikan udon di kedai ini adalah kenikmatan udon yang licin, kenyal dan anjal. Bau wangi yang menusuk hidung semasa udon ini dibawa kepada anda adalah dari tepungnya. Jika ingin memesan udon yang panas, sila cuba "Kamamentai Butter." Ia mengandungi telur ikan kod, mentega, daun basil Jepun, rumpai laut dan lada hitam dan dimakan setelah kesemuanya digaul sekali. Apabila keju parut juga diletak, pasti tangan akan tidak mahu berhenti menyuap kerana rasanya yang sangat enak. "Kamonegi Udon" yang mengandungi daging itik dan hirisan bawang juga amat terkenal di sini. Setelah perut kenyang, mari ke Kuil Nezu pula.
-
Sanuki udon Nenotsu讃岐饂飩 根の津
- Address 1-23-16 Nezu, Bunkyo-ku, Tokyo 113-0031, Japan
Melawati "Kuil Nezu" yang mulia dan agung
Keluar dari "Nenotsu", apabila belok ke kanan, anda akan menemui sebuah pintu gerbang yang besar dan berwarna merah. Kuil Nezu dikatakan telah dibina sejak dari tahun 1900 lagi. Tempat menarik di kuil ini adalah oshaden (makam suci) yang telah siap dibina pada tahun 1706. Ia tidak terkesan langsung ketika melalui Perang Dunia Kedua. Syaden dan pintu gerbangnya adalah antara 7 binaan yang menjadi warisan kebudayaan Jepun. Pintu gerbang "Kuil Otome Inari" yang bersusun di dalam kawasan kuil ini juga adalah merupakan hasil karya yang sangat menarik. Selain itu, terdapat lebih kurang 3,000 bunga azalea yang berkembang mekar di taman azalea pada pertengahan hingga akhir bulan April. Untuk pulang, anda boleh menaiki Chiyoda Line di Stesen Nezu. Semasa dalam perjalananan pulang, anda disyorkan agar singgah sebentar untuk membeli kuih Jepun seperti taiyaki (tepung panggang berinti) dan daigakui-mo (ubi keledek manis) di Shinobazudori.
-
-
Address
1-28-9, Nezu, Bunkyo-ku, Tokyo, 113-0031
View Map -
Nearest Station
Nezu Station (Tokyo Metro Chiyoda Line)
5 minutes on foot
- Phone Number 03-3822-0753
-
Address
1-28-9, Nezu, Bunkyo-ku, Tokyo, 113-0031
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Kappabashi Street
Old Towns (Shitamachi)
Asakusa
-
TOKYO SKYTREE®
Landmarks
Ryogoku / TOKYO SKYTREE(R)
-
Tsukiji Outer Market
Old Towns (Shitamachi)
Tsukiji
-
Ueno Zoo (Ueno Zoological Gardens)
Zoos, Aquariums & Botanical Gardens
Ueno
-
The Tokyo Station Marunouchi Building
Landmarks
Tokyo Station
-
The Imperial Palace
Other Architecture
Tokyo Station
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
[MOVIE] Masakan Nabe
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Mesin jualan automatik
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
-
Bukan sahaja tsukudani dan monja sahaja di "Tsukuda dan Tsukishima"
-
Beribadat di Meiji Jingu (Kuil Shinto Meiji) dengan cara yang betul
-
Jom kita melawat kuil-kuil di Asakusa sambil mengumpul "Goshuin"
-
Bersiar-siarlah secara santai di "Ouji Minowa", wangian zaman Edo yang masih ketinggalan jelas hingga ke hari ini.
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam