Bagi anda yang sering tergesa-gesa pada waktu pagi, kadangkala anda boleh cuba untuk menikmati masa pagi anda. Berhampiran stesen Okachimachi terdapat sento (rumah mandi) berkonsepkan Showa retro (gaya klasik yang membawa kembali kenangan di tahun 60-an dan 70-an) dan kafe yang selesa. Sento dibuka pada pukul 6 pagi, manakala kafe pula beroperasi pada pukul 7 pagi. Saya akan memperkenalkan kepada anda yang ingin meluangkan masa pada awal pagi.
Suasana menarik di pinggiran bandar! Nikmatilah "Tsubameyu".
Berjalan 4 minit daripada stesen JR Okachimachi, anda kini tiba di sento "Tsubameyu". Bangunan yang telah didaftarkan sebagai warisan kebudayaan di Tokyo itu mencantikkan pemandangan. Hospitaliti dapat dirasakan pada noren (tirai kain di hadapan pintu masuk) berwarna putih yang bersih dan gubahan bunga. Walaupun banyak sento yang beroperasi pada waktu petang, "Tsubameyu" yang dibuka seawal pukul 6 pagi itu menawarkan keseronokan berendam pada waktu pagi.
Papan yang digantung pada pintu terdapat tulisan "わ (wa)". Pada perkataan "わ(wa)" di atas "板=ita (papan)" disebut sebagai "Waita (telah mendidih)". Ia memberi maksud air panas sedang dididihkan dan sudah mula beroperasi. Ketika kedai ditutup pula, huruf "ぬ (nu)” akan kelihatan. "ぬ (nu)” apabila di tulis di atas "板=ita (papan)" disebut sebagai "Nuita (cabut)" yang memberi maksud air panas sedang dibuang. Terdapat unsur lawak yang menghiburkan dari hasil karya artis sento iaitu Uehara Yoshiharu.
Semasa memasuki kawasan tempat mandi, anda akan teringin untuk terjun ke dalam apabila melihat longgokan batu di atas tab mandi. Ia adalah batu-batuan daripada gunung Fuji dan seperti juga bangunan ini, ia telah didaftarkan sebagai warisan budaya. Hebat. Selepas menggosok badan, teruskan mandi dengan air panas. Ia sangat menyegarkan! Air panas di Tsubameyu terkenal dengan ketinggian suhunya di mana purata suhu harian adalah lebih kurang 46℃. Bagi mereka yang tidak biasa, bilas badan dengan air panas secukupnya terlebih dahulu sebelum berendam supaya tidak memberi kejutan pada badan. Tab mandi berbuih juga sangat bagus pada waktu pagi.
Jika bercakap mengenai rumah mandi Jepun, pasti terbayangkan jus yang sejuk. Terdapat kopi susu dan air yakult di dalam peti sejuk mini. Susu buah-buahan yang manis dan sejuk itu memberi kesegaran pada badan yang panas. Botol yang telah habis diminum diletakkan kembali di dalam bakul yang terdapat dihadapan manekineko (patung kucing seperti melambai).
Keadaan menjadi penuh sesak dengan orang ramai dan menyebabkan saya keluar lalu bertemu dengan sekumpulan remaja yang sedang menatapi bangunan Tsubameyu. Mereka adalah para pelajar yang datang bercuti dari Nagoya yang baru sahaja selesai menikmati asaburo (mandi di waktu pagi). Pelanggan yang tinggal disekitar kawasan juga sungguh ramai dan bahagian hadapan kedai akan dipenuhi dengan basikal seawal pukul 7 pagi.
-
Tsubame-yu燕湯
-
Address
3-14-5 Ueno, Taito-ku, Tokyo, 110-0005
-
Nearest Station
Ueno-Hirokoji Station (Tokyo Metro Ginza Line)
5 minutes on foot
- Phone Number 03-3831-7305
-
Address
3-14-5 Ueno, Taito-ku, Tokyo, 110-0005
Jalan kira-kira 1 minit untuk ke "Kafe Lapin".
Selepas memanaskan badan dengan air panas di pagi hari, mari berjalan ke "Kafe Lapin". Ia mengambil masa tidak lebih daripada 1 minit dari Tsubameyu. Kedai ini berkaca, dipenuhi dengan bunga dan dedaun hijau dan tempat duduk di luar juga menjadi tarikan. Kedai ini berwarna coklat yang menenangkan dan mempunyai cermin besar di mana cahaya semulajadi boleh menembusinya dan memberikan suasana yang terang di dalam kedai.
Anda disyorkan untuk duduk di kaunter bagi menikmati suasana kafe pada waktu pagi. Suasana di dapur seperti bunyi sentuhan pinggan, bunyi air, bunyi air panas yang menggelegak, bebasan wap daripada bancuhan kopi serta aromanya sangat menenangkan.
Set pagi yang boleh dipesan sehingga pukul 11 pagi adalah set roti croissant. Mizuna (sejenis sayur) dan daun saladnya sungguh rangup dan sedap. Set roti bakar yang disertakan bersama jem buatan sendiri juga merupakan menu yang popular.
Walau apa sekalipun, kopinya sangat sedap! Itu sudah pasti. Sebenarnya, di sini merupakan kedai kopi yang dipanggang sendiri. Terdapat pemanggang kopi yang besar di pintu masuk dan dapat dilihat melalui cermin kaca. Kepakaran seseorang ditunjukkan melalui ketelitiannya ketika sedang memeriksa biji kopi.
Terdapat pelbagai jenis biji kopi di hadapan pemanggang. Pasti akan teruja jika anda adalah peminat kopi. Bertambah gembira kerana kesemua kopi yang dijual di kedai ini juga boleh dibeli.
Satu per satu cawan kopi yang dibancuh dengan teliti itu sangat sedap. Kedengaran alunan muzik jazz yang mendayu dan di selangi dengan bunyi selakan helaian surat khabar oleh pelanggan. Bau aroma kopi yang baru dikisar. Satu suasana yang menggembirakan.
Tempat duduk di kaunter kebanyakannya adalah kerusi yang tiada bahagian untuk bersandar, tetapi di sini kerusi yang digunakan sama seperti kerusi yang ada di tempat duduk bermeja. Di kaunter juga boleh bersantai. Kerusi yang dibaluti dengan kain velvet hijau lumut itu sungguh empuk dan selesa, sehingga membuatkan anda ingin duduk lama.
Di kaunter juga terdapat rak yang tersusun di dalam cawan dan piring bercorak yang cantik. Kesemuanya terdiri daripada corak yang berlainan, sungguh elegan! Anda akan terpesona dengan hanya melihatnya. Anda tiba di taman Ueno atau Ameyoko setelah berjalan kira-kira 10 minit selepas keluar dari kafe Lapin. Alangkah bagus dapat berjalan-jalan selepas meluangkan masa di kafe pada waktu pagi. Mulakan pagi anda dengan memasuki furo (bilik mandi). Apabila dapat menghabiskan masa dengan sebaiknya, pasti anda boleh merasakan perbezaannya.
-
Cafe Rapanカフェ ラパン
- Address 3-15-7, Ueno, Taito-ku, Tokyo, 110-0005
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Yoru parfait specialty restaurant Parfaiteria beL Shinjukusanchome
Other Cafes and Sweets
Shinjuku
-
Yoru Parfait specialty restaurant Momobukuro
Other Cafes and Sweets
Ikebukuro
-
Tokyo Metropolitan Government
Landmarks
Shinjuku
-
The Tokyo Station Marunouchi Building
Landmarks
Tokyo Station
-
Yoru Parfait specialty restaurant Parfaiteria beL
Other Cafes and Sweets
Shibuya
-
Ueno Zoo (Ueno Zoological Gardens)
Zoos, Aquariums & Botanical Gardens
Ueno
-
Mesin jualan automatik
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
Mencuba pakaian
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Membeli-belah sambil makan di tengah-tengah Tokyo Shitamachi dan Azabu Juban
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Di sini juga peliknya orang Jepun ~Edisi kafe~
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
-
Bergaya dan pelbagai fungsi! 4 kafe pilihan di Shibuya
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam