Yanaka, Nezu dan Sendagi merupakan kawasan yang dipenuhi dengan tempat-tempat suci, kuil, dan peninggalan yang menarik serta kedai-kedai terkenal yang pasti tidak akan habis dilawati dalam masa sehari sahaja. Memperkenalkan 10 perkara yang mesti dilakukan semasa melawati "Yanesen."
Melalui pintu gerbang Otome Inari di Kuil Nezu!
"Kuil Nezu" dikatakan merupakan kuil lama yang dikunjungi oleh Yamato Takeru iaitu anak kepada Maharaja Keiko untuk beribadat. Ia juga dikenali sebagai tempat untuk menikmati tsutsuji (bunga Azalea), dan mempunyai 7 binaan seperti tempat suci dan pintu gerbang yang merupakan warisan kebudayaan Jepun. Setelah melawati kuil ini, marilah melalui di bawah pintu gerbang "Kuil Otome Inari" yang berbaris di kedua-dua bahagian jalan. Pintu gerbang ini telah dibina dengan doa dan kesyukuran yang banyak oleh para penganutnya. Pasti hati para pengunjung akan disucikan apabila melalui kawasan ini yang penuh dengan pintu gerbang yang cantik dan juga suasana yang mengagumkan ini.
-
-
Address
1-28-9, Nezu, Bunkyo-ku, Tokyo, 113-0031
View Map -
Nearest Station
Nezu Station (Tokyo Metro Chiyoda Line)
5 minutes on foot
- Phone Number 03-3822-0753
-
Address
1-28-9, Nezu, Bunkyo-ku, Tokyo, 113-0031
Berjalan-jalan sambil menikmati makanan di Yanakaginza Shopping Street.
"Yanakaginza Shopping Street" terletak 5 minit dengan berjalan kaki dari stesen Nippori. Terdapat lebih kurang 70 buah deretan kedai di kedua-dua belah jalan sempit sepanjang kira-kira 160m. Hati anda akan teruja dengan suara-suara pemilik kedai yang mengajak anda singgah di kedai mereka serta hanyut dalam bau-bauan masakan yang menarik dari kedai mereka semasa berjalan-jalan di sini. Cara paling biasa adalah dengan berjalan-jalan sambil menikmati makanan yang ada di sini. Marilah merasai makanan pusat bandar seperti "genki menchikatsu" (daging Suzuki) yang menggunakan daging lembu tempatan yang dibakar rangup dan "congmageimo" (ubi keledek penuh) yang ditaburi dengan biji bijan ke atas ubi keledek.
Berjalan-jalan sambil menikmati menchikatsu yang terkenal
"Daging Suzuki" merupakan sebuah kedai yang dibina sejak tahun 1933. Bertukar dari sebuah kedai daging Jepun kepada kedai makan, terciptalah "genki menchikatsu." Menchikatsu merupakan campuran kisaran daging bahu dan paha yang berkualiti tinggi dan digoreng menghasilkan rasa yang amat enak. Selain itu, terdapat juga kedai "Daging Sato" yang juga menjual menchikatsu yang enak, jadi boleh menbandingkan antara kedua dua kedai.
-
-
Address
3, Yanaka, Taitou-ku, Tokyo, 110-0001
View Map -
Nearest Station
Nippori Station (JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Joban Line / JR Ueno Tokyo Line / Nippori-Toneri Liner / Keisei Main Line / Narita SKY ACCESS Line)
5 minutes on foot
-
Address
3, Yanaka, Taitou-ku, Tokyo, 110-0001
Berjalan di perkuburan Yanaka sambil mengetahui makam-makam Jepun
"Perkuburan Yanaka" merupakan kawasan seluas 10 hektar yang terletak di Teramachi, Yanaka. Walaupun ia sebuah kawasan perkuburan, namun ia tidak gelap dan dipenuhi dengan kehijauan serta boleh menikmati keindahan 4 musim di Tokyo di sini. Kebiasaannya, perkuburan Jepun didirikan batu nisan dan terdapat ukiran nama Buddha. Kubur pula terletak di bawah batu nisan tersebut. Yang masih hidup akan "melawat kubur" dan menyediakan bunga serta kuih muih sambil berdiri di hadapan kubur sambil mengenangi orang yang telah meninggal dunia. Orang terkenal seperti pelukis, sasterawan, penyanyi dan ahli politik juga banyak dikuburkan di sini. Elok juga jika cuba mencari mereka yang terkenal ini sambil berjalan-jalan melihat papan tanda. Cuma, perlu diingatkan bahawa tanah perkuburan adalah tempat yang suci. Sila berjalan-jalan dengan senyap tanpa mengeluarkan suara yang kuat. (C) Tokyo Metropolitan Park Association
-
-
Address
7, Yanaka, Taitou-ku, Tokyo, 110-0001
View Map -
Nearest Station
Nippori Station (JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Joban Line / JR Ueno Tokyo Line / Nippori-Toneri Liner / Keisei Main Line / Narita SKY ACCESS Line)
-
Address
7, Yanaka, Taitou-ku, Tokyo, 110-0001
Dapatkan tradisi kebudayaan Jepun iaitu "amezaiku"
Gula-gula yang dibentuk halus dan cantik dengan menggunakan tangan dan gunting semasa masih panas merupakan warisan kebudayaan Jepun iaitu "amezaiku." Ia dikatakan telah bermula sejak abad ke-8 dan pada tahun 1600-an, para pengukir telah membuat "amezaiku" di dalam kawasan bandar dan menjualnya. Di kedai "Amezaiku Yoshihara", anda boleh melihat amezaiku dengan jarak yang dekat dan juga boleh dibeli. Terdapat pengukir yang akan membentuk adunan sirap gula kepada pelbagai bentuk yang menarik dengan menggunakan tangan mereka sahaja. Marilah merasai kebudayaan kesenian Jepun dengan mata dan lidah anda sendiri.
-
Amezaiku Yoshiharaあめ細工 吉原
- Address Tomoe Bld.1F, 1-23-5, Sendagi, Bunkyo-ku, Tokyo, 113-0022, Japan
Membeli barangan Jepun yang retro
"Isetatsu" merupakan sebuah kedai chiyogami Edo yang ditubuhkan pada tahun 1864. Kedai ini bermula apabila pengasasnya, Tatsugoro menerbitkan pencetak blok kayu (cetakan ukiyo-e yang mempunyai pelbagai warna) dan chiyogami. "Chiyogami Edo" adalah sejenis kertas yang mempunyai pelbagai warna menarik yang terhasil apabila pencetak blok kayu yang diukir dicetak ke atas kertas tradisi Jepun. Pelbagai barangan menarik yang diperbuat dari chiyogami Edo dari yang kecil sehingga yang besar seperti tuala dan napkin kertas boleh dijumpai di dalam kedai ini. Barangan kecil yang cantik yang menonjolkan warna-warna seni kebudayaan Jepun pasti akan menggembirakan hati si penerima apabila diberikan sebagai cenderamata.
-
Isetatsuいせ辰
- Address 2-18-9, Yanaka, Taito-ku, Tokyo, 110-0001, Japan
Jika disebut tentang Yanaka, semestinya kucing! Membeli barangan kucing
Terdapat "Tanah Suci Pencinta Kucing" di kawasan berhampiran dengan Yanakaginza Shopping Street yang mempunyai kedai menjual barangan kucing serta kafe yang memiliki kucing. Kuih comel yang bermotifkan kucing seperti donat "Yanaka shippoya" dan "manekiya" iaitu sejenis kuih yang dibakar juga amat terkenal di Yanakaginza Shopping Street ini. "Kaiun Yanakado" yang terletak berhampiran stesen "Sendagi" juga amat terkenal dengan barangan manekineko yang dikenali sebagai kucing memanggil tuah. Para pengunjung boleh mengecat patung kucing bertuah ini sambil menikmati pencuci mulut di kafe di sini. Sudah tentu patung kucing yang diwarnai itu boleh dibawa pulang.
-
Kaiun Yanakadou開運 谷中堂
- Address 5-4-3, Yanaka, Taito-ku, Tokyo, 110-0001, Japan
Menikmati pencuci mulut sambil merasai pengalaman mengecat
Terdapat "Kafe NEKOEMON" yang terletak di sudut pertama 4 buah rumah di Sansakizaka. Para pengunjung boleh mengecat patung kucing sambil menikmati pencuci mulut dan kopi serta teh yang bermotifkan kucing di kedai ini. Para pengunjung boleh mewarnai patung kucing putih yang bersaiz tapak tangan mengikut warna kesukaan dengan menggunakan pen warna. Mont blanc and eclair bercorak kucing yang terdapat di kedai ini juga amat comel sehinggakan terasa seperti sayang untuk dimakan.
-
Cafe Nekoemonカフェ猫衛門
- Address 5-4-2, Uenosakuragi, Taito-ku, Tokyo, 110-0001, Japan
Menikmati pencuci mulut tradisional Jepun
"Yanaka Okanoeisen" merupakan sebuah kedai kuih Jepun yang dibina sejak tahun 1900. Kedai yang mempunyai binaan kayu kuno ini menjadi mercu tanda Yanaka dan merupakan salah satu tempat yang patut dilawati semasa berjalan-jalan dari Yanaka menuju ke Ueno. Kuih kebanggaan kedai ini adalah mamedaifuku (mochi berintikan kacang merah atau kacang soya) dan ukikusa yang merupakan kuih yang dibakar. Kuih yang dibuat satu per satu dengan tangan sendiri sejak dari zaman dahulu lagi, "walaupun tidak boleh membuat dalam kuantiti yang banyak sekaligus, tetapi saya membuat keputusan untuk memastikan setiap kuih yang dibuat boleh dilihat dari mata saya dan dimakan dengan selamat oleh para pelanggan," kata pemilik wanitanya. Seperti yang dikatakan olehnya, kuih yang memasuki mulut akan terasa kemanisannya ke seluruh bahagian dengan satu suapan sahaja. Silalah singgah sebentar di kedai kuih yang wujud sejak dahulu di Yanesen ini semasa bersiar-siar.
-
Yanaka Okanoeisen谷中岡埜栄泉
- Address 6-1-26, Yanaka, Taito-ku, Tokyo, 110-0001, Japan
Menghayati kesenian di muzium kediaman persendirian pengukir terkenal
"Asakura Museum of Sculpture" telah dibuka sebagai sebuah muzium studio mewakili pengukir moden Jepun iaitu Fumio Asakura. Bangunan tersebut juga merupakan rumah dan studio bagi Asakura selama 29 tahun sejak tahun 1935. Selain daripada menumpukan kepada pameran ukiran, terdapat juga taman-taman Jepun yang direka dengan idea yang kreatif dan terbuka. Oleh kerana muzium ini merupakan rumah persendirian pada suatu ketika dahulu, semasa memasuki muzium ini, para pengunjung perlu membuka kasut dan memakai sarung kaki. Memakai selipar atau berkaki ayam di dalam muzium ini adalah dilarang sama sekali.
-
-
Address
7-18-1, Yanaka, Taitou-ku, Tokyo, 110-0001
View Map -
Nearest Station
Nippori Station (JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Joban Line / JR Ueno Tokyo Line / Nippori-Toneri Liner / Keisei Main Line / Narita SKY ACCESS Line)
5 minutes on foot
- Phone Number 03-3821-4549
-
Address
7-18-1, Yanaka, Taitou-ku, Tokyo, 110-0001
Menikmati suasana Jepun sambil bersantai di kafe rumah lama
Di salah sebuah rumah persendirian di Miurazaka, Yanaka terdapat sebuah kafe "Nennekoya" di aras satu. Walaupun dipanggil sebagai kafe, namun terdapat sekumpulan kucing yang gemar tidur dengan nyenyak dan berjemur di bawah sinaran matahari di dalam kafe tersebut, yang menjadikan ia seperti "rumah" mereka sendiri. Para pengunjung boleh merasai sebahagian pengalaman kota besar di kafe ini. Terdapat menu minuman seperti teh hijau, teh jasmin, teh, dan juga kopi. Di samping itu, terdapat juga set kari dan stew. Marilah merasai suasana Jepun sambil menghirup teh. Dalam perjalanan menuju ke kafe ini, terdapat rumah dan tanah milik persendirian serta kuil, oleh itu, sila menjaga tertib seperti cara Jepun tanpa memasuki kawasan tersebut sesuka hati.
Keunikan Nyankare (kari bertemakan kucing)
"Nyankare" merupakan masakan yang diterjemahkan daripada personaliti seekor kucing yang kelihatan amat comel sekali pandang tetapi pedas. Jika anda mengunjung Nennekoya, makanan yang disyorkan adalah "Nyankare set" yang mempunyai set minuman, tapak kaki kucing berwarna putih yang comel dan biskut bebola daging. Semasa duduk sambil menikmati kari di ruang tamu, mungkin perasaan seperti sedang duduk di rumah nenek akan menjelma. Jika bernasib baik, para pengunjung juga boleh menikmati layanan daripada kucing kedai yang kadang-kadang muncul.
-
Nennekoyaねんねこ家
- Address 2-1-4, Yanaka, Taito-ku, Tokyo, 110-0001, Japan
Merasai sentuhan seni bina retro Jepun
Rumah lama Iwasaki dibina pada tahun 1896 sebagai kediaman utama Hisaya, anak sulung kepada Yataro Iwasaki iaitu pengasas kepada salah satu daripada 3 syarikat konglomerat terbesar di Jepun iaitu "Mitsubishi." Kediaman ini mempunyai 3 bangunan iaitu rumah ala Inggeris 2 tingkat yang diperbuat daripada binaan kayu dan mempunyai bilik bawah tanah, rumah biliard daripada kayu yang direka bentuk mengikut rumah rehat di gunung di Swiss dan juga rumah Jepun. Rumah ala Inggeris pada masa tersebut digunakan sebagai rumah tetamu dan bersambung dengan rumah biliard melalui lorong bawah tanah. Rumah Jepun pula digunakan sebagai rumah kehidupan seharian dan bersambung dengan rumah ala Inggeris melalui koridornya. Keseluruhan kediaman ini merupakan lambang kemajuan pembinaan di Jepun pada masa tersebut yang menjadi menjadi warisan kebudayaan negara pada masa kini. (C) Tokyo Metropolitan Park Association Translation
-
-
Address
1, Ikenohata, Taitou-ku, Tokyo, 110-0008
View Map -
Nearest Station
Yushima Station (Tokyo Metro Chiyoda Line)
3 minutes on foot
- Phone Number 03-3823-8340
-
Address
1, Ikenohata, Taitou-ku, Tokyo, 110-0008
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
Bukan sahaja tsukudani dan monja sahaja di "Tsukuda dan Tsukishima"
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Pelan berjalan-jalan di tempat yang disukai oleh warga emas - "Sugamo".