Jogai Shijo iaitu pasar yang mengadakan jualan lelong akan berpindah ke Toyosu. Walau bagaimanapun, "Shotengai" (tempat membeli-belah) akan tetap beroperasi di Tsukiji. Artikel ini akan memperkenalkan tentang cara untuk menikmati pasar Tsukiji.
Terdapat 400 buah kedai yang terdapat di Jogai Shijo.
"Jogai Shijo Tsukiji" adalah tempat membeli-belah yang lengkap dimana terdapat sebanyak kira-kira 400 buah kedai yang meliputi kedai ikan segar dan kedai runcit, selain itu terdapat juga restoran sushi, kedai buah-buahan, kedai daging, kedai "Tsukemono" (jeruk), kedai pisau dan sebagainya. Ia mempunyai sejarah yang panjang beratus tahun dan di sini lengkap menyediakan bahan mentah, pinggan mangkuk, dan peralatan memasak untuk menyediakan "wa-shoku" (makanan Jepun). Waktu beroperasi adalah dari jam 5 pagi hingga sekitar jam 1 petang. Orang ramai akan sentiasa berpusu-pusu di setiap masa tetapi waktu yang disyorkan untuk pergi adalah pada sekitar jam 7 pagi. Bangunlah awal sedikit dan cubalah bersarapan dengan sushi dan "sashimi" (makanan laut mentah yang telah dihiris).
Menikmati "kaisen-don" (nasi bersama makanan laut segar).
Makanan yang perlu dirasai adalah "Kaisen-don" jika ke Jogai Shijo. Di Tsukiji, kedai yang menyediakan hidangan kaisendon ini boleh didapati di mana-mana sahaja. Tangkapan makanan laut yang segar dan lazat seperti uni (landak laut) dan ikura (kaviar telur ikan salmon) yang segar, serta maguro (ikan tuna) dan sebagainya dapat dinikmati dengan harga yang murah. Kebanyakkan harga adalah sekitar 1,000 JPY hingga 2,000 JPY, dan hanya di Tsukiji sahaja anda boleh menikmati kesegaran ikan dengan harga sebegini.
Mengenali meja makan Jepun.
Apabila perut sudah kenyang, marilah menikmati suasana pasar dengan sepenuhnya. 70%∼80% daripada jualan adalah berdasarkan jualan di kedai ikan segar, namun ada juga udang yang sangat besar, kerang besar yang luar biasa, dan juga terdapat ketam rebus yang segar dan lazat. Selain itu, terdapat banyak juga kedai buah-buahan dan produk pes ikan yang telah diproses yang dipanggil "ne-ri-mono" (pes). Kita mungkin dapat mengetahui apakah jenis makanan yang dimakan oleh orang Jepun dengan hanya berjalan-jalan di pasar Tsukiji.
Cuba rasa dahulu sebelum beli.
Cubalah berinteraksi dengan penjual sekiranya berjalan di Jogai Shijo. Adalah lebih baik beranggapan bahawa kebanyakkan penjual tidak fasih berbahasa Inggeris. Namun begitu, mereka sudah biasa melayan pelancong yang melawat Jepun. Sebagai contoh, cuba tanya "Bagaimanakah cara untuk membersihkan udang ini?" dan penjual akan menjawab pertanyaan anda dengan menggunakan gerak tubuh, isyarat tangan dan "bahasa Inggeris pasar (broken English)". Cubalah rasai rasa yang sebenar sesuatu produk dahulu kerana kebanyakkan produk dapat di cuba sebelum dibeli, dan jika ada produk yang berkenan bolehlah beli dan dibawa pulang ataupun menikmatinya di hotel.
Rasa yang boleh dibawa pulang.
Jogai Shijo dilimpahi dengan banyak makanan yang lazat. Makanan istimewa jika di Tsukiji semestinya "tamago-yaki" (telur dadar Jepun). Terdapat banyak kedai yang menjual tamagoyaki selain dari restoran sushi. Selain itu, tiram mentah yang besar dan makanan laut yang dipanggang dan digoreng dan sebagainya dicucuk atau diletakkan di dalam cawan juga ada dijual untuk memudahkan pembeli untuk memakannya sambil berjalan. Oleh kerana makanan ini dapat dibeli dengan harga yang murah, ia tidak perlu dimakan segera dan boleh dibawa pulang malahan, seronok juga dapat dimakan sambil berjalan.
Jom beli cenderamata Tsukiji.
Belilah cenderamata berimejkan Tsukiji ketika berkunjung di sini. Kemeja T dan topi yang bercorakkan nama-nama ikan seperti maguro dan salmon dalam tulisan "kanji" (tulisan Jepun) adalah lazim dijadikan sebagai cenderamata. Selain dari itu, tuala yang bercorakkan sushi juga adalah produk yang popular. "Rasa" Jepun yang dibawa pulang seperti sup miso yang dibekukan dan dikeringkan juga pasti akan menggembirakan mereka yang menerimanya.
-
-
Address
Amount of 1,000 ridge 1F, 4-16-2, Tsukiji, Chuo-ku, Tokyo, 104-0045
View Map -
Nearest Station
Tsukijishijo Station (Toei Oedo Line)
1 minute on foot
- Phone Number 03-3541-9444
-
Address
Amount of 1,000 ridge 1F, 4-16-2, Tsukiji, Chuo-ku, Tokyo, 104-0045
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Ameyoko Shopping Street
Old Towns (Shitamachi)
Ueno
-
Ueno Zoo (Ueno Zoological Gardens)
Zoos, Aquariums & Botanical Gardens
Ueno
-
Tokyo Metropolitan Government
Landmarks
Shinjuku
-
Kappabashi Street
Old Towns (Shitamachi)
Asakusa
-
Tsukiji Outer Market
Old Towns (Shitamachi)
Tsukiji
-
The Tokyo Station Marunouchi Building
Landmarks
Tokyo Station
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Pelan berjalan-jalan di tempat yang disukai oleh warga emas - "Sugamo".
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Bukan sahaja tsukudani dan monja sahaja di "Tsukuda dan Tsukishima"
-
3 pilihan tempat bergambar di Yanesen
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam