HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ueno 10 misteri yang terdapat di Ueno Koen (Taman Ueno)
10 misteri yang terdapat di Ueno Koen (Taman Ueno)

10 misteri yang terdapat di Ueno Koen (Taman Ueno)

Last updated: 29 Januari 2021

Ueno Koen merupakan lokasi pelancongan terkenal di kawasan Ueno. Bagi pengunjung yang pertama kali datang ke Ueno Koen pasti merasakan terdapat banyak binaan aneh di sini. Mari kita merungkai misteri yang terdapat di taman ini.

Adakah patung itu terkenal?

Adakah patung itu terkenal?

Jika sebut sahaja simbol Ueno Koen, pasti akan terbayang patung gangsa orang membawa anjing yang terdapat di pintu masuk taman. Ianya merupakan patung Saigo Takamori, seorang samurai terkenal yang bergiat aktif pada abad ke-19. Oleh kerana Saigo gemar membawa anjing kesayangannya berburu, patung ini telah direka berdasarkan imej tersebut.

  • Statue of Saigo Takamori
    • Address Ueno Park, 5-20, Uenokouen, Taitou-ku, Tokyo, 110-0007
      View Map
    • Nearest Station Ueno Station (Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Tohoku Main Line / JR Utsunomiya Line / JR Takasaki Line / JR Joban Line / JR Ueno Tokyo Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
      2 minutes on foot
    • Phone Number 03-3828-5644

Mengapa di sini terkenal dengan sakura?

Mengapa di sini terkenal dengan sakura?

Ueno Koen merupakan lokasi hanami (melihat bunga) yang mempunyai lebih kurang 1,200 batang pokok sakura. Ueno Koen pada asalnya merupakan tapak kuil Buddha iaitu Kai'ei-ji. Dikatakan bahawa individu yang membina Kan'ei-ji ini telah membawa sakura dari Kyoto dan menanamnya di kawasan kuil. Di Kan'ei-ji juga terdapat makam shogun (jeneral). Pada musim sakura berkembang, kawasan ini dibuka untuk lawatan dan menerima ramai pengunjung.

Asal usul nama lain, Ueno no Yama

Asal usul nama lain, Ueno no Yama

Taman ini juga dipanggil dengan nama lain, iaitu "Ueno no Yama". Mungkin anda berasa hairan mengapa ianya dipanggil "yama" (gunung) sedangkan tiada gunung di sini. Walaupun sekali pandang kelihatan seperti tanah yang lapang, sebenarnya terdapat kawasan yang beralun. Ianya dipanggil sedemikian kerana dari sudut geografi, taman ini terletak di kawasan tinggi yang dipanggil Uenodai (dataran tinggi Ueno).

Apakah daibutsu (patung Buddha) yang hanya mempunyai muka sahaja?

Apakah daibutsu (patung Buddha) yang hanya mempunyai muka sahaja?

Patung daibutsu yang terdapat di Ueno merupakan patung aneh yang hanya mempunyai muka sahaja. Terdapat kisah silam yang sedih di sebaliknya. Ianya merupakan patung berbadan penuh sepanjang 6m ketika pembinaannya pada tahun 1631. Namun begitu, setelah mengalami pelbagai malapetaka seperti gempa bumi dan sebagainya, bahagian lain selain daripada muka patung tersebut telah hilang. Walaupun yang tinggal hanyalah mukanya sahaja, ramai pengunjung yang hadir mendoakan kejayaaan dengan harapan "mengatasi kesulitan, dan tidak gagal lagi".

Mengapa terdapat banyak muzium?

Mengapa terdapat banyak muzium?

Terdapat banyak galeri seni serta muzium yang berpusat di Ueno Koen. Ianya merupakan cetusan idea oleh pengarah pertama Muzium Kebangsaan Tokyo untuk menjadikan Ueno Koen sebagai "Kawasan Muzium Besar". Antara muzium yang wajib dikunjungi di sini ialah Muzium Sains dan Alam Sekitar Negara. Muzium ini merupakan muzium sains yang mewakili Jepun, malah spesimen anjing yang menjadi model dalam filem "HACHI" turut dipamerkan di sini.
Sumber gambar: Muzium Sains dan Alam Sekitar Negara

  • National Museum of Nature and Science
    • Address 7-20, Uenokouen, Taitou-ku, Tokyo, 110-8718
      View Map
    • Nearest Station Ueno Station (Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Tohoku Main Line / JR Utsunomiya Line / JR Takasaki Line / JR Joban Line / JR Ueno Tokyo Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
      5 minutes on foot
    • Phone Number 03-5777-8600

Apakah itu "Shitamachi"?

Apakah itu "Shitamachi"?

Kedudukan Ueno Koen terletak di kawasan yang dipanggil Shitamachi (bandar lama). Ianya merupakan bandar unik yang mempunyai gaya tersendiri walaupun terletak di Jepun. Bandar yang digelar Shitamachi ini diduduki oleh rakyat biasa yang kebanyakannya menjalankan aktiviti perniagaan dan kawasan ini sentiasa bergema dengan suara peniaga menjual barangan. Bagi sesiapa yang ingin mempelajari tentang kehidupan seharian penduduk di sini bolehlah berkunjung ke "Muzium Shitamachi". Rumah Jepun lama yang dipamerkan benar-benar boleh dimasuki, malah pengunjung berpeluang merasai sendiri pengalaman berharga di sini.

  • Shitamachi Museum
    • Address 2-1, Uenokouen, Taitou-ku, Tokyo, 110-0007
      View Map
    • Nearest Station Ueno Station (Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Tohoku Main Line / JR Utsunomiya Line / JR Takasaki Line / JR Joban Line / JR Ueno Tokyo Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
      2 minutes on foot
    • Phone Number 03-3823-7451

Apakah itu pulau di Shinobazu-no-ike (Kolam Shinobazu)?

Apakah itu pulau di Shinobazu-no-ike (Kolam Shinobazu)?

Nama pulau yang terdapat di Kolam Shinobazu ialah "Nakanoshima". Walaupun kini dihubungkan dengan jambatan, tempat ini hanya boleh dikunjungi dengan menggunakan bot pada sekitar tahun 1630. Di Benten-jima (Pulau Benten) terdapat Bentendo iaitu kuil memuja "Benzaiten" (Dewi Saraswati dalam kepercayaan Hindu) agar memperoleh kebaikan dalam pendidikan, seni, harta, serta perkahwinan.

  • Benten-do
    • Address 2-1, Uenokouen, Taitou-ku, Tokyo, 110-0007
      View Map
    • Nearest Station Ueno Station (Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Tohoku Main Line / JR Utsunomiya Line / JR Takasaki Line / JR Joban Line / JR Ueno Tokyo Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
      8 minutes on foot
    • Phone Number 03-3821-4638

Mengapa terdapat zoo?

Mengapa terdapat zoo?

"Ueno Doubutsuen" (Zoo Ueno) merupakan zoo pertama di Jepun yang dibuka pada tahun 1882. Pada asalnya, ianya dibuka sebagai salah satu fasiliti muzium kerajaan yang terletak di dalam Ueno Koen.

  • Ueno Zoo (Ueno Zoological Gardens)
    • Address 9-83, Uenokouen, Taitou-ku, Tokyo, 110-8711
      View Map
    • Nearest Station Ueno Station (Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Tohoku Main Line / JR Utsunomiya Line / JR Takasaki Line / JR Joban Line / JR Ueno Tokyo Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
      5 minutes on foot
    • Phone Number 03-3828-5171

Mengapa terdapat padang besbol?

Mengapa terdapat padang besbol?

Nama padang besbol yang terdapat di dalam taman ini ialah "Masaoka Shiki Kinen Kyujyo" (Padang Memorial Masaoka Shiki). Padang ini dibuka sempena meperingati penulis puisi "haiku" yang terkenal iaitu Masaoka Shiki yang gemar bermain besbol di Ueno Koen.

Mengapa tanuki (rakun) dianggap sebagai tuhan?

Tanuki disembah sebagai tuhan di kuil Shinto Ueno Tosho-gu. Ianya terkenal sebagai tempat memohon hajat oleh pelajar yang menghadapi peperiksaan serta mereka yang ingin menang dalam pertandingan. Tanuki dianggap sebagai tuhan disebabkan oleh perkataan tanuki yang hampir sama dengan sebutan "ta wo nukinderu" (bermaksud mengatasi yang lain) dalam bahasa Jepun, malah dikatakan membawa tuah. Bagi sesiapa yang akan menghadapi peperiksaan atau pertandingan, bolehlah cuba memohon hajat di sini.

  • Ueno Toshogu
    • Address 9-88, Uenokouen, Taitou-ku, Tokyo, 110-0007
      View Map
    • Nearest Station Ueno Station (Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Tohoku Main Line / JR Utsunomiya Line / JR Takasaki Line / JR Joban Line / JR Ueno Tokyo Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
      5 minutes on foot
    • Phone Number 03-3822-3455
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari