HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Harajuku Beribadat di Meiji Jingu (Kuil Shinto Meiji) dengan cara yang betul
Beribadat di Meiji Jingu (Kuil Shinto Meiji) dengan cara yang betul

Beribadat di Meiji Jingu (Kuil Shinto Meiji) dengan cara yang betul

Last updated: 24 Januari 2020

Jika ke Tokyo, pasti ingin melawat ke kuil Shinto dan merasai pengalaman agama Shinto di Jepun. Artikel ini akan memperkenalkan Meiji Jingu yang berdekatan dengan Harajuku dan merupakan tempat berkembangnya budaya Asia.

Kuil Shinto yang luas dan kaya dengan kehijauan

Meiji Jingu yang dibina di kawasan berkeluasan 700,000 meter persegi ini merupakan tempat pemujaan Maharaja Meiji dan Permaisuri Shoken yang telah memodenkan Jepun. Pokok-pokok yang subur diperolehi dari seluruh pelusuk Jepun bagi pembinaan kuil ini. Pokok-pokok yang didermakan bagi pembinaan kuil ini melebihi 100,000 batang dan seramai 110,000 orang ahli jawatankuasa perkhidmatan belia telah bekerjasama dalam pembinaan hutan di sini. Hutan ini boleh dikatakan kawasan yang paling kaya dengan alam semulajadi di Tokyo.

Merentasi Jingu Bashi (Jambatan Jingu)

Merentasi Jingu Bashi (Jambatan Jingu)

Anda perlu melalui jambatan Jingu yang sangat besar untuk ke Meiji Jingu dari stesen Harajuku. Terdapat tiang lampu yang amat besar di tepi jambatan yang sesuai sebagai pintu masuk ke kuil yang gah ini. Lampunya akan dinyalakan pada malam hari dan membolehkan anda merasai satu suasana yang hebat.

Penyucian dengan batu kerikil

Penyucian dengan batu kerikil

Terdapat 3 laluan untuk ke tempat beribadat iaitu melalui laluan selatan iaitu daripada stesen kereta api Harajuku JR (Japan Railways) dan stesen kereta api bawah tanah Meiji-Jingumae Tokyo Metro yang melalui jambatan Jingu, laluan utara iaitu daripada stesen kereta api "Yoyogi" JR (Japan Railways) dan laluan barat iaitu daripada stesen kereta api "Sangubashi" aliran Odakyu. Kesemua laluan ini dipenuhi dengan batu-batu kerikil. Ia dipanggil sebagai "tamajyari (batu kerikil)" dan merupakan benda yang mesti ada di tempat suci seperti di kuil. Berjalan di atas batu kerikil ini membawa makna penyucian zahir dan batin tetapi pastikan anda berjalan di bahagian tepi laluan kerana bahagian tengah laluan adalah laluan untuk tuhan.

Torii (pintu gerbang berwarna oren yang selalu terdapat di pintu masuk kuil Shinto) terbesar di Jepun

Torii (pintu gerbang berwarna oren yang selalu terdapat di pintu masuk kuil Shinto) terbesar di Jepun

Terdapat binaan Otorii (pintu gerbang berwarna oren yang selalu terdapat di pintu masuk kuil Shinto) yang berketinggian 12 meter, berkelebaran 17.1 meter dan berdiameter 1.2 meter di tempat pertemuan antara laluan selatan dan utara. Otorii ini dikatakan dibina daripada batang pokok cemara yang berusia 1500 tahun yang diambil dari gunung setinggi 3300 meter. Ia merupakan Myoujin-torii (sejenis binaan Torii) yang terbesar di Jepun yang diperbuat daripada kayu.

Sake (arak beras Jepun) untuk persembahan kepada tuhan

Sake (arak beras Jepun) untuk persembahan kepada tuhan

Anda akan melihat banyak tong sake (arak beras Jepun) yang disusun di tepi laluan ketika berjalan di sini. Dalam agama Shinto, terdapat budaya untuk mempersembahkan sake kepada tuhan. Tong-tong sake yang terdapat di Meiji Jingu ini merupakan sake yang didermakan oleh gudang pembuatan sake dari seluruh Jepun untuk dipersembahkan kepada tuhan. Dikatakan terdapat juga wain Burgundy yang berasal dari Perancis yang disimpan di sini.

Mari ke kuil utama tempat tuhan bersemayam

Mari ke kuil utama tempat tuhan bersemayam

Selepas kira-kira 15 minit berjalan, anda akan sampai di kuil utama. Terdapat tempat menyucikan tubuh yang dipanggil temizuya di mana adab sebelum melakukan penyembahan di kuil Shinto perlulah dimulai dengan penyucian tangan dan mulut. Anda mungkin teruja untuk bergambar di sini, tetapi jangan lupa bahawa di sini ialah tempat beribadat. Jadi marilah melawat sekeliling kuil dalam keadaan yang senyap.

Bertuah jika dapat melihat upacara perkahwinan

Perkahwinan di Jepun kebanyakannya dilangsungkan di kuil Shinto. Jika anda bertuah, anda mungkin dapat melihat upacara perkahwinan yang dilangsungkan di Meiji Jingu. Sami akan mengepalai perarakan diikuti dengan pasangan pengantin lelaki dan perempuan menuju ke tempat tuhan bersemayam. Dikatakan bahawa mereka yang melihat suasana ini akan turut mendapat kebahagiaan.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari