HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Stesen Tokyo 10 langkah untuk lebih arif tentang stesen kereta api Tokyo
10 langkah untuk lebih arif tentang stesen kereta api Tokyo

10 langkah untuk lebih arif tentang stesen kereta api Tokyo

Last updated: 15 Julai 2020

Stesen kereta api Tokyo meraikan ulang tahun pembukaan ke-100 pada tahun 2015. Ia merupakan lokasi yang menjadi tumpuan para pelancong ke Jepun. Pengenalan tentang aktiviti-aktiviti menarik yang terdapat di sekitar stesen kereta api Tokyo akan diberikan.

Penemuan patung gangsa dan kesenian

Penemuan patung gangsa dan kesenian

Stesen kereta api Tokyo yang mempunyai sejarah berusia lebih 100 tahun sejak pembukaannya merupakan lokasi yang penuh dengan kawasan untuk dijelajah. Ciri utamanya adalah seni pembinaan bangunan stesen, terdapat kubah indah tersergam di pintu keluar sebelah utara dan selatan Marunouchi. Selain itu, terdapat juga banyak lokasi menarik lain di sini seperti kaca berwarna-warni (stained glass), Nakama no Zo (Patung Sahabat), Gin no Suzu (Loceng Perak) dan Dorin no Hiroba (Dataran Roda). Disyorkan juga untuk ke pameran di muzium yang berbata merah "Tokyo Station Gallery".

  • The Tokyo Station Marunouchi Building
    • Address 1, Marunouchi, Chiyoda-ku, Tokyo, 100-0005
      View Map
    • Nearest Station Tokyo Station (Tokaido Shinkansen Line / Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Tokaido Main Line / JR Yokosuka Line / JR Sobu Main Line / JR Sobu Main Line (Rapid) / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Chuo Main Line / JR Keiyo Line / JR Ueno Tokyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line)

Dapatkan Pokemon!

Dapatkan Pokemon!

Terdapat kedai yang menjual watak-watak kartun terkenal dan kedai rasmi stesen siaran televisyen yang dikenali sebagai "Tokyo Character Street". Pastikan ada dalam senarai anda untuk membeli barang unik yang hanya boleh didapati di stesen kereta api Tokyo. Dapatkan barangan seperti patung Pokémon yang bertemakan ketua stesen kereta api Tokyo di kedai Pokémon (Pokémon store).

  • Tokyo Character Street
    • Address The Tokyo Station first Avenue the first floor of the basement north street, 1-9-1, Marunouchi, Chiyoda-ku, Tokyo, 100-0005
      View Map
    • Nearest Station Tokyo Station (Tokaido Shinkansen Line / Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Tokaido Main Line / JR Yokosuka Line / JR Sobu Main Line / JR Sobu Main Line (Rapid) / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Chuo Main Line / JR Keiyo Line / JR Ueno Tokyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line)
      1 minute on foot
    • Phone Number 03-3210-0077

Makan ramen (mi Jepun)

Makan ramen (mi Jepun)

"Tokyo Ramen Street" merupakan deretan kedai terkenal di Tokyo yang berkonsepkan "Makanan yang harus dicuba di Tokyo". Terdapat 8 buah deretan kedai yang penuh dengan pelbagai menu seperti shoyu ramen (mi dengan sup kicap ala Jepun), tsukemen (mi yang dicelur dengan kicap), tulang babi dan tanmen (sejenis masakan China). Semua kedai di sini sentiasa penuh dengan barisan orang ramai. Digalakkan untuk pergi ke kawasan ini pada waktu petang, untuk mengelak waktu makan tengahari dan malam.

  • Tokyo Ramen Street
    • Address The Tokyo Station first Avenue the first floor of the basement south street, 1-9-1, Marunouchi, Chiyoda-ku, Tokyo, 100-0005
      View Map
    • Nearest Station Tokyo Station (Tokaido Shinkansen Line / Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Tokaido Main Line / JR Yokosuka Line / JR Sobu Main Line / JR Sobu Main Line (Rapid) / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Chuo Main Line / JR Keiyo Line / JR Ueno Tokyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line)
      1 minute on foot
    • Phone Number 03-3210-0077

Merasai pengalaman kesenian di Marunouchi

Merasai pengalaman kesenian di Marunouchi

Bermula pada tahun 1972, pelbagai hasil karya kesenian dipamerkan di sepanjang jalan Marunouchi yang dipanggil sebagai "Marunouchi Street Gallery". Pelbagai hasil karya dari pelukis terkemuka Jepun seperti Kusama Yayoi dan Atsuhiko Misawa serta pengukir patung Itali moden iaitu Emilio Greco yang dipamerkan di jalanan dan Dataran Ichigokan (di bawah pengurusan Chokoku-No-Mori Art Foundation).

  • Marunouchi Street Galley
    • Address Marunouchi, Chiyoda-ku, Tokyo, 100-0005
      View Map
    • Nearest Station Tokyo Station (Tokaido Shinkansen Line / Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Tokaido Main Line / JR Yokosuka Line / JR Sobu Main Line / JR Sobu Main Line (Rapid) / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Chuo Main Line / JR Keiyo Line / JR Ueno Tokyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line)

Melihat cahaya lampu

Melihat cahaya lampu

Taman Air Pancur Wadakura dibina bersempena dengan perkahwinan Maharaja dan Maharani Jepun pada tahun 1961. Di taman ini terdapat air pancur besar yang berketinggian 8m, aliran air, jambatan dan monumen air. Ia akan menjadi pemandangan yang indah apabila dilimpahi cahaya lampu. Ia bermula dari terbenam matahari sehingga 8 malam (9 malam pada musim panas).
(C) Tokyo Metropolitan Park Association

Menikmati tempat menarik dengan bas pelancong

Menikmati tempat menarik dengan bas pelancong

"Sky Bus Tokyo" merupakan bas 2 tingkat yang dinaiki pelancong sambil menikmati tempat menarik dari tingkap bas. Tiket bas boleh dibeli di kaunter tiket yang terdapat di bangunan Mitsubishi. Bas pelancong ini akan mengelilingi tempat-tempat utama pelancongan melalui Istana Maharaja Jepun, Ginza dan Marunouchi dalam masa 50 minit. Para pengunjung dinasihatkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu jika ingin menggunakan perkhidmatan ini pada hari minggu.

Mengagumi keindahan bunga mengikut musimnya

Mengagumi keindahan bunga mengikut musimnya

Taman Hibiya dibina pada tahun 1903 melalui perancangan bandar yang pertama di Jepun. Ia amat terkenal sebagai taman bunga yang tidak pernah pupus dengan bunga mengikut musim. Para pengunjung pasti jatuh cinta dengan warna-warna bunga di taman bunga pertama dan kedua serta pancuran air besar yang menjadi simbol utama taman ini.

  • Hibiya Park
    • Address 1-6, Hibiyakouen, Chiyoda-ku, Tokyo, 100-0012
      View Map
    • Nearest Station Hibiya Station (Tokyo Metro Hibiya Line / Tokyo Metro Chiyoda Line / Toei Mita Line)
      3 minutes on foot
    • Phone Number 03-3501-6428

Ketenangan dengan kehijauan

Ketenangan dengan kehijauan

Dataran Ichigokan dikelilingi oleh "Marunouchi Park Building" dan "Muzium Mitsubishi Ichigokan" yang merupakan hasil ubahsuai daripada "Mitsubishi Ichigokan", iaitu bangunan pejabat yang pertama di Marunouchi yang siap dibina pada tahun 1894. Dikenali sebagai oasis di bandar juga, kawasan ini dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga ros seperti Old Rose dan juga bunga 4 musim yang boleh dinikmati oleh para pengunjung.

  • Ichigoukan Plaza
    • Address 2-6-1, Marunouchi, Chiyoda-ku, Tokyo, 100-0005
      View Map
    • Nearest Station Tokyo Station (Tokaido Shinkansen Line / Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Tokaido Main Line / JR Yokosuka Line / JR Sobu Main Line / JR Sobu Main Line (Rapid) / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Chuo Main Line / JR Keiyo Line / JR Ueno Tokyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line)

Melihat kura-kura di Istana Maharaja Jepun

Melihat kura-kura di Istana Maharaja Jepun

Terdapat pelbagai jenis hidupan yang boleh didapati di dalam parit yang mengelilingi Istana Maharaja Jepun. Bermula dengan penghijrahan burung angsa ke sini pada tahun 1953, ia juga semakin terkenal dengan burung-burung yang berhijrah pada setiap musim sejuk. Jika dilihat pada permukaan air pula, ikan koi, lampam dan keli serta kura-kura (kura-kura jenis China) berenang-renang di dalamnya dapat dilihat. Sila ambil perhatian bahawa memberi makanan pada binatang-binatang ini adalah dilarang di sini.

Menyahut cabaran larian Istana Maharaja Jepun

Menyahut cabaran larian Istana Maharaja Jepun

Kokyogaien juga amat terkenal sebagai tempat berjoging. Pengunjung boleh menikmati keindahan Sakuradamon, taman Chidorigafuchi dan Miyakezaka sambil berjoging 5km satu pusingan tanpa lampu isyarat. Di sekitar Istana Maharaja Jepun juga terdapat bilik persalinan dan mandi tetapi pengguna perlu mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu. Para pengunjung digalakkan untuk menggunakan lokar syiling dan sento (tempat mandi awam berbayar) yang terdapat di stesen kereta api.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari