Penuh dengan tempat-tempat terkenal seperti Istana Maharaja Jepun dan kemudahan komersial yang berderetan di Marunouchi, serta suasana zaman Edo yang dikekalkan oleh Nihombashi dan sebagainya. Artikel ini akan memperkenalkan cara untuk menerokai Tokyo dengan mudah walaupun bagi pengunjung yang mengunjunginya buat pertama kali.
-
1Stesen Tokyo yang penuh dengan daya tarikan.
-
2Kokyogaien (taman di luar istana Maharaja)
-
3Bandar tercanggih
-
4Nihombashi yang masih mengekalkan ciri-ciri era Edo
-
5Kawasan Yaesu
Stesen Tokyo yang penuh dengan daya tarikan.
Sejak pembukaannya pada tahun 1914, Stesen Tokyo telah memainkan peranannya sebagai pintu masuk ke ibu negara. Jom kita terokai bangunan stesen Tokyo yang telah dibaikpulih kepada reka bentuk asalnya yang hebat. Cuba dongakkan kepala anda ketika keluar dari pintu tiket di bahagian Utara dan Selatan, dan kubah tersergam indah menghiasi pemandangan anda. Sementara itu, tiang dari zaman dahulu kala juga masih dikekalkan di platfom 5-6. Stesen ini penuh dengan tarikan-tarikan seperti kaca berwarna pada pintu masuk platfom di Keiyo Line, dan galeri seni "Tokyo Station Gallery" dengan bilik pameran yang diperbuat daripada bata merah. Banyak kedai di kawasan dalam bangunan stesen ini yang menawarkan pelbagai gourmet, barangan keperluan harian, cenderamata dan sebagainya. Jadi anda boleh memilih untuk mengenyangkan perut dahulu sebelum bersiar-siar di sini.
-
-
Address
1, Marunouchi, Chiyoda-ku, Tokyo, 100-0005
View Map -
Nearest Station
Tokyo Station (Tokaido Shinkansen Line / Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Tokaido Main Line / JR Yokosuka Line / JR Sobu Main Line / JR Sobu Main Line (Rapid) / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Chuo Main Line / JR Keiyo Line / JR Ueno Tokyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line)
-
Address
1, Marunouchi, Chiyoda-ku, Tokyo, 100-0005
Kokyogaien (taman di luar istana Maharaja)
Jalan melalui "Miyuki Street" dari arah pintu masuk bahagian tengah Marunouchi di Stesen Tokyo hingga kelihatan "Fountain Park Wadakura" di sebelah kanan anda. Seterusnya, jalan merentasi Fountain Park Wadakura tersebut dan anda akan sampai di dataran yang berhadapan dengan Istana Maharaja Jepun. Dataran ini dahulunya menempatkan kawasan kediaman samurai yang dilengkapi dengan shogun (jeneral). Jika anda terus bergerak ke arah hujung dataran, terdapat beberapa pintu yang akan anda lalui seperti Ote-mon, Sakurada-mon, Sakashita-mon, Nijubashi dan pelbagai jenis pintu yang berterusan hingga ke pintu istana. Kemudian, menuju ke arah timur Kokyogaien melalui Uchibori Street dan merentasi Ote-mon, anda dapat melihat Bannin (pengawal) di pondok pengawal terbesar dalam istana iaitu Hyakunin-bandokoro (seratus orang pengawal di pondok pengawal). Tambahan itu, Ooku Mark yang terdapat di "Ooku" iaitu tempat kediaman gundik di Istana Edo serta taman bercirikan Jepun iaitu Taman Ninomaru dan sebagainya juga dapat dilihat di sini.
Bandar tercanggih
Setelah selesai menerokai Istana Maharaja Jepun, teruskan perjalanan ke arah Babasakidori dan ayuh kita bersiar-siar di pusat perniagaan canggih "Marunouchi Nakadori" ini dari utara hingga ke selatan. Sekiranya ingin membeli-belah dan menjamu selera, anda disyorkan untuk menuju ke Menara JP, Marunouchi Brick Square, Shin-Maru Building, Maru Building dan sebagainya. Jangan ketinggalan untuk melihat hasil-hasil seni yang dipamerkan di perantaraan pokok-pokok di tepi jalan dan seni pencahayaan lampu dari musim luruh hingga ke musim sejuk. Selain itu, anda dapat melihat bangunan-bangunan bersejarah di Marunouchi seperti DN Tower 21, Meiji Seimei Kan, Tokyo Bankers Association Building dan sebagainya yang terletak di kalangan bangunan-bangunan pencakar langit ini. Anda juga boleh memilih untuk mengelilingi kawasan Marunouchi dengan menaiki "Marunouchi shuttle" secara percuma.
-
-
Address
Around Marunouchi, Chiyoda-ku, Tokyo 2-3 chome, 100-0005
View Map -
Nearest Station
Tokyo Station (Tokaido Shinkansen Line / Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Tokaido Main Line / JR Yokosuka Line / JR Sobu Main Line / JR Sobu Main Line (Rapid) / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Chuo Main Line / JR Keiyo Line / JR Ueno Tokyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line)
1 minute on foot
-
Address
Around Marunouchi, Chiyoda-ku, Tokyo 2-3 chome, 100-0005
Nihombashi yang masih mengekalkan ciri-ciri era Edo
Jalan menuju ke arah Eidaidori dari Marunouchi-nakadori, dan ke arah Sotoboridori dengan merentasi Stesen Tokyo, anda akan tiba di kawasan Nihombashi. Nihombashi adalah titik permulaan Jepun dalam perkembangan sebagai pusat perdagangan dan pusat kebudayaan. Di sini terdapat banyak bangunan yang telah ditetapkan sebagai bangunan bersejarah yang penting, dan anda boleh menghayati ciri-ciri bersejarahnya sambil bersiar-siar. Lokasi yang wajib dilihat adalah "Nihombashi" iaitu jambatan batu jenis "continuous two arch bridge" yang dibina pada tahun 1911. Selain itu, terdapat juga bangunan yang terpilih sebagai bangunan bersejarah di kawasan Tokyo seperti Ibu pejabat Nihombashi Mitsukoshi, dan Nihon Ginko iaitu bank rasmi yang mengeluarkan duit kertas negara Jepun. Nihon Ginko Honten Honkan (bangunan ibo pejabat) telah dibina pada tahun 1896, dan ia telah ditetapkan sebagai bangunan warisan kebudayaan penting sebagai sebuah bangunan moden bercirikan gaya Barat. Gambar disediakan oleh: Nihon Ginko.
-
-
Address
2-1-1, Nihonbashihongokucho, Chuo-ku, Tokyo, 103-0021
View Map -
Nearest Station
Mitsukoshimae Station (Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hanzomon Line)
1 minute on foot
- Phone Number 03-3279-1111
-
Address
2-1-1, Nihonbashihongokucho, Chuo-ku, Tokyo, 103-0021
Kawasan Yaesu
Dari Nihon Ginko, jalan ke arah pintu keluar Yaesu Stesen Tokyo melalui Sotoboridori, dan anda akan tiba di kawasan Yaesu. Terdapat kemudahan komersial seperti gedung beli-belah yang dibuka sejak dahulu lagi seperti Daimaru Tokyo dan lokasi baru seperti Granroof. Apabila menyeberangi Sotoboridori, anda akan diselubungi dengan suasana retro di pusat hiburan, manakala apabila malam menjelang anda dapat melihat kelibat pekerja-pekerja yang akan memenuhi izakaya. Selain itu, di tingkat bawah tanah pintu Yaesu Stesen Tokyo, terdapat bandar bawah tanah Yaesu yang telah berkembang sebagai pusat membeli-belah yang menawarkan kira-kira 180 buah kedai yang meliputi restoran, barangan keperluan harian, fesyen dan sebagainya. Marilah cubalah menerokai "Yaechika", kawasan membeli-belah bawah tanah yang terdiri daripada beberapa laluan bawah tanah yang besar ini.
-
-
Address
Basement, 2-1, Yaesu, Chuo-ku, Tokyo, 104-0028
View Map -
Nearest Station
Tokyo Station (Tokaido Shinkansen Line / Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Tokaido Main Line / JR Yokosuka Line / JR Sobu Main Line / JR Sobu Main Line (Rapid) / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Chuo Main Line / JR Keiyo Line / JR Ueno Tokyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line)
-
Address
Basement, 2-1, Yaesu, Chuo-ku, Tokyo, 104-0028
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Tokyo Metropolitan Government
Landmarks
Shinjuku
-
Shibuya Crossing
Downtown
Shibuya
-
Tsukiji Outer Market
Old Towns (Shitamachi)
Tsukiji
-
Kappabashi Street
Old Towns (Shitamachi)
Asakusa
-
TOKYO SKYTREE®
Landmarks
Ryogoku / TOKYO SKYTREE(R)
-
Ueno Zoo (Ueno Zoological Gardens)
Zoos, Aquariums & Botanical Gardens
Ueno
-
Kad bank luar negara
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Mencuba pakaian
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Kos yang wajib diikuti ketika melancong ke Tokyo
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam