Di Shinjuku yang penuh sesak dengan orang ramai, bilangan bar berdiri telah meningkat yang menawarkan masakan asli pada harga yang berpatutan. Walau bagaimanapun, tempahan awal tidak boleh dibuat di bar berdiri, bar yang popular akan penuh dengan segera. Mari kita lihat 5 bar berdiri yang popular tersebut.
Bar berdiri Perancis “Provencal”
Terletak tidak jauh dari Stesen Shinjuku Seibu. Kaunter bar yang terletak di tengah-tengah ruang kedai, memberikan suasana terbuka. Sato, iaitu chef dan pemilik bar ini yang mempunyai pengalaman memasak di selatan Perancis, menyediakan masakan gaya Provence. Beliau mencipta hidangan dengan perasa yang mudah bagi mengekalkan rasa asli bahan yang digunakan dan beliau akan mengelakkan dari menggunakan mentega dalam masakannya. Hidangan Perancis yang menggunakan haiwan liar seperti rusa Ezo dan ayam guinea amat popular di sini.
Bilangan hidangan haiwan liar seperti hidangan arnab dan babi hutan meningkat semasa musim luruh dan musim sejuk.
-
Provencaleプロヴァンサル
- Address Ooyorokobi Bld.1F, 2-45-7, Kabukicho, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0021, Japan
Gaya Venice "IL Bacaro"
"IL Bacaro" yang terletak di Shinjuku 3-chome, adalah sebuah bar berdiri Itali bergaya Venice. Di dalam bar yang meriah, percakapan Itali yang dituturkan oleh kakitangan boleh didengar, yang membuatkan anda merasa seperti di Venice.
Setiap hidangan adalah dalam kuantiti yang kecil, sesuai untuk hidangan dengan alkohol terutama sekali apabila minum bersendirian. Menunya yang terdiri daripada sayur-sayuran dan makanan laut ini menyihatkan dan digemari orang ramai.
Ruang berdiri segera menjadi penuh sebaik sahaja bar dibuka.
-
IL BacaroIL Bacaro
- Address B2, Keioufurentesinzyuku3tyoume, 3-4-8, Shinjuku, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0022, Japan
Nikmati setiap keping daging berkualiti A5 "Jiromaru"
Bar berdiri dan restoran daging panggang "Jiromaru" terletak berhampiran dengan Stesen Shinjuku Seibu dan menawarkan daging lembu tempatan berkualiti A5 dan boleh dinikmati dari kuantiti paling sedikit iaitu sebanyak satu keping. Bar hanya menyediakan perkhidmatan kaunter dan mempunyai 6 dapur gas sahaja. Pelanggan wanita juga boleh masuk bersendirian tanpa rasa tidak selesa. Bar ini menawarkan pelbagai daging lembu yang paling berjenama di seluruh negara, terutamanya, daging lembu Nagasaki.
-
Ziroumaru治郎丸
- Address 1-26-3, Kabukicho, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0021, Japan
Bar berdiri sake Jepun (arak Jepun) "Moto"
"Moto" adalah bar berdiri dengan suasana yang tenang dan pakar dalam sake Jepun (arak jepun).
Pemilik bar, Amano berkata "Saya melawat dan bercakap dengan pembuat arak untuk memahami komitmen mereka dalam membuat sake (arak Jepun) sebelum memperoleh sake (arak Jepun) mereka." Pelanggan beliau banyak terdiri daripada pembuat arak dan dinding bar ini dipenuhi dengan mesej yang di tinggalkan oleh para pelanggan. Hidangan yang di hidangkan juga popular termasuk hidangan kreatif bermusim dan snek ringan. Ia dibuka awal, iaitu pada pukul 15:00.
-
Moto日本酒スタンド 酛
- Address Hakuhou Bld.B1F, 5-17-11, Shinjuku, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0022, Japan
"Beer & Cafe Berg" yang digemari ramai
"Beer & Cafe Berg" terletak berhampiran dengan pintu keluar di East Gate (Pintu Timur), Stesen Shinjuku. Ia telah beroperasi selama 45 tahun dan merupakan kedai yang disayangi oleh peminatnya.
Kedai ini menyajikan pelbagai menu termasuk Berg-dog, yang merupakan menu utama, sosej, pate hati dan lain-lain, tanpa menggunakan perisa tambahan. Kedai ini turut popular dengan kraf bir yang akan diganti sebaik saja tong itu kosong. Sake (arak Jepun) yang diminum menggunakan gelas wain juga merupakan satu tarikan kerana ia mungkin jarang didapati, termasuk sake yang diperbuat daripada beras semata-mata.
written by : Nozomi Hashimura
-
BERGビア&カフェ ベルク
- Address B1F, LUMINE EST SHINJUKU, 3-38-1, Shinjuku, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0022, Japan
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Menu
HACHIUMAShinjuku Main store
Izakaya
Shinjuku
-
Menu
Ikebukuro Beer Garden Kanzenkoshitsu & Terasuseki Osakanabaru Sandaime Uotoku
Izakaya
Ikebukuro
-
Appealing
Torasuzu
Izakaya
Asakusa
-
Menu
HACHIUMA Shinjukuten
Izakaya
Shinjuku
-
Menu
Oto-Oto Shinjuku Center Building
Izakaya
Shinjuku
-
Ebi to Basashi to Nihonshu no Izakaya
Izakaya
Ikebukuro
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
-
Minum di Ikebukuro! Kedai "nomihodai" atau bar, yang mana satu menjadi pilihan?