Gyaru? Ganguro? Ia merujuk kepada budaya sesetengah gadis muda Jepun (gyaru) yang suka memendekkan skirt uniform, mewarnakan rambut, menunjukkan lambang "peace" apabila bergambar, dan mengikuti fesyen terkini. Budaya ini semakin mendapat perhatian daripada pengunjung asing.
Apakah itu "Ganguro" ?
Ganguro adalah budaya yang berkembang dari dunia "gyaru". Antara ciri-ciri gadis yang mengamalkan budaya ini adalah kulitnya yang gelap disebabkan berjemur, rambut yang diwarnakan dan solekan yang tebal. Pada pertengahan 1990-an, fesyen "aka-gyaru" (gyaru merah) mula berkembang dan selepas itu ia berkembang ke seluruh Jepun. Fesyen tersebut diilhamkan oleh artis idola jepun seperti Ayumi Hamasaki dan lain-lain. Para "gyaru" tidak gemar kepada fesyen konservatif Jepun dan mengetengahkan bahawa fesyen "gyaru" menampakkan keseksian dan gaya yang lebih memberontak.
Solekan para Ganguro
Para Ganguro menggunakan masa yang sangat lama setiap pagi untuk bersolek. Solekan Ganguro melibatkan pelbagai aksesori pada kuku yang panjang, kanta sentuh untuk menampakkan mata lebih besar, selain itu , mereka juga perlu menggunakan banyak lapisan bulu mata palsu untuk menampakkan mata lebih besar. Di samping itu, mereka mengenakan solekan putih di hidung dan dahi bagi menyerlahkan bedak asas berwarna gelap dan juga mengenakan gincu berwarna putih untuk melengkapkan solekan.
Jom pergi berjumpa dengan Ganguro !
Shibuya yang menjadi tempat tumpuan para Ganguro, dan mempunyai tempat yang tertentu di mana anda boleh melihat fesyen budaya unik tersebut. Tempat yang disyorkan ialah Ganguro Kafe. Di situ anda boleh bertemu dengan Ganguro yang sebenar. Malah, anda juga boleh merasai pengalaman menjadi Ganguro! Ganguro kafe terletak di Center Gai, Stesen Shibuya. Anda perlu masuk ke Center Gai dan berjalan sedikit untuk sampai ke kafe tersebut.
Perempuan Ganguro bukan golongan samseng!
Kafe itu sendiri mempunyai rekaan yang bergaya. Pelayan adalah dari kalangan Ganguro Gyaru sendiri. Ada juga Gyaru yang boleh bercakap Bahasa Inggeris. Sebenarnya, gadis-gadis tersebut terpaksa menghadapi pelbagai pandangan negatif sejak bertahun-tahun dahulu. Pada tahun 1990-an Ganguro menjadi terkenal dalam kalangan muda-mudi tetapi, ia sering dkaitkan dengan gejala negatif masyarakat muda. Gyaru di Ganguro kafe bukan seperti itu, mereka mahu masyarakat memahami pilihan yang mereka buat untuk menjadi Ganguro.
Makanan terkenal di Ganguro kafe, Takoyaki Ganguro
Terdapat pelbagai tarikan Ganguro Kafe. Antaranya, menu yang bertemakan Ganguro. Menu yang menjadi tumpuan adalah Takoyaki Ganguro. Lapisan luarnya dibakar dengan rangup , menggambarkan sepertimana mereka berjemur dengan lamanya untuk menggelapkan kulit. Tetapi anda tidak perlu risau kerana isi dalamnya adalah sosej dan keju yang meleleh dan sememangnya sedap!
Koktel Ganguro
Terdapat 2 jenis minuman koktel yang bertemakan Gyaru. Pada hari tersebut, menu yang dicadangkan adalah kepada orang yang kuat minum alkohol. Selalunya di bar Jepun, banyak orang yang mengatakan koktel itu adalah jus kerana kemanisannya tetapi di kafe ini koktelnya mempunyai rasa alcohol yang kuat. Jika anda ingin mencubanya bolehlah berkunjung ke Ganguro Kafe.
Marilah cuba menjadi Ganguro!
Sememangnya makanan dan minuman yang ditawarkan cukup memuaskan namun tarikan utama di Ganguro Kafe adalah pengalaman mengenakan solekan Ganguro. Kepada orang yang berminat dengan solekan Ganguro bolehlah mencuba di sini dengan harga 6,500 Yen. Solekan Ganguro dikenakan di seluruh muka, malah untuk nampak lebih realistik anda juga boleh meminjam rambut palsu. Selepas itu, anda boleh bergambar bersama Gyaru sebagai kenangan.
Kemahiran solekan tahap artis di kalangan Ganguro
Pelayan kafe gyaru yang mengenakan solekan di muka saya sungguh berhati-hati dalam mengenakan solekan di seluruh muka saya. Gyaru boleh dikatakan sebagai seorang artis seni. Selepas mengenakan solekan, dengan rasa bimbang saya telah cuba menyakinkan diri untuk melihat perubahan wajah sendiri di cermin.
Jom lihat di cermin!
Saya sendiri tidak boleh menggambarkan wajah sendiri menjadi sebegini. Sememangnya saya telah bertukar menjadi Ganguro! Tetapi, saya masih tidak berani untuk berjalan di bandar Shibuya yang dipenuhi orang sambil mengenakan solekan ini.
Perkara yang dapat diketahui setelah menjadi Ganguro
Setelah mengenakan solekan Ganguro, saya berasa sangat aneh tetapi saya dapat memahami perasaan mereka. Para Ganguro berjalan di bandar dengan gaya seperti ini, tanpa mengira pendapat masyarakat terhadap mereka. Di sini saya dapat merasai minat dan keghairahan mereka terhadap budaya ini.
Budaya Ganguro yang terus hidup
Shibuya sekarang bukan lagi pusat kepada para gyaru. Tetapi , masih ada lagi saki baki komuniti Ganguro dan meneruskan perkembangannya. Untuk merasai budaya Ganguro pada masa kini yang telah berlainan dengan masa dahulu, cubalah berkunjung ke Shibuya.
-
GANGURO Caféガングロカフェ
- Address Ground floor of Ohta Building B1F, 26-9 Udagawacho, Shibuya-ku, Tokyo 150-0042, Japan
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Naritasan Shinshoji Temple
Temples
Narita
-
Yoru Parfait specialty restaurant Parfaiteria beL
Other Cafes and Sweets
Shibuya
-
Kappabashi Street
Old Towns (Shitamachi)
Asakusa
-
Yoru Parfait specialty restaurant Momobukuro
Other Cafes and Sweets
Ikebukuro
-
Events
Tokyo Tower
Landmarks
Roppongi
-
Yoru parfait specialty restaurant Parfaiteria beL Shinjukusanchome
Other Cafes and Sweets
Shinjuku
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
Bergaya dan pelbagai fungsi! 4 kafe pilihan di Shibuya
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Membeli-belah sambil makan di tengah-tengah Tokyo Shitamachi dan Azabu Juban
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Di sini juga peliknya orang Jepun ~Edisi kafe~