Shibuya

Shibuya

Shibuya:Gambaran keseluruhan dan Sejarah

Shibuya:Gambaran keseluruhan dan Sejarah

Terkenal dengan lintasan pejalan kaki Persimpangan “Scramble” yang dipenuhi dengan ramai orang yang melintasnya dengan laju setiap hari, Shibuya juga merupakan bandar yang penuh dengan trend terkini. Di stesen keretapi Shibuya, siang dan malamnya penuh dengan orang ramai dari semua peringkat umur dan jantina. Antara lokasi yang paling popular di sini adalah Hachiko. Shibuya yang dahulunya hanya merupakan sebuah perkampungan kecil pada abad ke-19 kini menjadi lokasi paling popular di Tokyo. Shibuya 109 adalah antara pusat komersial terbesar yang menjadi tempat terkumpulnya trend terkini dari seluruh dunia. Di sekitar Dougenzaka pula, terdapat bar, kelab malam, dan restoran yang sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Maklumat Lanjut

Shibuya:maklumat kawasan

Kawasan Sekitar Persimpangan “Scramble”

Kawasan Sekitar Persimpangan “Scramble”

Bila bercerita tentang shibuya, tidak lengkap jika tidak disebut tentang Hachiko yang kebiasaannya menjadi lokasi untuk temu janji, dan juga terkenal sebagai lokasi pelancongan. Anda juga boleh cuba berhenti dan tunggu lampu isyarat bertukar dari merah ke hijau untuk memerhatikan saat orang ramai melintas di lintasan pejalan kaki yang terkenal di sini.
2 minit dari lintasan pejalan kaki ini, terdapat kedai-kedai gaya retro atau gaya lama zaman Showa dipanggil Nonbei Yokochou. Lokasi yang wajib dikunjungi bagi mereka yang ingin menikmati minuman beralkohol.
Laluan penghubung antara stesen keretapi Shibuya dan pusat membeli belah popular Mark City, dihiasi lukisan dinding besar “The Myth of Tomorrow” yang dilukis oleh Taro Okamoto. Anda pasti terpesona dengan lukisan dinding yang bertemakan detik semasa bom atom meletup.

Area Pusat Bandar

Area Pusat Bandar

Jika anda melintas Persimpangan “Scramble” ini, anda boleh lihat banyak restoran, pusat karaoke, Izakaya (kedai minuman beralkohol ala jepun) dan bar, butik-butik pakaian, dan juga kedai serbaneka di pusat bandar Shibuya ini.
Selepas peristiwa banjir sungai Udagawa pada tahun 1950-an, hasil dari pelan kemajuan bandar yang dijalankan, ianya berkembang menjadi sebuah kawasan yang menjadi tumpuan golongan muda.
Berdekatan dengan pusat bandar, terdapat laluan yang bersuasana Eropah dipanggil Spain-zaka, penuh dengan kedai dan restoran yang selesa, unik dan tersendiri.

Area Dougenzaka

Area Dougenzaka

Di sebelah pintu barat stesen keretapi Shibuya terletaknya Dougenzaka bagi mereka yang ingin membeli-belah, menjamu selera, dan berhibur. Tempat paling terkemuka di siniadalah Shibuya 109 yang mana terdapat lebih 100 butik pakaian dari dalam dan luar negara yang menyediakan pelbagai trend terkini seluruh dunia.
Satu lagi lokasi popular di Dougenzaka adalah kedai Don Quijote. Popular di kalangan orang tempatan mahupun pelancong, kedai ini menjual cenderamata, pakaian, barangan elektrik dan pelbagai lagi barangan lain.