Roppongi dulu dan sekarang

Roppongi dulu dan sekarang

Last updated: 12 April 2017

Roppongi terkenal sebagai bandar hiburan yang mempunyai deretan kedai makan dan kelab malam. Bandar ini mempunyai sejarahnya tersendiri iaitu menempatkan rumah-rumah agam pada zaman Edo. Sejak kebelakangan ini, bandar ini telah menjadi kawasan yang berkembang maju apabila lebih banyak pembinaan didirikan seperti galeri seni dan kemudahan awam lain. Di sini, saya akan memperkenalkan Roppongi dengan lebih lanjut.

Roppongi sekarang

Roppongi sekarang

Bagi orang Jepun, Roppongi merupakan tempat untuk berhibur pada waktu malam. Ramai orang akan berkumpul di kelab malam atau bar yang dikenali sebagai “tempat hiburan orang dewasa” pada hujung minggu. Selain itu, kelibat pelancong asing juga banyak kelihatan. Disini bandarnya hidup sehingga larut malam. Selain itu, apabila banyak bangunan syarikat-syarikat terkemuka dan kedai menarik didirikan, bandar ini dibanjiri oleh kaki membeli-belah dan para pekerja ofis pada waktu siang. Para pengunjung yang berbeza pada waktu siang dan malam ini juga menjadi salah satu perkara menarik tentang Roppongi.

Roppongi dulu

Roppongi dulu

Roppongi dikatakan sebagai sebuah kawasan yang sunyi sebelum zaman Edo kerana tidak terdapat sebarang pembangunan di situ. 400 tahun sebelum ini sewaktu zaman Edo baru bermula, "Istana Edo" (sekarang adalah istana diraja) menempatkan rumah-rumah askar jeneral dan orang-orang besar pada zaman tersebut. Selepas berakhirnya zaman Edo, daripada zaman Meiji ke Taisho sehinggalah ke permulaan zaman Showa, ia dijadikan sebagai kubu tentera. Kawasan sekelilingnya dipenuhi dengan markas-markas tentera yang menjalani kehidupan harian di situ. Roppongi terpilih sebagai kubu tentera kerana kawasan tanah pamahnya yang luas, tidak seperti sekarang yang sesak dengan pembangunan.

Suasana bandar di Roppongi

Suasana bandar di Roppongi

Roppongi yang membangun dengan suasana yang cukup berbeza dengan Shinjuku, Shibuya ataupun Ikebukuro yang merupakan bandar-bandar yang meriah di Tokyo. Ramai orang asing yang gemar menghabiskan masa di kedai makan dan kelab di sini manakala remaja Jepun pula gemar berkumpul di sini menjadikan ia sebuah bandar antarabangsa. Selain itu, sekolah antarabangsa juga banyak terdapat di sini kerana terdapat penempatan pegawai kedutaan asing dan kakitangan syarikat-syarikat korporat dari luar negara. Percampuran pelbagai budaya di sini, menjadikan salah satu keunikan Roppongi.

Roppongi bandar antarabangsa

Roppongi bandar antarabangsa

Terdapat banyak tempat di Jepun yang penduduknya tidak boleh berbahasa Inggeris, tetapi situasi ini berlainan di Roppongi di mana bilangan mereka yang memahami bahasa Inggeris yang mudah agak ramai. Oleh itu, ia menjadi tempat berhibur bagi pelancong asing tanpa perlu bimbang tentang bahasa. Selain itu, kedai yang mesra pelancong asing juga banyak terdapat di sini di samping kedai-kedai yang menawarkan makanan terkenal Jepun.

Mari nikmati kehidupan malam di Roppongi!

Mari nikmati kehidupan malam di Roppongi!

Roppongi merupakan sebuah bandar di Tokyo, dimana anda boleh membeli-belah pada waktu siang, manakala pada waktu malam pula anda boleh berhibur dan bersuka-suka di kelab-kelab malam yang terkemuka. Suasana hiburan yang disediakan adalah amat mengasyikkan. Bergembiralah dengan keunikan bandar ini pada waktu siang dan malam.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari