HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Roppongi Makan sambil berjalan di Azabujuban
Makan sambil berjalan di Azabujuban

Makan sambil berjalan di Azabujuban

Last updated: 30 Mac 2017

Shotengai (kedai-kedai di sepanjang jalan) Azabujuban sering dilawati oleh pelancong luar negara, anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan seluruh dunia sambil berjalan. Memperkenalkan tempat shotengai Azabujuban yang perlu dilawati.

Pizza asli ketuhar batu yang diimport dari Itali

Pizza asli ketuhar batu yang diimport dari Itali

Pizza asli di kedai "PIZZERIA FANTASISTA DUE", bahan dan kaedah pembuatannya sangat teliti di mana bahan-bahan dan ketuhar batu diimport dari Itali. Pizza dibuat oleh tukang masak yang mendapat tempat pertama di Jepun dalam pertandingan yang dianjurkan. Gambar menunjukkan pizza telur separuh masak dan krim segar carbonara. Anda boleh membeli dan bawa pulang sekeping pizza untuk merasai keenakan pizza tersebut.

  • PIZZERIA FANTASISTA DUE
    PIZZERIA FANTASISTA DUE
    • Address Orientoazabu1F, 2-20-12, Azabujuban, Minato-ku, Tokyo, 106-0045, Japan

Kedai Gelateria pertama yang dibuka di luar negara

Kedai Gelateria pertama yang dibuka di luar negara

"GELATERIA MARGHERA" yang terkenal hanya terdapat di kedai di Milan, Italy tetapi pada tahun 2013 ia pertama kali dipasarkan di luar negara iaitu di Azabujuban. Gelato sangat lembut dan rasanya sungguh pekat. Gambar menunjukkan 2 jenis perasa kon bersaiz grande dan biscotti.

  • GELATERIA MARGHERA
    GELATERIA MARGHERA 麻布十番店
    • Address 1F, 2-5-1, Azabujuban, Minato-ku, Tokyo, 106-0045, Japan

Kuih tradisional Perancis yang dibuat oleh tukang masak Perancis

Kuih tradisional Perancis yang dibuat oleh tukang masak Perancis

Kuih Perancis seperti madeleine dan macaron disusun di dalam kedai "Patisserie Le Pommier Azabujuban shop". Gambar ini adalah kuih tradisional Perancis yang telah siap dibuat oleh chef Perancis iaitu canele. Di kedai Azabujuban, anda boleh membeli roti Perancis Philip Bigot yang digelar dewa roti Perancis.

  • Patisserie Le Pommier
    Patisserie Le Pommier 麻布十番店
    • Address 3-9-2, Azabujuban, Minato-ku, Tokyo, 106-0045, Japan

Burrito & taco asli juga terkenal di kalangan pelancong luar negara

Burrito & taco asli juga terkenal di kalangan pelancong luar negara

Taco asli Mexican "FRIJOLES BURRITOS & TACO" terkenal di kalangan pelancong luar negara. Setelah memilih menu, sambil memilih kandungan bahan, sos dan topping anda perlu terus ke kaunter pembayaran. Kesemua menu diletakkan banyak sayuran segar yang dipotong di dalam kedai. Gambar menunjukkan 3 jenis set taco daging.

  • FRIJOLES BURRITOS&TACOS
    FRIJOLES BURRITOS&TACOS
    • Address Azabuzyuuban2-3-5, Minato-ku, Tokyo, 106-0045, Japan

Gyoza yang dibuat oleh pakar dim sum

Gyoza yang dibuat oleh pakar dim sum

Anda boleh membeli dan bawa pulang makanan asli China seperti Dalian gyoza yang dibungkus satu persatu oleh pakar pembuat dim sum di "Dalian dumplings base DALIAN Azabujuban shop". Selain menu diraja, terdapat juga menu original DALIAN. Sesetengah menu tidak boleh dibeli untuk dibawa pulang.

written by : Minehiro Matsubara

  • DALIAN
    大連餃子基地 DALIAN 麻布十番店
    • Address NSazabuzyuuban Bld., 3-6-2, Azabujuban, Minato-ku, Tokyo, 106-0045, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari