"Todoroki Keikoku (Lembah Todoriki)" adalah satu-satunya daerah di dalam kesemua 23 daerah di Tokyo yang mempunyai lembah, ia berdekatan dengan Sg. Futagotama dan juga Jiyugaoka iaitu bandar yang cukup terkenal. Pastinya tidak menyangka bahawa masih wujud rimbunan kehijauan di tengah-tengah kota metropolitan yang menjadikan ia salah satu pusat pelancongan yang seronok untuk dikunjungi.
Satu-satunya lembah di tengah-tengah kota metropolitan! Suasana alam semulajadi yang cukup unik
Dengan tempoh perjalanan lebih kurang 3 minit di kawasan membeli-belah penduduk tempatan Tokyo, pintu masuk ke kawasan lembah di sebelah "Gorufubashi (Jambatan Golf)" akan kelihatan. "Gorufubashi" namanya berasal dari padang golf yang meliputi kawasan yang cukup luas di Kampung Todoroki, yang dibangunkan pada awal era Showa. Apabila berjalan sehingga ke Sungai Tanizawa, akan kelihatan pemandangan serba hijau yang sangat indah terbentang luas. Lembah terbelah (disebut kaiseki dani dalam bahasa Jepun) ini terbentuk hasil hakisan permukaan "Musashino Daichi (Dataran Musashino)". Berdekatan dengan Gorufubashi terdapat beberapa tempat yang boleh menyaksikan sendiri lapisan-lapisan tanah hasil dari hakisan tersebut.
Kawasan persisiran sungai ini cukup nyaman sehingga boleh terlupa kawasan ini terletak di tengah-tengah kota metropolitan. Pokok-pokok Oak atau Keyaki tumbuh subur menjajar tinggi seakan menutupi langit biru, menjadikan kawasan ini banyak tempat berteduh. Di dalam kawasan lembah ini terdapat lebih dari 30 mata air di sekitar lembah dan tumbuhan lembap dapat dilihat hidup subur disekeliling mata air tersebut. Dari pokok-pokok renek yang tumbuh di lereng-lereng batu sehinggalah derusan lata air, setiap pemandangan alam semulajadinya cukup meggamit mata.
Apabila bersiar-siar berdekatan dengan jalan denai, deruan air yang menggamit hati di samping suasana sunyi yang langsung tidak disangka dapat dinikmati. Ia dapat meningkatkan ketenangan diri oleh kerana tiada keperluan bercakap dengan nada yang kuat. Lebih seronok lagi kerana dapat merasai dengan tangan sendiri kesejukan air sungai yang mengalir di situ. Jika berjalan melepasi penghujung jalan denai, akan tiba di "Todoroki Keikoku Sango Oketsu". Bahkan lebih mengejutkan lagi kerana terdapat makam dari zaman Kofun di kawasan ini. Kawasan ini boleh dicapai melalui jambatan biasa, namun sekiranya melintasi jambatan yang merentangi air sungai, ia akan terasa lebih nyaman.
"Sango Oketsu" adalah salah satu dari kawasan bersejarah yang diiktiraf oleh kerajaan Tokyo. Tempat ini dikatakan merupakan kubur kepada seseorang yang berkuasa pada penghujung zaman Kofun (zaman tumulus) sehingga zaman Nara, dan ia dibina ketika itu. Bahagian dalamnya tidak dapat dilihat dengan jelas dari luar, namun kawasan di hujung bahagian dalamnya berbentuk seperti dekanter yang terbahagi kepada dua. Berdekatan dengan Oketsu juga terdapat kawasan agak lembap dan ini merupakan satu ruangan tempat berisitirehat yang dilengkapi dengan tandas awam.
Sekiranya menyusuri sungai sehingga ke kawasan lebih dalam, di bahagian kanan, akan kelihatan "Chigo Daishi Dou (Kuil Chigo Daishi)". Chigo Daishi adalah nama panggilan bagi Kobo Daishi semasa beliau masih kanak-kanak, merupakan satu tokoh yang memberi impak besar kepada ajaran buddha di Jepun. Menurut monumen batu tersebut, kuil ini dibina bersempena memperingati tahun ke-1200 hari kelahiran Kobo Daishi.
Nama "Todoroki" dikatakan berasal dari bunyi "ngauman" air terjun Fudo no Taki (air terjun yang tidak mengalir). Di sini, masih terdapat individu yang bertapa di bawah air terjun, dan kawasan ini adalah kawasan larangan selain daripada individu tersebut.
Terdapat tangga yang agak curam dari sini sehingga ke "Todoroki Fudoson". Mari singgah ke kuil sebentar dan beri penghormatan padanya. "Todoriki Fudoson" adalah kuil "Shingenkyo" yang diasaskan oleh "Kogyo Daishi". Kawasan ini cukup terkenal dengan pokok Sakura yang kembang mekar ketika musim bunga dan permandangan musim luruh yang cukup cantik.
Setelah berjalan lebih kurang satu kilometer dari lokasi permulaan, beristirehat sebentar di "Setsugetsuka" iaitu merupakan kafe manisan tradisonal Jepun.
Di luar kafe juga terdapat ruangan makan santai yang membolehkan makan di luar pada hari cuaca baik. Untuk makluman, perlu diingat kafe "Setsugetsuka" tidak beroperasi pada awal pagi. Dari "Setsugetsuka", berjalan terus lagi menuruni lembah menghala ke hulu sungai. Sebelum bersantai-santai menikmati keindahan "Nihon Teien" yang terhampar luas di sebelah kanan, mari melawat terlebih dahulu "Noge Otsuka Kofun" yang terletak kira-kira 500 meter selepas mendaki anak tangga di sebelah tepi penjuru "Nihon Teien".
"Noge Otsuka Kofun" ialah makam yang dibina pada awal abad ke-5. Makam ini berbentuk seperti kerang scallop sekiranya dilihat dari atas. Warna perang-keperangan yang kelihatan mengelilingi makam ini adalah tembikar yang disebut sebagai Haniwa atau Hajiki yang dihasilkan oleh rakyat Jepun zaman primitif. Panjang keseluruhannya adalah 104 meter, sesuai dengan statusnya sebagai makam ketua bagi suku kaum yang berkuasa besar di Minami Musashi. Barang yang disemadikan bersama mayat juga dikatakan telah dijumpai, seperti peralatan dan senjata yang kelihatan sungguh baik. Hanawa dan Hajiki yang tersusun di situ adalah tembikar yang dihasilkan semula dan bukanlah barangan asal zaman terdahulu.
Walaupun ia taman yang kecil tetapi cukup untuk menenangkan hati. Mari menikmati makan tengahari di kerusi panjang di bahagian atas taman. Terasa sungguh nyaman untuk beristirehat di sini ketika cuaca baik. "Todoroki Keikoku" adalah satu kawasan berdekatan dengan kota metropolitan, namun terdapat tempat-tempat yang boleh tenangkan diri dengan bunyi deruan air serta rimbunan kehijauan, bahkan terdapat Powerspot (istilah Jepun merujuk kepada tempat yang dikatakan boleh bawa tuah). Oleh kerana di sini, anda boleh mendaki secara bersahaja, apa salahnya kalau cuba sekali datang ke sini? Apa kata cuba singgah ke kawasan penting ini yang masih ada suasana alam semula jadi ini, hanya boleh datang dengan mudah dan ringkas, tiada keperluan dengan kelengkapan mendaki gunung,
-
-
Address
1-22, Todoroki, Setagaya-ku, Tokyo, 158-0082
View Map -
Nearest Station
Todoroki Station (Tokyu Oimachi Line)
3 minutes on foot
- Phone Number 03-3704-4972
-
Address
1-22, Todoroki, Setagaya-ku, Tokyo, 158-0082
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Ryokan (rumah inap)
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
[MOVIE] Masakan Nabe
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno