Sewaktu menuruni lif dari sebuah bangunan 4 tingkat yang begitu hampir dengan Plaza Metropolitan Ikebukuro, saya terus tersedar akan kewujudan tempat tersebut「muzium pencegahan bencana (pusat latihan pencegahan bencana warga Ikebukuro)」yang berlatar belakangkan kepentingan pengetahuan mengenai bencana. Panel gambar berkisarkan tentang gempa bumi Kumamoto dengan magnitud 7.0 yang direkodkan, dipamerkan betul-betul bersebelahan dengan kereta bomba dan maskot gajah yang dilakar di zon foto. Bukan sahaja,bangunan,dan jalan-jalan, malah istana Kumamoto juga mengalami kerosakan yang teruk sewaktu gempa bumi besar tersebut berlaku pada tahun 2016. Maka, bermulalah 「lawatan merasai pengalaman mencegah bencana」untuk tempoh 2 jam!
Bermula dengan gegaran…
「pengalaman merasai gegaran kesan daripada gempa bumi besar yang berlaku pada tahun 2011 di bahagian Timur Jepun akan dijalankan selepas ini」, kata seorang pengajar yang bernama Hirota-san, di hadapan sebuah meja besar. Gempa bumi tersebut tergolong dalam senarai 5 gempa bumi besar di dunia…saya kaku, memandang tepat kepada Kay iaitu seorang rakan warganegara Jepun yang menemani saya. Apabila penerangan tentang mekanisma gempa bumi selesai, akhirnya pengalaman tersebut bermula.
Apabila gegaran berakhir…
「ia sudah datang!」dengan seberapa segera, anda harus masuk ke bawah meja dengan merendahkan badan, peluk erat kusyen. Dari gegaran yang pertama hingga 2 ke 3 saat selepas itu, gegaran yang besar datang secara tiba-tiba. Walaubagaimanapun, hingga ke tahap mana pun gempa bumi ini berlaku, saya berasa sungguh lega kerana ini hanyalah sekadar simulasi. Walaupun saya berasa tertekan dengan ketakutan seakan menaiki jetcoster, tanpa sedar terukir senyuman di bibir saya.
Tetapi sangkaan saya silap. Apabila saya fikirkan bahawa pengalaman tersebut telah pun berakhir, sebenarnya pada ketika itu, keadaannya seperti setiap meja digegarkan dan digerakkan, getaran sebesar ini yang tidak pernah dirasai sebelum ini tiba-tiba berlaku. Saya menjerit dan meninggikan suara kerana terkejut dan terperanjat, Kay juga dalam keadaan yang sama dengan saya. Walaupun dia berasal dari Jepun, dia sendiri tidak pernah mempunyai pengalaman merasai gegaran seperti itu.
Sama seperti permulaannya, gegaran itu tiba-tiba bertukar menjadi reda. Imej gambaran bertukar dari gempa bumi menjadi kejadian tsunami yang dasyat.
Degupan jantung saya yang agak laju tidak reda dalam tempoh yang singkat. Mr Horita menekankan bahawa gegaran yang besar datang secara tiba-tiba, oleh itu jika anda merasai gegaran yang kecil sekalipun, segeralah berselindung di bawah meja, ianya lebih melegakan dan selamat.
「Kebakaran!」pengalaman memadamkan kebakaran di Jepun
Seterusnya pengalaman memadamkan kebakaran. Dalam aktiviti pengalaman ini, alat memadam kebakaran yang mengandungi air digunakan, bagi memadam kebakaran yang dipaparkan di monitor yang bersifat kalis air.
Jika dibandingkan dengan pengalaman merasai gempa bumi yang agak serius tetapi sangat menarik seperti sebuah attraction, memadam kebakaran adalah suatu pengalaman yang mengujakan. 「Kebakaran!」saya jerit sambil cuba memadamkan api dengan pantas,
Hasil daripada operasi berterusan dilakukan dengan bersungguh-sungguh, saya berjaya memadamkan api dengan lebih pantas berbanding Kay.
Saya menerima penerangan berkenaan punca utama kebakaran berlaku di Jepun. Kebakaran mudah berlaku terutamanya ketika api dihasilkan berpunca daripada minyak masak, api dari rokok yang tidak dikawal dengan baik, dan juga api yang dihasilkan dari soket eletrik yang berada di tempat yang sukar disedari.
Gelap, bau yang tidak menyenangkan, tempat yang tidak selesa
Seterusnya sewaktu kebakaran berlaku, saya merasai pengalaman berhadapan dengan asap yang sama tahap bahayanya dengan api yang marak. 「Apabila terdengar pengumuman tentang kebakaran, letakkan sapu tangan anda di bahagian hidung dan mulut, rendahkan postur badan anda serendah yang mungkin, dan sila berselindung」, kata Hirota-san.
Akhirnya, saya mula meneruskan langkah saya tanpa mengetahui arah untuk dituju di dalam keadaan bilik yang gelap dipenuhi asap. Di luar jendela, cahaya merah berkelip-kelip menyala menandakan berlakunya kebakaran. Hampir tidak kelihatan kawasan sekeliling saya, walaupun ditutupi dengan sapu tangan, bau asap yang tidak menyenangkan menusuk ke dalam hidung saya. Saya bertuah kerana mempunyai kaki yang panjang, tanpa disedari saya dapat keluar daripada asap tebal, sempat melepaskan batuk dan mengambil nafas dan akhirnya berjaya membuka pintu untuk ke kawasan selamat.
Belajar adalah sesuatu yang menyeronokkan!
Sebenarnya, saya langsung tidak terfikir dapat merasai pengalaman yang amat menarik ini. Latihan mencegah bencana yang mudah biasanya dianggap sebagai satu perkara yang membosankan. Tetapi di sini, saya berjaya mempelajari pencegahan bencana sebagai satu tema yang penting dengan perasaan yang seronok. Dalam mana-mana pengalaman di atas, walaupun dijamin keselamatan untuk mencubanya tetapi anda akan merasakan seolah-olah ia adalah kejadian sebenar. Mengetahui cara-cara menghadapi situasi gempa bumi dan kebakaran dan juga mempelajari dengan ilmu pengetahuan yang cukup tentang latar belakang berlakunya kedua-dua bencana tersebut amatlah perlu. Hirota-san, pengajar yang begitu bertenaga dan mesra membuatkan kami faham dan sedar tentang perkara tersebut.
Anda sendiri merasai pengalaman ini
Sewaktu berlakunya gempa bumi besar di timur Jepun pada tahun 2011, saya tidak berada di Jepun. Gempa bumi paling besar yang pernah saya alami adalah dengan catatan magnitud 4. Oleh itu sewaktu gempa bumi besar berlaku, saya tidak tahu apa tindakan yang perlu diambil, lantas berasa bimbang. Tidak mempunyai pengetahuan menjadi punca paling penting kepada perasaan bimbang, tetapi muzium pencegahan bencana telah membantu kami menghapuskan kedua-dua masalah tiada pengetahuan dan salah faham berkenaan kemusnahan. Usah ragu-ragu, marilah merasai pengalaman sebenar!
<Muzium pencegahan bencana Ikebukuro>
・Bayaran untuk merasai pengalaman…percuma
・Bahasa… bimbingan dalam Bahasa Jepun. Pelbagai bahasa disediakan untuk tujuan penerangan imej dan pamphlet
・Normal course…2 jam (bagi mereka yang memohon dengan lebih awal, latihan menyelamatkan nyawa juga boleh ditambah)
・Short course…pengalaman merasai gempa bumi dan video mencegah bencana. Dibuka setiap hari bermula pada pukul 11:10
・Adalah satu kemestian untuk membuat tempahan terlebih dahulu. Rujuk kepada laman sesawang (website) (Bahasa Jepun, Bahasa Inggeris)
-
Ikebukuro Life Safety Learning Center池袋都民防災教育センター(池袋防災館)
- Address 2 Chome-37-8 Nishiikebukuro Toshima-ku, Tōkyō-to 171-0021
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Shibuya dan Harajuku dahulu dan sekarang.
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Stesen Tokyo yang dahulu dan sekarang
-
Peminat Burung Hantu Mesti Ambil Tahu! Apa Yang Anda Tidak Tahu Tentang “Wild Asakusa”! Jom Ke Kafe Burung Hantu