HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Harajuku Siasatan sedalam-dalamnya Takeshita-dori (Takeshita Street) yang sangat menarik dan mengagumkan!
Siasatan sedalam-dalamnya Takeshita-dori (Takeshita Street) yang sangat menarik dan mengagumkan!

Siasatan sedalam-dalamnya Takeshita-dori (Takeshita Street) yang sangat menarik dan mengagumkan!

Last updated: 21 Mei 2020

Apabila keluar sahaja dari pintu Takeshita Stesen Harajuku, "Takeshita-dori" terletak betul-betul di hadapan mata anda. Terdapat deretan kedai di situ yang menjual barangan fesyen seperti aksesori, pakaian, dan sebagainya. Terdapat sebahagian daripada pelanggannya yang bertumpu kepada remaja, yang mengenakan fesyen unik tersendiri, ia boleh dikatakan jalan yang menjadi simbol kepada budaya "kawaii" (comel) Jepun.

Jom makan kerepek kentang yang masih panas!

Jom makan kerepek kentang yang masih panas!

Calbee, iaitu syarikat pengeluar yang menghasilkan snek makanan ringan popular seperti "Calbee potato chips", "Jagarico" dan sebagainya. Di Antenna Shop (kedai untuk memperkenalkan produk atau mendapatkan maklum balas pelanggan) "Calbee + Harajuku Takeshita-dori shop", anda boleh makan terus snek popular di kalangan masyarakat Jepun iaitu kerepek kentang Calbee yang baru sahaja digoreng.

  • Calbee Plus, Harajuku Takeshita St. shop
    Calbee+ 原宿竹下通り店
    • Address 1-16-8, Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0001, Japan

Jom dapatkan "Fesyen Harajuku"!

Jom dapatkan "Fesyen Harajuku"!

Butik pakaian yang popular di kalangan remaja iaitu "Spinns Harajuku Takeshita-dori shop". Anda boleh membeli barangan popular terkini lelaki dan perempuan pada harga yang berpatutan. Sweater yang mempunyai corak karakter dan skirt bertema lolita dan sebagainya, barangan yang melambangkan fesyen Harajuku banyak terdapat di kedai ini.

  • Spinns, Harajuku Takeshita St. shop
    スピンズ原宿竹下通り店
    • Address 1-7-1, Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0001, Japan

Barangan serbaguna dan pakaian kesemuanya boleh dilihat di sini!

Barangan serbaguna dan pakaian kesemuanya boleh dilihat di sini!

Di bangunan fesyen "Alta", berkumpul segala pakaian dan barang serbaguna yang tidak lekang dari fesyen Harajuku. Barangan karakter dan pelbagai aksesori kecil yang comel, adalah sesuai untuk dijadikan sebagai buah tangan. Ia sentiasa penuh dan sesak pada hari cuti dengan kalangan orang muda yang datang mencari barang yang penuh dengan variasi.

Kedai crepe yang popular!

Kedai crepe yang popular!

Gourmet di Harajuku semestinya crepe. DI kedai "Marion Crepe" yang sudah lama beroperasi ini, anda dapat merasai pelbagai jenis crepe, dari yang mengenyangkan seperti crepe berintikan tuna dan keju, sehinggalah crepe berupa pencuci mulut yang berinti krim segar. Sambil makan crepe anda boleh menikmati waktu berjalan-jalan di Takeshita-dori.

  • Marion Crape, Harajuku Takeshita St. shop
    マリオンクレープ 原宿竹下通り店
    • Address 1th floor of Junesu building, Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0001, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari