Bandar metropolitan Shinjuku yang juga merupakan pusat perniagaan pada siang hari dan kawasan kedai makan pada malam hari ini sentiasa sesak dengan manusia tanpa mengira waktu. Saya akan menerangkan berkaitan perbezaan antara Shinjuku dahulu dan sekarang, pencapaian, budaya dan sejarah, serta tokoh-tokoh yang berkait rapat dengan Shinjuku.
Keunikan Shinjuku
Selain terkenal sebagai pusat perniagaan dan pusat hiburan terbesar di Asia, Shinjuku juga terkenal sebagai stesen terminal nombor satu di dunia. Kawasan Nishi Shinjuku (barat Shinjuku) dipenuhi dengan bangunan-bangunan yang terdiri daripada syarikat-syarikat terkemuka dan ini secara tidak langsung menjadikan Shinjuku sebagai salah sebuah pusat perniagaan dalam negara. Di kawasan Higashi Shinjuku (timur Shinjuku)
pula terdapat kawasan hiburan berskala besar seperti Kabuki-cho dan ini menyebabkan kawasan ini sentiasa dipenuhi orang ramai sehingga larut malam.
Pencapaian Shinjuku
Daripada kawasan penginapan, Shinjuku telah berkembang pesat menjadi sebuah pusat bandar setelah terbinanya stesen kereta api pada zaman Meiji. Di samping itu, penggunaan kereta api bagi mereka yang tinggal di barat Tokyo banyak tertumpu di stesen kereta api Shinjuku, menyebabkan stesen tersebut terpaksa melalui proses pembesaran dan penambahbaikan sebagai stesen terminal. Kemudian, melalui pembangunan sub bandar pada tahun 1960an, banyak bangunan pejabat pencakar langit mula dibina. Pada tahun 1991, bangunan Kerajaan Tokyo Metropolitan dipindahkan dan ini menjadikan Shinjuku sebagai pusat pentadbiran dan ekonomi yang utama.
Sejarah Shinjuku
Shinjuku terdiri daripada gabungan daerah Yotsuya, Ushigome dan Yodobashi. Ianya terletak di tengah-tengah 23 buah daerah Tokyo dan menempatkan bangunan Kerajaan Tokyo Metropolitan. Pada zaman Meiji, banyak kedai serbaneka dan panggung teater dibina menjadikan Shinjuku sebagai salah satu pusat bandar utama di Jepun. Hotel bertaraf lima bintang juga dibina dan ini telah menarik minat pelancong dan ahli perniagaan untuk datang berkunjung ke sini.
Budaya yang berasal dari Shinjuku
"Kimura-ya" adalah kedai pertama yang memperkenalkan masakan kari India dan anpan (roti kacang merah). "Nakamura-ya" pula merupakan kedai yang memperkenalkan roti berkrim. Kedua-dua kedai ini berasal dari Shinjuku. Selain itu, "Naito togarashi" (lada yang ditanam di taman milik encik Naito), merupakan sejenis sayur-sayuran zaman Edo yang pernah ditanam di sebuah kawasan yang terkenal dengan keindahan sakura iaitu Shinjuku Gyoen. Dikatakan bahawa lada yang ditanam seolah-olah mewarnai pemandangan menjadi warna merah sehingga ke Okubo.
Tokoh-tokoh terkenal yang berkait rapat dengan Shinjuku
Antara tokoh-tokoh yang berkait rapat dengan Shinjuku termasuklah Sanyutei Encho, seorang ahli rakugo (pencerita secara solo) terkenal pada zaman Meiji, dan Shimamura Hogetsu, seorang pengkritik dan pengarah pentas. Selain itu, Natsume Soseki juga pernah tinggal di kawasan ini ketika berkhidmat sebagai seorang guru dan novelis. Rumah yang telah digunakan oleh beliau sepanjang meniti hari-hari tua telah diabadikan sebagai "Soseki Sanbo".
Lagenda di Shinjuku, "Tokaido Yotsuya Kaidan"
Cerita seram yang terkenal di Shinjuku ialah "Tokaido Yotsuya Kaidan." Cerita yang disampaikan secara turun temurun ini mengisahkan seorang isteri yang bernama Oiwa menjadi hantu dan sentiasa mengganggu kehidupan suaminya, Iemon. Oiwa yang digambarkan dalam cerita ini adalah merujuk kepada seorang perempuan yang benar-benar wujud. Pada asalnya, mereka adalah pasangan suami isteri yang berhubungan baik dan rajin bekerja. Demi memperingati Oiwa, penduduk di sekitar kawasan ini sering berkunjung ke kuil Inari Tamiya untuk memberi penghormatan.
Mercu tanda Shinjuku
Sehingga kini Shinjuku merupakan bandar yang pesat membangun. Salah satu buktinya ialah bangunan Kerajaan Tokyo Metropolitan yang terletak di sini. Bangunan ini direka bentuk oleh arkitek terkemuka Jepun iaitu Tange Kenzo. Bangunan 45 tingkat dengan ketinggian sebanyak 202 meter ini menyediakan bilik panorama untuk menikmati pemandangan indah dan mengagumkan. Pada musim sejuk ketika langit cerah, pengunjung berpeluang untuk melihat Gunung Fuji dari sini. Silalah menikmati kehebatan Shinjuku dari segenap sudut.
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
[MOVIE] Merasai pengalaman kebakaran, gempa bumi, dan asap yang tebal ~「muzium pencegahan bencana Ikebukuro」
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
Ginza dan Tsukiji yang dahulu dan sekarang
-
Ikebukuro yang dahulu dan sekarang
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik