Sensoji merupakan tempat pelancongan yang popular di Tokyo, terletak di dalam kawasan Asakusa yang kaya dengan sejarahnya. Sensoji dibina pada tahun 628 merupakan satu kuil yang bersejarah. Kami telah pergi melawat Sensoji untuk mengenalinya dengan lebih mendalam lagi.
Tempat Asal Sensoji, Komagata-do
Komagata-do terletak sedikit berjauhan dengan Sensoji. 1400 tahun yang lalu, pada ketika itu Asakusa pesat membangun dengan industri perikanan. Sewaktu 2 orang nelayan sedang menangkap ikan, mereka secara tidak sengaja telah menjumpai Buddha Kannon pada jaring mereka. Tempat yang mereka jumpai ini adalah berdekatan dengan Komagata-do.
[Patung Dewa Kilat dan Patung Dewa Angin] Di Kaminarimon
Menyerlah dengan warna kemerahan, tanglung gergasi digantung pada Kaminarimon merupakan simbol kepada Sensoji. Di bahagian depan sebelah kanan terdapat dewa angin dan di sebelah kiri terdapat dewa kilat. Saya dapat merasakan kedua-dua dewa ini mengawal Sensoji daripada riak muka dan kegagahan yang ditonjolkan.
Kini, kuil ini dipanggil sebagai [Kaminari]mon, dimana tertera nama dewa kilat sahaja, tetapi pada asalnya ia dipanggil sebagai [Fuuraijin]mon dimana mana tertera nama dewa kilat dan dewa angin padanya.
Di Bawah Tanglung Ada Naga?!
Tanglung Gergasi yang terdapat di Kaminarimon mempunyai ketinggian 3.9 meter, lebar lebih kurang 3.3 meter dan berat 700 kilogram. Di bahagian hadapan tertera nama Kaminarimon yang sememang sangat popular, tetapi mungkin ramai yang tidak tahu bahawa di bahagian belakang ada tertera nama Fuuraijinmon.
Selain itu bila anda lihat bahagian bawah tanglung…terdapat arca naga di situ.
Sebelum Memasuki Kuil! Bersihkan Diri Dan Minda Anda Di Chozuya
Sebelum memasuki Sensoji terdapat satu perkara yang mesti anda lakukan. Anda perlu lakukan pembersihan diri di Chozuya. Apabila anda menghala ke dewan utama, di bahagian kanan akan kelihatan pancuran air mengalir daripada mulut patung naga yang diperbuat daripada batu. Itulah dia tempat yang dipanggil Chozuya.
Gunakan tangan kanan untuk memegang gayung, kemudian ceduk air daripada besen untuk membasuh tangan kiri. Kemudian, tangan kiri memegang gayung untuk membasuh tangan kanan pula. Ulang lagi proses ini dengan tangan kanan memegang gayung dan tangan kiri menadah air untuk anda berkumur-kumur di dalam mulut.
Perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah tidak meminum air tersebut, jangan tumpahkan air di atas tanah, mesti menggunakan gayung, jangan sama sekali menggunakan tangan, dan lakukan cedukan hanya sekali sahaja.
Sebelum Memasuki Kuil! Lakukan Pembersihan Diri Dan Minda di Joukoro
Joukouro adalah tempat dimana terdapat kepulan asap yang naik daripada seberkas colok yang dibakar. Ia dikatakan bila asap ini mengenai tempat yang tidak baik pada badan, penyembuhan akan berlaku dengan lebih baik. Sila periksa sama ada terdapat symbol 「卍(Manji)」pada seberkas colok itu. Colok boleh dibeli di tempat membeli colok “jukoujyo” yang terletak di sebelah kanan anda apabila menghala ke dewan utama.
Setelah Keluar Kuil! Menilik Nasib Meramal Masa Depan
「Omikuji」merupakan salah satu cara menilik nasib bagi meramal masa depan. Masukkan duit 100 yen, kemudian goncangkan bekas yang mengandungi bar Omikuji yang diperbuat daripada kayu. Selepas itu anda cabut satu bar dan anda akan nampak nombor di atasnya. Gunakan bar tersebut untuk membuka laci yang mempunyai nombor yang sama dengan nombor tertera pada pada bar kayu itu. Di dalam laci tersebut akan ada satu kertas ramalan nasib anda.
Terdapat 7 jenis Omikuji yang mengikut turutan nasib daripada yang baik iaitu daikichi, kichi, chūkichi, koyoshi, sueshōkichi, suekichi, kyō. Katakan ramalan yang tidak baik atau ‘kyō’ keluar daripada tilikan itu, jangan berasa bimbang kerana mungkin sebaliknya akan berlaku dan jika ramalan yang baik atau ‘daikichi’ keluar jangan pula anda alpa atau tidak mengambil peduli!
Bunyi Loceng (kaneon) Sensoji
Semasa Zaman Edo, loceng akan berbunyi setiap jam di Sensoji. Tetapi sekarang loceng hanya berbunyi sekali sehari iaitu pada pukul 6 pagi.
Pada malam menjelang tahun baru 31 Disember, mengikut ajaran agama Buddha, loceng akan dibunyikan sebanyak 108 kali dengan membawa maksud menghilangkan 108 kebimbangan.
Anda Mesti Datang Ke Sini!
Adakah anda menjumpai penemuan baru di Sensoji? Silalah berkunjung ke Asakusa.
-
-
Address
2-3-1, Asakusa, Taitou-ku, Tokyo, 111-0032
View Map -
Nearest Station
Asakusa Station (Tokyo Metro Ginza Line / Toei Asakusa Line / Tobu Isesaki Line (Tobu Skytree Line) / Tsukuba Express)
5 minutes on foot
- Phone Number 03-3842-0181
-
Address
2-3-1, Asakusa, Taitou-ku, Tokyo, 111-0032
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Mesin jualan automatik
-
Ryokan (rumah inap)
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Mencuba pakaian
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
10 jinja (kuil Shinto) yang patut dilawati jika datang ke Tokyo
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo