Oleh kerana Jepun dikelilingi laut, ramai yang gemar berenang sejak dari kecil dan sering melakukan aktiviti menangkap ikan. Orang Jepun juga sudah biasa dengan sukan marin seperti meluncur ombak.
Sukan marin di Jepun
Oleh kerana ribut taufan dan obor-obor di laut semakin meningkat selepas bulan 8, harus diingatkan bahawa bermain air di pantai adalah dilarang. Aktiviti menangkap ikan di laut amat popular, selain boleh memancing di kebanyakan pelabuhan anda juga boleh memancing dengan menaiki bot. Anda akan dikenakan bayaran jika ingin menaiki bot nelayan dan bagi yang gemar memancing, anda digalakkan untuk turut serta dalam aktiviti memancing. Sesi latihan juga ada disediakan bagi mereka yang tidak berpengalaman. Selain itu, aktiviti meluncur ombak dan selaman skuba juga popular, anda boleh merasai pengalaman melakukan parasailing dan jet ski dengan menggunakan motorbot atau motosikal di atas air.
Kawasan di mana suka marin boleh dilakukan
Lokasi utama aktiviti meluncur ombak adalah seperti di Enoshima, Fujisawa dan Chigasaki yang terletak di kawasan Shonan, Kanagawa-ken, Kujukuri di Chiba-ken dan Oarai di Ibaraki-ken sangat sesak pada hujung minggu ketika musim panas. Ketika musim panas pada bulan 7 hingga bulan 8, kawasan Shonan akan dipenuhi dengan tempat berehat yang digelar "rumah laut" di mana anda boleh berehat, makan serta minum jika penat bermain air. Pemandangan orang ramai yang berehat di rumah laut itu sudah menjadi satu tradisi ketika musim panas di Jepun. Izu dan Shimoda di Shizuoka Prefecture yang jauh sedikit dari Tokyo juga terkenal dengan pantainya yang cantik.
Cara dan musim yang sesuai
Aktiviti berenang boleh dilakukan di kawasan Shonan pada awal bulan 7 sehingga hujung bulan 8, selain daripada waktu tersebut aktiviti berenang adalah dilarang. Okinawa yang terletak di selatan Jepun mempunyai purata suhu yang tinggi, bermula daripada bulan 4 sehingga bulan 10 ia telah menjadi pusat utama sukan marin dan juga berenang. Seperti di kawasan Shonan, papan meluncur air boleh disewa di sini. Di Okinawa juga anda boleh menyewa alatan aktiviti snorkeling dan berkayak.
Meluncur ombak, bodyboarding (aktiviti meluncur ombak yang menggunakan papan bodyboard)
Dari tahun 1970-an aktiviti meluncur ombak telah menjadi popular di Jepun, ramai orang gemar melakukan aktiviti ini di kawasan Shonan sebelum pergi bekerja. Dahulu ramai yang menggunakan papan luncur panjang tetapi kini lebih ramai yang menggunakan spapan luncur pendek. Bodyboard pula popular sejak tahun 1995, kebelakangan ini standup paddleboarding juga kian popular. Di sekitar kawasan meluncur ombak, terdapat banyak kedai untuk menyewa peralatan meluncur.
Memancing
Pelbagai jenis ikan seperti aji dan iwashi boleh ditangkap di laut Jepun. Cara menangkap ikan yang popular adalah dengan apungan atau umpan, ia berbeza mengikut tempat dan tujuan. Kebiasaanya sewaan joran tidak disediakan, sila pastikan terlebih dahulu di kedai sewa berhampiran.
-
Tokyo Japan FishingTokyo Japan Fishing
-
Address
1-23 Azumabashi, Sumida-ku, Tokyo, 130-0001
-
Nearest Station
Asakusa Station (Tokyo Metro Ginza Line / Toei Asakusa Line / Tobu Isesaki Line (Tobu Skytree Line) / Tsukuba Express)
3 minutes on foot
- Phone Number 080-5389-8951
-
Address
1-23 Azumabashi, Sumida-ku, Tokyo, 130-0001
Selaman skuba dan snorkeling
Selaman skuba dan snorkeling popular di lokasi laut cantik seperti di Izu dan pulau terpencil di Ogasawara dan Okinawa-ken. Mengikut peraturan Jepun, bagi yang ingin melakukan aktiviti selaman skuba perlu mempunyai lesen dan mengikuti kelas. Oleh kerana kebanyakan kelas di Jepun dijalankan dalam Bahasa Jepun, bagi yang tidak fasih berbahasa Jepun sila dapatkan lesen di negara masing-masing. Snorkeling tidak memerlukan lesen, kanak-kanak juga boleh melakukan aktiviti ini. Di kawasan laut yang menjadi tempat pelancongan ada disediakan tempat untuk menyewa peralatan menyelam dan sebagainya.
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
The Imperial Palace
Other Architecture
Tokyo Station
-
Tsukiji Outer Market
Old Towns (Shitamachi)
Tsukiji
-
Shinjuku Gyoen National Garden
Gardens
Shinjuku
-
Ameyoko Shopping Street
Old Towns (Shitamachi)
Ueno
-
TOKYO SKYTREE®
Landmarks
Ryogoku / TOKYO SKYTREE(R)
-
The Tokyo Station Marunouchi Building
Landmarks
Tokyo Station
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno