Asakusa
Asakusa:Gambaran keseluruhan dan Sejarah
Asakusa di daerah Daito adalah bandar moden yang mengekalkan suasana budaya “downtown” sejak dulu lagi.
Bila bercakap mengenai Asakusa, tidak sah jika tidak bercerita tentang kuil Sensoji, di mana 30 juta orang berkunjung ke situ setiap tahun. Sejarah Sensoji bermula pada tahun 628M bersempena dengan peristiwa adik beradik nelayan Hamanari Hinokumano, Takenari memperlihatkan patung kayu yang dijumpai tersangkut pada jala di sungai Sumida kepada tokoh budaya tempatan Haji no Nakatomo. Menganggap patung kayu tersebut sebagai Kanon Bosatsu, Haji no Nakatomo telah mengabdikan rumahnya sebagai kuil (*permulaan Sensoji). Seterusnya pada tahun 645M, Syounin Syoukai mendirikan Kannondo, menjadikan tanah perkampungan nelayan sepanjang teluk Tokyo semakin sibuk dan akhirnya menjadi bandar Monzenmachi. Bandar yang pada suatu masa pernah meriah dengan teater dan pawagam, namun kesemuanya tutup satu persatu. Walaupun sedikit menyedihkan, dengan adanya Sensoji, Nakamise, restoran-restoran Old-Style, dan kewujudan pasar beli-belah jalanan gaya “downtown”, menjadikannya daya tarikan unik di Asakusa. Malah, dengan terbinanya Tokyo Sky Tree berdekatan dengan jarak berjalan kaki, bilangan orang berkunjung ke Asakusa semakin bertambah, menjadikannya destinasi pelancongan yang mewakili Tokyo mahupun Jepun.
Asakusa:maklumat kawasan
Area Persekitaran Kaminarimon
Antara tarikan terkenal yang mewakili Asakusa ialah pintu Kaminarimon. Di sini, tergantungnya Tanglung besar dengan ketinggian 3.9meter, dan berat 700kg. Di kiri dan kanan pintu ini dihiasi dengan patung dewa angin dan dewa petir yang menonjol untuk dilihat. Kaminarimon dibina pada tahun 942M dan mempunyai sejarah yang panjang, dimana ia telah beberapa kali mengalami kebakaran. Pintu yang ada sekarang adalah hasil pembinaan semula pada tahun 1960. Berdekatan dengan Kaminarimon, terletaknya bar pertama di Jepun iaitu Kamiya Bar (khazanah negara berdaftar, ditubuhkan pada 1880). Suasana di dalam bar ini seperti dewan makan dengan konsep klasik, dan tempat duduknya yang saling bertentangan membolehkan pelanggan berborak walaupun tidak mengenali antara satu sama lain. Menu popular ialah “DenkiBrand” sejenis cocktail berasaskan arak Brandy. Di pertengahan jalan yang menghubungkan Kaminarimon dan Kamiya Bar, terletaknya Asakusa Town Hotel yang mudah di akses kerana lokasinya yang berdekatan dengan Pintu 1 Stesen Asakusa, Ginza Line Subway. Di sebelah Kaminarimon pula, terdapat kedai “Tokiwado Kaminari Okoshi” terkenal dengan manisan Asakusa “Kaminari Okoshi” yang berasal dari zaman Edo. Lebih kurang 3 minit berjalan kaki di sebelah barat Kaminarimon, terdapat kedai terkenal “Tempura Aoi-marushin” yang menyajikan menu makanan Jepun tempura.
Nakamisedouri ~Area Sensoji Hondo
Di sepanjang Jalan Nakamisedouri (250m) yang menghubungkan Kaminarimon ke Sensoji, ia dipenuhi dengan kedai-kedai “Asakusa Nakamise Syoutengai”. Barangan-barangan yang dijual di sini kesemuanya berkaitan Jepun seperti hasil seni, aksesori pakaian Jepun, barangan serbaneka Jepun, dan manisan Jepun. Ada juga kedai yang mengendalikan art movement “ukiyo-e”, yang boleh dinikmati oleh peminat tegar budaya Jepun. Kedai yang melakukan demonstrasi jualan juga banyak, antaranya menjual Senbei, Age-Manju, Ningyoyaki, dan lain-lain makanan lazat yang boleh dinikmati panas-panas.
Keluar dari Nakamise, anda akan melewati Hozomon yang berdiri megah, dan selepas itu berjumpa dengan dewan utama Sensoji.
Dewan utama yang sekarang adala hasil dari pembinaan semula akibat kemusnahan yang disebabkan oleh serangan udara Tokyo pada tahun 1945 (siap dibina semula pada 1958). Di depan dewan sembahyang utama, terletaknya kolam air di sebelah kanan untuk membasuh tangan dan mulut, manakala di hadapan tangga dewan utama, menjadi stail yang biasa dilakukan untuk membersihkan diri dengan menyapu asap dari pembakar kemenyan. Di dalam dewan utama pula, ia terbahagi kepada laluan di bahagian luar (Gejin) dan bahagian dalam (Naijin) yang dilapik dengan tikar tatami. Di Gejin, anda boleh berdoa kepada sami Naijin atau dewa Brahma dan Taisyakuten, dan juga menilik nasib. Anda boleh masuk ke dalam Naijin dengan membuka kasut, tetapi tidak dibenarkan untuk mengambil gambar.
Kawasan sekitar Nakamisedouri
Sebahagian kawasan Shin-Nakamise-douri yang bertembung dengan Kaminarimon Nakamise-douri, wujudnya pasar jalanan “Shin-Nakamise-Syoutengai”. Kawasannya yang berbumbung membolehkan anda berjalan-jalan biarpun di waktu hujan ke kedai-kedai makan, kedai manisan Jepun, kedai pakaian, dan kedai cenderamata, menjadikannya tarikan buat pelancong luar mahupun penduduk tempatan. Di sini ada beberapa kedai lama yang wujud dari zaman Edo atau Meiji, contohnya kedai makanan Jepun “Imahan HQ” yang mula beroperasi dari tahun 1895 dengan menu popular Sukiyaki. Selain dari jalan-jalan di atas, ada banyak lagi jalan dipenuhi dengan kedai makan dan deretan tempat penginapan. Antaranya ialah tempat penginapan “Asakusa Shigetsu Inn” yang terletak berdekatan di antara Kaminarimon dan Hozomon.
Sekitar kawasan Asakusa Kokusaidouri
“Asakusa Kokusai Douri” yang juga dikenali sebagai “Beat Street” kebelakangan ini, ialah nama jalan yang berasal dari “Asakusa Kokusai Gekijyou”. Di persekitaran jalan ini terdapat dewan hiburan, pusat komersial, restoran, hotel dan lain-lain. Bangunan Asakusa ROX, telah dibina di atas tanah bekas teater dan pawagam di 6th Wards. Di tingkat 6 dan 7 bangunan utama ROX ini, terdapat “Kenkou Land Matsuriyu” yang menyediakan pelbagai jenis ofuro (kolam air panas) dan sauna, juga terdapat Routenburou yang membolehkan anda menikmati pemandangan Tokyo Sky Tree (boleh menetap dari malam Isnin ~ Sabtu). Jika anda menginginkan tempat penginapan dengan pemandangan menarik, Asakusa View Hotel adalah sangat disyorkan. Bilik penginapannya terletak pada tingkat 7-28, dimana anda boleh menikmati pemandangan hebat Asakusa/Sky Tree ataupun Ueno/Shinjuku (malah, hotel ini bersambung terus dengan Tsukuba Express stesen Asakusa). Di kawasan ini, ada pelbagai restoran di antaranya Yatsume Unagi Honpo, restoran unik yang menyediakan sajian Unagi asli Yastume dipanggang Usuyaki (berlidi) dan diperkenalkan di dalam ensiklopedia zaman Edo sebagai sajian yang boleh mengubati penyakit.
Sekitar kawasan Azumabashi
Jika melepasi sungai Sumida dari depan Kaminarimon, anda boleh melihat Azumabashi, iaitu jambatan yang berselusur warna merah. Bertentangan dengan tebing jambatan dari Asakusa, kelihatan “Asahi Beer Tower (bermotif beer jockey)”, Superdry Hall (objek nyalaan api emas di atas bumbung hasil rekaan Philippe Starck), dan juga Tokyo Sky Tree memberi pemandangan dengan impak tersendiri, yang membuatkan ramai orang mengambil gambar kenangan di sini. Di dalam tapak Pejabat Daerah Sumida yang berdekatan, terdapat tugu Kaisyu Katsu iaitu tokoh Edo akhir yang lahir di Sumida, dan ramai peminat sejarah yang berkunjung ke sini. Di sebelah jambatan Azumabashi (berhampiran Asakusa, tepi sungai Sumida), terdapat Asakusa Tokyo Cruise, yang menghala dan datang dari Hamarikyu, Hinodesanbashi, mengembalikan suasana zaman Edo yang dimana kapal merupakan pengangkutan utama pada masa itu.
Sekitar kawasan Kototoidouri
Di belakang Sensoji ialah jalan Kototoidouri dan jambatan yang melintasi sungai Sumida ini dipanggil Kototoibashi. Jambatan ini merakam peristiwa tragis sewaktu serangan udara Tokyo dimana ramai orang mati terbakar kerana masing-masing saling bersesak untung menyeberangi arah berlawanan kerana menyangka mereka akan selamat jika menyeberang jambatan. Hingga sekarang, masih terdapat kesan terbakar pada sebahagian tiang batu, peninggalan kesan perang pada jambatan ini, tetapi juga menjadi lokasi menarik mengambil gambar dengan pemandangan Tokyo Sky Tree. Ia memberikan pengunjung rasa perubahan zaman dan keamanan. Berdekatan dengan Sensoji, terdapat “Amuse Museum” dimana terdapat kedai serbaneka Jepun, pameran seni menggunakan kain lama, dan juga beberapa pilihan video definisi tinggi “Sporting Collection” (Ukiyo-e yang yang tidak dipamerkan kepada awam demi pemeliharaan) di Teater Ukiyo-e Boston Museum yang harus ditonton. Juga berdekatan terdapat restoran lama masakan burung “Toritako” yang terhad kepada hanya beberapa tempahan sehari. Terletak 5 minit jarak jalan kaki dari Sensoji dan Tsukuba Express Asakusa Station ialah hotel bertemakan Jepun, “Asakusa Hotel Wasou” dengan akses mudah juga menjadi tumpuan ramai.
Sekitar kawasan Edodouri
Keluar dari persimpangan barat Kototoibashi menghala ke arah jambatan Asakusabashi, dan jika terus lagi, anda akan berjumpa dengan jalan Edodouri.Jika anda bergerak terus lagi dari stesen Asakusa ke arah Kuchimae, di situ terletaknya muzium beg sedunia “Sekai no Kaban Hakubutsukan”, dimana sejarah beg, dan koleksi beg dari seluruh dunia mahupun pameran unik boleh didapati di sini. Berdekatan, terdapat restoran lama “Komagata Dozeu HQ” yang sudah beroperasi lebih 200 tahun dari zaman Edo, menyajikan masakan tradisional Dozeu Nabe (Nabe bersaiz kecil, dengan isi ikan Dojo sebagai ramuan), dan pelbagai lagi masakan ikan Dojo, dan ikan paus boleh dinikmati. Jika berjalan lebih jauh lagi, anda akan berjumpa dengan kedai borong barangan anak patung Jepun, alat tulis, permainan dan kraftangan di “Edodouri donyagai”(dari simpang Kuchimae ichome hingga berhampiran stesen Asakusabashi).
Latest Spot Info
- Coupons
- Events
- Menu
- Rooms
- Goods
-
Kimono1,100 - 33,000JPY(Including tax)See all 5 items
- beautiful
- The Spirit of Japan
- Japanese Clothing & Kimono
- Clothing Stores
14hours ago -
Kimono1,100 - 33,000JPY(Including tax)See all 5 items
- beautiful
- The Spirit of Japan
- Japanese Clothing & Kimono
- Clothing Stores
1day ago