HOME Budaya ofuro (tub mandi air panas) di Jepun: Sejarahnya dan cara penggunaannya.
Budaya ofuro (tub mandi air panas) di Jepun: Sejarahnya dan cara penggunaannya.

Budaya ofuro (tub mandi air panas) di Jepun: Sejarahnya dan cara penggunaannya.

Last updated: 28 Julai 2020

Jepun adalah negara yang amat meminati ofuro (tub mandi air panas). Bagi orang Jepun, masuk ke tub mandi air panas bukanlah sekadar untuk membersihkan badan, tetapi juga sebagai terapi diri. Jika tiada tub mandi di rumah, mereka akan pergi ke kolam mandian air panas awam. Berbeza dengan negara-negara di Eropah dan Amerika, di Jepun, mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam ofuro dengan sebarang pakaian. Budaya ofuro telah bertapak lama di Jepun, dan kini telah menjadi budaya Jepun yang mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Perbezaan antara onsen (kolam air panas) dan sento (kolam mandi awam)

Perbezaan antara onsen (kolam air panas) dan sento (kolam mandi awam)

Sento merujuk kepada tempat mandi awam di Jepun yang telah wujud sejak turun-temurun. Manakala onsen pula ialah kolam air panas yang berpunca dari mata air yang memancar keluar dari bawah tanah, serta punca mata air ini bersuhu 25 darjah celcius dan ke atas. Di samping itu, wujudnya salah satu daripada 19 komposisi istimewa seperti ion lithium, ion hidrogen dan lain-lain, untuk melayakkan kolam tersebut dikategorikan sebagai onsen. Kepelbagaian ini juga menjadi salah satu tarikan kolam air panas.
Ofuro yang disediakan di dalam bilik tempat penginapan Jepun sejak turun temurun diberi nama "uchiburo". Manakala, tempat mandi awam yang luas di tempat penginapan pula diberi nama“daiyokujo”. Selain itu,“rotemburo” iaitu ofuro yang terletak di luar bilik juga mendapat sambutan yang tinggi. Disini, pengunjung dapat berendam dalam ofuro dengan selesa sambil menikmati keindahan panorama di luar.

Pengalaman masuk ke sento (tempat mandi awam)

Pengalaman masuk ke sento (tempat mandi awam)

Sento biasanya dikunjungi oleh orang-orang yang tinggal di kawasan terletaknya sento tersebut, yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Bersantai sambil berbual-bual dengan pengunjung lain yang kadang kalanya lebih berusia ketika di dalam kolam atau di bilik persalinan juga boleh memberi anda pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan.
Sebelum ini, sento digelar “banto”. Dahulunya terdapat kakitangan yang bertanggungjawab untuk mengawasi kolam lelaki dan perempuan tetapi sejak kebelakangan ini dengan kewujudan tempat mandi awam, kewujudan “banto” telah lenyap. Kini, bilangan tempat mandian awam semakin bertambah dan pengunjung hanya perlu membuat bayaran masuk di kaunter atau membeli tiket di mesin jualan automatik.

Sento dan super sento

Sento dan super sento

Terdapat pelbagai tempat mandi awam di Jepun dan sejak kebelakangan ini tempat seperti “Super Sento” dan “Kenko Land”(Healthy Land) semakin bertambah bilangannya. Disini, kemudahan hotel dan restoran didirikan bersama-sama dan pelbagai servis spa juga turut ditawarkan. Selain itu, “Super Sento” dan “Kenko Land” turut menawarkan kemudahan urut dan salon kecantikan, termasuk tempat rehat, tempat bacaan komik & manga, kemudahan komputer turut disediakan. Namun, bayaran masuk ke tempat sebegini kebiasaannya lebih tinggi berbanding sento.
Selain itu,terdapat banyak hotel dan tempat penginapan yang menawarkan kemudahan yang dipanggil “sento balik hari”, dimana kita hanya perlu membuat bayaran masuk untuk kolam mandi sahaja tanpa bayaran bermalam di sana.

Sebelum memasuki tempat mandi awam

Sebelum memasuki tempat mandi awam

Di tempat mandi awam terdapat almari berkunci dan raga dimana kita boleh menyimpan tuala, pakaian dan barang-barang persendirian. Mengikut adat Jepun, memakai pakaian mandi atau pakaian dalam ketika memasuki tempat mandi adalah perbuatan tidak beradab, tuala mandi juga perlu ditinggalkan disini. Tuala kecil dibenarkan dibawa ke kawasan kolam mandi tetapi dilarang dibawa masuk bersama ke dalam kolam mandi.
Di tempat mandi kita boleh membersihkan badan sambil berehat dengan tenang.

Menjirus air: Etika masuk ke kolam mandi

Menjirus air: Etika masuk ke kolam mandi

Sebelum masuk ke dalam kolam mandi air panas, pengunjung perlu melakukan “kakeyu” atau menjirus air panas bagi tujuan membersihkan badan dari peluh dan kotoran serta untuk membiasakan diri dengan suhu kolam mandi awam. Bersihkan solekan sebelum masuk ke dalam kolam mandi awam.
Sekali lagi diingatkan, tuala adalah dilarang dibawa masuk kedalam tub mandi. Namun, ia boleh diletakkan di atas kepala, atau letak di hujung tub supaya tidak masuk ke dalam kolam air panas. Tempat mandi awam adalah tempat terapi, oleh itu terjun atau berenang adalah dilarang sama sekali.

Bersihkan selepas guna!

Bersihkan selepas guna!

Terdapat kerusi kecil di ruang pancuran mandi dan kerusi ini adalah untuk kegunaan awam. Sebahagian warga asing mungkin tidak biasa, dimana kerusi kecil ini digunakan ketika mandi di pancuran mandi sebelum memasuki sento atau onsen. Selepas mandi di pancuran mandi, pengunjung perlu menyusun dan mengemas semula peralatan yang digunakan. Kerusi perlu dikembalikan ke tempat asal dan sila pastikan tiada buih sabun atau syampu yang tertinggal.
Di tempat mandi awam, membawa sendiri syampu adalah perkara biasa. Syampu yang ada dalam raga berkemungkinan kepunyaan orang lain, jadi pastikan anda tidak menggunakannya sesuka hati. Di sesetengah tempat mandi awam, syampu adalah percuma, jadi jika berasa ragu, sila bertanya kepada pengunjung lain atau kakitangan yang bertugas. Sudah tentu, membawa peralatan mandi sendiri adalah yang terbaik.

Etika selepas mandi kolam air panas

Etika selepas mandi kolam air panas

Orang Jepun tidak suka badan yang dalam keadaan basah. Sehinggakan ada orang Jepun yang meletakkan kasut basah, payung basah malah mesin basuh juga diletakkan diluar rumah. Kembali ke bilik persalinan dalam keadaan badan yang basah adalah perbuatan yang tidak beradab. Sila pastikan badan dikeringkan terlebih dahulu dan bertuala sebelum kembali ke bilik persalinan walaupun tiada siapa yang melihat. Kebiasaanya pengering rambut ada disediakan di bilik persalinan dan sesiapa pun dibenarkan menggunakannya.

Tempat mandi di hotel

Tempat mandi di hotel

Kebanyakkan hotel terutamanya bisnes hotel ada menyediakan tub mandi, pancuran mandi, sinki dan tandas dalam setiap bilik hotel tetapi terdapat juga hotel yang menyediakan kolam mandi yang besar. Kolam mandi besar ini mengasingkan kolam mandi lelaki dan kolam mandi perempuan. Selain itu, di kolam besar hotel, juga ada menyediakan tempat peyimpanan barang persendirian dan bilik persalinan seperti di tempat mandi awam. Namun, ada juga hotel yang menyediakan perkhidmatan ini di kaunter hadapan hotel.
Kebiasannya, kemudahan bilik mandi tidak disediakan di hotel bajet atau “youth hotel”, namun, bilik pancuran mandi awam ada disediakan. Cara dan peraturan penggunaannya adalah sama dengan tempat mandi awam.

Onsen dan tatu: Betul atau salah!?

Onsen dan tatu: Betul atau salah!?

Tempat mandi awam Jepun diketahui sangat tegas dalam hal tatu. Jika anda bertatu, sila periksa terlebih dahulu dengan kakitangan pusat mandi awam sama ada orang yang bertatu dibenarkan masuk atau pun tidak kerana ada sesetengah tempat mengambil tindakan tegas seperti menghalau pengunjung yang bertatu dibadan. Kakitangan pusat mandi awam berkenaan biasanya akan memberi jawapan serta-merta jika anda bertanya soalan tersebut.
Bagi mereka yang bertatu, anda dinasihatkan bermalam di rumah penginapan yang menyediakan kolam mandi air panas di dalam bilik. Kos penginapan di tempat sebegini sedikit mahal jika dibandingkan dengan tempat mandi awam, namun anda boleh menikmati budaya ofuro dengan lebih selesa tanpa perlu rasa risau.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari