Akihabara merupakan tempat suci bagi budaya otaku, pada masa yang sama terkenal juga sebagai bandar yang melambangkan budaya pop di Jepun. Beberapa tahun kebelakangan ini, ia juga telah menjadi antara lokasi pilihan bagi pelancongan di Tokyo yang sentiasa menerima kunjungan warga asing. Pengenalan mengenai bandar Akihabara yang mempunyai daya tarikan dari pelbagai sudut akan diberikan.
Ciri-ciri istimewa Akihabara
Akihabara adalah antara bandar di Jepun yang sudah sinonim dengan subbudaya seperti anime atau manga. Selain anime, terdapat juga banyak kedai atau acara bagi genre artis serta cosplay, ia telah menjadi sebuah bandar yang menerima tumpuan para peminat anime dari seluruh dunia. Pada masa dahulu, terdapat sebuah kuil Shinto bernama "Akibajinjya" di kawasan tersebut, bermula dari situ bandar tersebut mula dipanggil sebagai "Akihabara".
Perubahan Akihabara (dari zaman Edo ke era pascaperang)
Sekitar 400 tahun dahulu iaitu semasa zaman Edo, Akihabara merupakan kawasan penempatan rumah untuk golongan samurai kelas bawahan. Selepas itu, pada zaman Meiji, kerja penyambungan landasan keretapi dari stesen Ueno iaitu stesen terminal yang terletak di utara Tokyo telah dilakukan, lalu terbina stesen Akihabara dan ia telah berkembang pesat sebagai sebuah kawasan bandar. Model bandar Akihabara yang dapat dilihat pada hari ini terbina setelah tamat Perang Dunia Kedua. Pasaran gelap yang mengendalikan komponen radio wujud di sekitar kawasan Akihabara, namun setelah berlaku pengumuman "rotenseirirei (arahan penyusunan gerai jalanan)" pada tahun 1951. gerai-gerai tersebut telah dipindah masuk ke bahagian bawah landasan keretapi.
Perubahan Akihabara (selepas era pertumbuhan dan pembangunan pesat Jepun pascaperang)
Setelah itu, seiring dengan era pertumbuhan dan pembangunan pesat Jepun pascaperang, Akihabara telah berubah menjadi bandar barangan elektronik yang terbesar di Jepun dengan jualan secara murah barangan elektrik kegunaan rumah seperti televisyen, peti ais, mesin basuh, komputer dan sebagainya. Kedai yang menjual barangan komponen untuk individu yang suka menghasilkan barangan elektronik buatan sendiri juga telah banyak didirikan. Oleh kerana terdapat barangan komponen yang sukar didapati dari kedai biasa yang menjual barangan elektrik kegunaan rumah, semakin ramai orang datang berkunjung ke sini bagi mencari komponen-komponen tersebut.
Akihabara pada masa kini
Walaupun Akihabara telah berkembang sebagai sebuah bandar barangan elektronik, kini kedai untuk para peminat manga dan anime semakin bertambah banyak. Kedai khas untuk "Dojinshi", iaitu hasil karya terbitan dari para peminat juga lahir di Akihabara. Pada masa yang sama, pentas teater khas untuk artis penghibur telah dibina, kini Akihabara juga telah menjadi terkenal sebagai kawasan tumpuan bagi fenomena artis pada hari ini.
Akihabara adalah tempat suci untuk otaku
Di Jepun juga Akihabara terkenal sebagai tempat suci golongan otaku, di mana budaya yang tidak dapat dilihat di bandar lain seperti anime jenis moe serta maid kissa (kafe pembantu rumah) dapat dilihat di sini. Terutamanya maid kissa, ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, sehingga terdapat pelancong warga asing yang datang dari luar negara semata-mata untuk berkunjung ke situ.
Kedai barangan elektrik
Akihabara mempunyai pelbagai jenis kedai yang menjual barangan elektrik. Terdapat pelbagai jenis kedai berbeza skala berdiri di antara satu sama lain, dari kedai berskala kecil yang sekadar menjual komponen barangan elektronik, sehingga kedai elektrik berskala besar yang menjual barangan kegunaan rumah seperti Best Buy di Amerika Syarikat. Bagi individu yang pertama kali berkunjung ke sini, masuk sahaja mana-mana kedai yang terserempak dan melakukan "window shopping" juga sudah cukup menyeronokkan. Terdapat banyak kedai bebas cukai, serta kedai dengan penjual yang mampu berbahasa Inggeris atau bahasa Cina. Sila nikmati aktiviti membeli-belah di sini.
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
-
Ryokan (rumah inap)
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Mencuba pakaian
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Roppongi dulu dan sekarang
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Peminat Burung Hantu Mesti Ambil Tahu! Apa Yang Anda Tidak Tahu Tentang “Wild Asakusa”! Jom Ke Kafe Burung Hantu
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo