HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Akihabara Merasai pengalaman cosplay di Akihabara
Merasai pengalaman cosplay di Akihabara

Merasai pengalaman cosplay di Akihabara

Last updated: 18 Mei 2020

Sesiapa sahaja yang meminati anime atau manga sudah semestinya mempunyai watak hero atau heroin yang diidamkan. Marilah kita kunjungi studio yang akan menunaikan impian tersebut.

Ke Studio CROWN

Ke Studio CROWN

"Studio CROWN" adalah studio cosplay yang terletak di lokasi yang baik iaitu 6 minit berjalan kaki daripada pintu "Denki-gai" di stesen JR Akihabara. Untuk mencuba cosplay di sini anda perlu membuat tempahan telebih dahulu melalui laman web Studio CROWN. Terdapat borang yang disediakan di dalam Bahasa Inggeris untuk memudahkan pengunjung. Sesiapa pun dapat merasai pengalaman cosplay di sini dengan hanya membuat tempahan dan mengisi maklumat ringkas seperti nama dan warganegara, alamat emel serta nombor telefon dan waktu kunjungan.

Pakej cosplay di Studio CROWN

Pakej cosplay di Studio CROWN

Terdapat 3 jenis pakej untuk merasai pengalaman cosplay di sini. Pakej A berharga 3,000 JPY (termasuk cukai), terdiri daripada pakaian Jepun seperti kostum ninja atau pembantu rumah, pedita, atau yukata, berserta dengan sekeping gambar digital dan sekeping gambar polaroid. Walaupun pakej ini tidak membenarkan anda berpakaian seperti watak anime, dengan bayaran tambahan, pakej ini membenarkan pengunjung memakai pakaian tersebut sambil berjalan-jalan di bandar Akihabara. Pakej B berharga 6,800 JPY (termasuk cukai) membolehkan pengunjung meminjam kostum dan rambut palsu watak anime, berserta pakej dari pakej A. Akhir sekali adalah pakej C. Walaupun ianya berharga 12,000 JPY (termasuk cukai), pengunjung akan menerima bilangan gambar digital yang lebih banyak serta akan disolek oleh staf pemain cosplay sendiri, selain daripada kandungan pakej dari pakej A dan B.

Saya memilih kostum pendita!

Saya memilih kostum pendita!

Saya memilih untuk mencuba Pakej C pada kali ini. Solekan merupakan salah satu halangan yang lebih besar daripada kostum bagi orang baru di dalam cosplay. Tetapi melalui pakej ini, saya tidak perlu risau dan dapat menikmati pengalaman cosplay dengan senang hati. Kostum dari anime terkenal di dunia seperti "NARUTO" serta "EVANGELION" juga boleh dipilih. Kostum buatan sendiri juga boleh dibawa ke sini, tetapi kali ini saya telah mencuba kostum asas iaitu kostum pendita!

Pita pelekat adalah wajib dalam solekan cosplay

Pita pelekat adalah wajib dalam solekan cosplay

Setelah menetapkan rambut untuk solekan dan rambut palsu, kini tibalah giliran pita pelekat pula. Pita pelekat ini berupaya menajamkan bentuk garisan muka, serta meniruskan atau meluyukan mata bagi membentuk muka untuk menyamai karakter anime. Oleh kerana pita pelekat ini lembut, tiada rasa tegang ataupun sakit dirasai.

Pengalaman disolek!

Pengalaman disolek!

Setelah membentuk garisan muka, kini tibalah masanya untuk solekan. Untuk menyamai watak karakter anime, pelbagai benda harus dilakukan seperti solekan bayang pada hidung, solekan dengan kaedah tiga dimensi supaya dagu kelihatan kurus, mewarnakan kening supaya menyamai warna rambut palsu, dan sebagainya.

Memakai rambut palsu

Memakai rambut palsu

Rambut palsu pula bukan sekadar dipakai sahaja. Gam disapu di atas pita pelekat pada muka untuk melekatkan rambut palsu pada muka. Dengan berbuat demikian, bentuk rambut dapat dibentuk serta dapat menghasilkan efek muka kecil. Oleh kerana cara solekan cosplay sangat berbeza daripada solekan biasa, pengalaman untuk disolek oleh pemain cosplay sebenar ini adalah sangat berharga.

Melihat penampilan bercosplay

Melihat penampilan bercosplay

Saya kagum melihat hasil yang telah siap! Oleh kerana cara solekan cosplay sangat berbeza daripada solekan biasa, pengalaman untuk disolek oleh pemain cosplay sebenar ini adalah sangat berharga.

Akhirnya, sesi pengambaran

Akhirnya, sesi pengambaran

Setelah persiapan telah siap, tibalah masanya untuk sesi pengambaran. Staf akan mengambil lebih kurang 100 keping gambar, lalu beberapa keping gambar daripadanya dipilih.

Jangan risau jika tidak biasa dengan sesi pengambaran

Jangan risau jika tidak biasa dengan sesi pengambaran

Pengunjung yang tidak biasa dengan sesi pengambaran juga tidak perlu berasa bimbang kerana gaya ketika pengambaran akan ditetapkan oleh jurukamera.

Set pengambaran ala Jepun

Set pengambaran ala Jepun

Bagi pengunjung yang memilih pakej C, anda dapat membuat pilihan daripada 4 set pengambaran, iaitu set ala Jepun yang menyediakan hiasan ala Jepun, set putih yang belatar belakangkan hiasan serba putih, set moden dan gothik yang terdiri daripada candelier dan sofa kulit, serta set masa hadapan dan idola yang mempunyai hiasan berkelipan dan hologram. Aksesori yang sepadan dengan setiap set tersebut juga boleh dipinjam, membolehkan pengunjung merakamkan gambar yang diidami.

Gambar cosplay seperti individu yang berbeza

Gambar cosplay seperti individu yang berbeza

Inilah gambar cosplay yang telah siap. Gambar kelihatan seperti individu yang berbeza setelah disunting!

Mari tinggalkan mesej di papan pesanan

Mari tinggalkan mesej di papan pesanan

Setelah tamat sesi pengambaran, anda boleh meninggalkan mesej di papan pesanan untuk berinteraksi dengan pengunjung yang lain. Gambar daripada sesi pengambaran kali ini turut dihiaskan di sini. Jika anda berkunjung carilah gambar saya di sini.

Marilah merasai pengalaman cosplay di Jepun

Marilah merasai pengalaman cosplay di Jepun

Bergambar dengan pakaian yang tidak biasa dipakai serta gaya yang tidak biasa dibuat. Pengalaman yang luar biasa ini pastinya dapat mengembirakan sesiapa sahaja. Jika anda berpeluang melancong ke Akihabara, cubalah juga merasai pengalaman cosplay di sini.

  • Cosplay Studio CROWN
    スタジオクラウン
    • Address 2-4-6 Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo 101-0021, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari