
Jika disebut tentang peralatan elektronik yang terbaru sehinggalah yang unik dan budaya anime, sudah pastilah tempatnya suatu kawasan di dalam Tokyo iaitu "Akihabara." Alang-alang membeli cenderamata, marilah membawa pulang cenderamata yang melambangkan Akihabara. Sila ambil perhatian kerana terdapat juga cenderamata yang kehabisan stok mengikut masa tertentu atau bertukar corak bungkusan.
Fokus kepada watak "Maid Cookies"

Jika disebut tentang Akihabara, sudah pastilah bersamaan dengan kafe pembantu rumah (maid cafe). Para pelanggan akan dilayan oleh pekerja kafe yang berpakaian ala pembantu rumah Inggeris. "Maid cookies" adalah biskut yang mempunyai watak pembantu rumah yang bekerja di situ. Ianya amat comel sekali sehinggakan anda berasa ragu-ragu untuk makan. Ia mempunyai 2 jenis perasa iaitu perasa susu dan mapel. Oleh kerana ia dibungkus setiap satu, jadi ia amat mudah untuk diedarkan kepada ahli keluarga dan kawan-kawan. Dikeluarkan oleh: Daito and Edo Usagi
Made In Tokyo Print Cookie
メイドイン東京プリントクッキー
Akihabara
Yakin dengan rasa! "Yaki Choco (coklat bakar)"

Keunikan kuih ini adalah motonya yang menarik iaitu "Tidak boleh menahan diri dari kemanisan. Tidak sama sekali." dan bungkusan yang mempamerkan watak yang comel. Sebenarnya, ia dihasilkan oleh sebuah kedai kuih tradisi Jepun di Yamagata-ken yang berusia lebih dari 100 tahun. Ia dikatakan dicipta oleh generasinya yang ke-6 yang menyukai Akihabara. Selain itu, ia merupakan satu produk yang cukup luar biasa kerana bukan sahaja impak dari luarannya tetapi rasanya juga cukup menyelerakan. Ia boleh dibeli di kedai The Akiba. Dikeluarkan oleh: Shougetsudo Fukawa
Shougetsudoununokawa Yakichoco
松月堂布川 焼きチョコ
Akihabara
Impian menjadi kenyataan? "Daigangjo-ju Castellayaki (kek span bakar"

Ia merupakan kuih yang comel dengan bungkusan bercorak mikosan iaitu pendeta wanita yang berkhidmat di kuil. Ia merupakan kek span yang dibakar daripada adunan tepung dan telur dan berintikan krim kastard di bahagian tengah. Semoga segala hasrat anda akan menjadi kenyataan! Ia boleh dibeli di kedai Animate Akihabara, kedai Gamers AKIHABARA dan kedai cenderamata yang terdapat di sekitar kawasan Akihabara. Dikeluarkan dan dijual oleh: Coade
Taiganjouju Kasuterayaki
大願成就かすてら焼き
Akihabara
Ekspresi yang menarik "Tsundere Cookies"

"Tsundere" merupakan perkataan Jepun yang sering dilihat di anime dan manga (komik). Ia merujuk kepada sikap yang dingin semasa kali pertama berjumpa tetapi beransur-ansur menjadi semakin mesra. "Tsundere cookies" merupakan biskut yang dicetak dengan watak kartun yang mempunyai sikap tersebut. Ia mempunyai 4 corak kesemuanya dan lebih menarik jika anda fokus kepada lukisan raut muka watak perempuan di biskut it.. Biskut ini boleh dibeli di kedai Animate Akihabara, kedai Gamers AKIHABARA dan kedai cenderamata yang terdapat di sekitar kawasan Akihabara. Dikeluarkan dan dijual oleh: Coade
Tsundere Cookie
ツンデレクッキー
Akihabara
Amat comel "Kaomoji Castellayaki (kek span emotikon)"

Emotikon amat terkenal semasa menggunakan pesanan ringkas atau media sosial. Antara emotikon yang terkenal dan comel yang digunakan semasa sedih adalah (´・ω・`). Kuih bakar jenama ini yang mengandungi krim kastard ini amat enak yang boleh membuatkan anda tersenyum tanpa sedar. Ia boleh dibeli di kedai Animate Akihabara, kedai Gamers AKIHABARA dan kedai cenderamata di sekitar kawasan Akihabara. Dengan saiznya yang sesuai untuk sekali makan, pasti tangan anda tidak boleh berhenti menyuap. Dikeluarkan dan dijual oleh: Coade
Shobon Kasuterayaki
ショボ~ンカステラ焼き
Akihabara
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Stay Near the Cherry Blossoms! Hotels for Cherry Blossom Viewing in Tokyo
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan