Nikko yang terletak di utara-barat Tochigi-ken ini mempunyai banyak pusat-pusat tumpuan ramai seperti alam semulajadinya yang luas terbentang dan juga kuil-kuil yang bersejarah. Oleh kerana ianya merupakan tanah suci bagi sangaku shinko (penyembah gunung), ramai pengunjung yang berkunjung untuk mengalami sendiri suasana mistiknya.
Air terjun di Jepun yang menjadi kebanggaan ramai oleh kerana ketinggiannya
"Kegon no Taki" adalah air terjun yang menjadi status bagi Nikko oleh kerana ketinggiannya yang mencapai 97 meter. Dikatakan bahawa Kegon no Taki (Air Terjun Kegon) ini diberi nama bersempena "Kegonkyo" (ajaran Kegon) yang dapat dilihat di dalam kitab suci agama Buddha, dengan hanya melihat pemandangan air terjun ini, anda akan merasakan tenaga suci disekeliling anda. Air yang mengalir ke Air Terjun Kegon ini berasal dari Chuzenjiko (Tasik Chuzen). Kawasan tumpuan ramai ini sungguh luas sehingga ianya digelar "Nikko Sanmeibaku" yang meliputi Kegon no Taki (Air Terjun Kegon), Shimofuri no Taki (Air Terjun Shimofuri) dan Urami no Taki (Air Terjun Urami). Anda akan dapat merasai nilai estetik air terjun ini menerusi deruan deras airnya berhampiran dengan takitsubo (kolam air terjun) apabila turun ke dek pemandangan air terjun ini dengan menggunakan lif. Pemandangan sekeliling yang menakjubkan berserta air terjun yang diiktiraf akan kekaguman air terjunnya pada tahun 1931 ini sepastinya akan mencuri hati anda.
-
-
Address
Chuguushi, Nikko-shi, Tochigi, 321-1661
View Map -
Nearest Station
Nikko Station (JR Nikko Line)
-
Address
Chuguushi, Nikko-shi, Tochigi, 321-1661
Tempat terkenal dengan panorama airnya yang boleh dinikmati pada setiap musim
"Chuzenjiko" adalah tasik yang terbentuk hasil dari letusan gunung berapi pada 20,000 tahun lepas ini terletak di dalam Nikko Kokuritsu Koen (Taman Negara Nikko). Dengan ukur lilit sepanjang 25 km, ianya merupakan tasik terbesar di Tochigi-ken dan dikenali umum sebagai tasik yang terletak di aras tertinggi (tidak termasuk tasik buatan manusia dan mempunyai keluasan 4000 meter persegi ke atas) dari permukaan laut di Jepun. Dahulunya, kawasan ini cukup digemari oleh pelancong asing sebagai resort musim panas, tetapi kini, selain dari pusat-pusat kolam air panas, terdapat banyak pusat penginapan, restoran yang terbina di persisiran tasik. Di sekitar kawasan ini, masih lagi terdapat rimbunan pokok-pokok dan anda masih boleh menikmati pemandangannya mengikut musim seperti pokok Azalea pada musim panas dan pokok Momiji pada musim luruh.
-
-
Address
Chuguushi, Nikko-shi, Tochigi, 321-1661
View Map -
Nearest Station
Nikko Station (JR Nikko Line)
-
Address
Chuguushi, Nikko-shi, Tochigi, 321-1661
Air terjun tersohor yang mengalir di permukaan batu di Oku-Nikko
Air terjun "Yudaki" ini cukup terkenal dengan ketinggian mencapai 70 meter dan kepanjangannya yang mencapai 110 meter. Air terjun yang mempunyai bentuk bercabang dua yang unik ini merupakan salah satu dari "Okunikko Sanmeibaku" (Tiga air terjun tersohor di Oku-Nikko) yang mampu berdiri sebaris dengan Kegon no Taki (Air Terjun Kegon) dan juga Ryuzu no Taki (Air Terjun Ryuzu). Ianya terletak di pertengahan jalan mendaki bukit yang berterusan dari Senjogahara. Dari dek pemandangan air terjun yang dibina berhampiran dengan takitsubo (kolam air terjun) ini anda boleh mendengar deruan air terjun dan menyaksikan pemandangan indah air terjun yang mengalir merentasi permukaan dinding selatan Tasik Yuno-ko sepanjang 70 meter yang terletak di kaki gunung Nikko Shirane. Oleh kerana lorong pejalan kaki telah dibina di tepi air terjun, kawasan ini selalu menjadi tumpuan ramai jurufoto.
-
-
Address
Yumoto, Nikko-shi, Tochigi, 321-1662
View Map -
Nearest Station
Tobu Nikko Station (Tobu Nikko Line)
-
Address
Yumoto, Nikko-shi, Tochigi, 321-1662
Dek pemandangan di mana anda boleh menyaksikan keseluruhan alam semulajadi Nikko
Akechidaira ini terletak di bahagian timur Chuzenjiko (Tasik Chuzen) dan cukup dikenali ramai sebagai tempat untuk menyaksikan daun Momiji pada musim luruh. Dikatakan bahawa, pemandangan dari dek Akechidaira yang terletak pada ketinggian 1473 meter dari aras laut ini adalah yang tercantik di antara dek-dek pemerhatian di Nikko. Anda dapat menyaksikan Chuzenjiko (Tasik Chuzen), Kegon no Taki (Air Terjun Kegon), "Nantai San"(Gunung Nantai) dalam satu panorama dari dek ini. Di sini juga dapat dilihat ramai penggemar aktiviti meredah hutan oleh kerana terdapat satu jalan dari dek yang menembusi sehingga ke Chuzenjiko (Tasik Chuzen). Juga menjadi satu kemestian untuk menyaksikan pemandangan dari menara besi yang terletak kira-kira 20 minit dari dek pemerhatian. Di sini, sepastinya anda boleh merasai suasana udara segar dan nyaman pada setiap musim.
-
Akechidaira Tenbondai明智平展望台
- Address Hosomachi, Nikko-shi, Tochigi, 321-1445, Japan
Kemewahan hiasannya yang membuatkan anda tergamam!
Dibina atas tujuan untuk memperingati tokoh yang telah membuka era Edo iaitu Tokugawa Ieyasu ini adalah"Nikko Toshogu" yang sering dikunjungi oleh ramai pengunjung tidak kira dari dalam atau luar negara. Ieyasu dikatakan telah menjadi dewa setelah mangkat pada tahun 1616. Terdapat 8 Harta Negara dan 55 buah bangunan di mana 34 daripadanya adalah aset bersejarah penting terletak di dalam kawasan kuil dan telah diiktiraf sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO. Terdapat ukiran yang kaya dengan warna hasil ukiran artisan berkemahiran tinggi di "Yomeimon" atau pun Pintu Yomei yang terletak di dalam suasana mewah kawasan kuil. Anda pasti terpegun apabila menyaksikan ukiran "Sanzaru" (tiga monyet) dan "Nemuri Neko"(kucing tidur) yang terdapat di merata-rata kawasan kuil.
-
-
Address
2301, Sannai, Nikko-shi, Tochigi, 321-1431
View Map -
Nearest Station
Nikko Station (JR Nikko Line)
20 minutes on foot
- Phone Number 0288-54-0560
-
Address
2301, Sannai, Nikko-shi, Tochigi, 321-1431
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
The Imperial Palace
Other Architecture
Tokyo Station
-
Naritasan Shinshoji Temple
Temples
Narita
-
Shibuya Crossing
Downtown
Shibuya
-
Tsukiji Outer Market
Old Towns (Shitamachi)
Tsukiji
-
Shinjuku Gyoen National Garden
Gardens
Shinjuku
-
Ueno Zoo (Ueno Zoological Gardens)
Zoos, Aquariums & Botanical Gardens
Ueno
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !