Ingin berseronok dengan perjalanan di Jepun yang tenang dan bebas secara bersendiri, berbanding perjalanan yang meriah dan bising bersama rakan-rakan. Koedo Kawagoe adalah tempat yang sesuai untuk berjalan seorang diri. Mari mengelilingi Kawagoe menggunakan servis "Perkongsian Basikal Kawagoe-shi".
Ayuh guna perkhidmatan "Perkongisan Basikal Kawagoe-shi".
Jika mencari risalah di pusat maklumat pelancongan di Stesen Kawagoe, anda akan menjumpai risalah "Perkongsian Basikal Kawagoe-shi" yang berwarna kuning hijau. Tempat persinggahan basikal "Perkongsian Basikal Kawagoe-shi" dimulai dengan tempat-tempat utama pelancongan, dan boleh didapati dengan mudah termasuk di pintu masuk bahagian timur dan barat Stesen Kawagoe.
Perjalanan tanpa perancangan. Kayuhlah basikal mengikut gerak hati anda.
Radius pergerakan bertambah meluas berbanding berjalan kaki, fleksibel, juga tidak terikat dengan jadual masa, dan semuanya adalah kelebihan perjalanan dengan berbasikal. Jika perlu diberikan kekurangan bagi perjalanan dengan berbasikal, adalah tidak dapat memeriksa peta sambil bergerak. Tetapi, itulah juga cabaran sebenar jika berjalan seorang diri. Mengingati geografi secara anggaran, kemudian dengan sesuka hati ke timur dan ke barat. Kawagoe mempunyai kurang jalan berbukit dan senang dilalui.
Apabila memasuki lorong kecil, anda akan menemui "Nori", kedai manisan yang kecil dan comel. Dapatkan kek sifon yang menggunakan teh hijau Kawagoe!
-
Yakigashi Nori焼き菓子「野里」
- Address 2-14-2, Shintomicho, Kawagoe-shi, Saitama
Tempat suci (untuk agama Shinto) dan kuil (untuk agama Buddha) yang banyak di Kawagoe.
Selepas itu, sepatutnya akan tiba di tempat suci yang popular iaitu "Kita-in"…… tetapi, kini tiba di sebelah "Narita-san Kawagoe Betsuin". Nampaknya seperti telah tersesat jalan. Di sebabkan hanya berbasikal, tidak perlulah risau jika terpaksa melencong . Ketika mengambil gambar di "Narita-san Kawagoe Betsuin", saya didatangi oleh pakcik yang peramah. Dalam masa yang singkat kami bercerita mengenai "Perkongsian Basikal Kawagoe-shi".
-
-
Address
9-2, Kubomachi, Kawagoe-shi, Saitama, 350-0055
View Map -
Nearest Station
Hon-Kawagoe Station (Seibu Shinjuku Line)
15 minutes on foot
- Phone Number 049-222-0173
-
Address
9-2, Kubomachi, Kawagoe-shi, Saitama, 350-0055
Apabila tiba di "Kita-in", kawasan kayuhan adalah ke arah bahagian utama kuil.
-
-
Address
1-20-1, Kosenbamachi, Kawagoe-shi, Saitama, 350-0036
View Map -
Nearest Station
Kawagoe Station (JR Kawagoe Line / Tobu Tojo Line)
20 minutes on foot
- Phone Number 049-222-0859
-
Address
1-20-1, Kosenbamachi, Kawagoe-shi, Saitama, 350-0036
Berjalan bersiar-siar mengelilingi kawasan tarikan utama.
Kawasan tarikan utama pelancongan yang hanya terdapat di Kawagoe ialah "Kurazukuri no Machinami" iaitu pekan yang mempunyai bangunan gudang. Di sini terdapat 2 tempat persinggahan basikal iaitu di bahagian utara dan selatan. Pulangkan basikal dan bersiar dengan berjalan kaki.
Kawasan sekeliling "Toki no Kagami" (Menara Loceng) merupakan tempat pertemuan antara pengantin lelaki dan perempuan.
Sambil tersenyum dan melihat ke suatu sudut, kedengaran bunyi bising di sana. Rupa-rupanya itu adalah bunyi sami yang sedang mengetuk Uchiwadaiko (kipas drum yang bulat). Latihan "Shodai Angya" di Nichiren-shu (Sekolah Buddha Nichiren) sedang dijalankan. Barisan itu didahului dengan pengantin lelaki dan perempuan, diikuti dengan sami Buddha seterusnya dengan pelancong. Sangat menarik dengan kepelbagaian jenis orang.
Makan sambil berjalan kaki di "Kashiya Yokocho". "Waraku Kanon" mempunyai Takoyaki yang luar biasa sedapnya. Takoyaki yang kenyal dan Takosenbei yang rangup. Gabungan dua tekstur makanan yang berbeza itu mungkin boleh menjadikan ketagihan pula. Makanan popular Kawagoe, manisan berasaskan ubi yang menjadi pilihan adalah taiyaki (penkek berbentuk ikan yang kebiasaannya berintikan jem kacang). Kemanisan semulajadi ubi itu begitu enak. Walaupun memilih kedai bagi pelancong yang bersendirian adalah merumitkan, Kawagoe boleh membuatkan perut anda kenyang dengan makan sambil berjalan. Juga lebih selesa bagi pelancong yang datang pertama kali bersendirian.
Melalui "Kawagoe-jyo Honmarugoten" untuk ke Stesen Kawagoe.
Apabila perut sudah kenyang, mari mulakan semula pengayuhan kita. Melangkah pulang kembali ke Stesen Kawagoe melalui "Kawagoe-jyo Honmaru Goten" (Dewan utama Istana Kawagoe). Jalan yang luas dan lebar daripada "Kashiya Yokocho" hingga ke "Kawagoe-jyo Honmaru Goten", memudahkan pengayuhan. Daripada "Kawagoe-jyo Honmaru Goten" hingga ke stesen kereta api, sekali lagi dengan gembira meneruskan perjalanan menggunakan jalan belakang mengikut rentak sendiri. Saya berasa berterima kasih kepada basikal yang menjadi teman dan menyebabkan perjalanan kali ini menjadi agresif. Sehingga kini sudah lama tidak mengikuti suara hati sendiri dengan jujur. Jiwa menjadi segar, mungkin disebabkan banyak menggerakkan badan.
-
-
Address
2-13-1, Kuruwamachi, Kawagoe-shi, Saitama, 350-0053
View Map -
Nearest Station
Kawagoe Station (JR Kawagoe Line / Tobu Tojo Line)
- Phone Number 049-222-5399
-
Address
2-13-1, Kuruwamachi, Kawagoe-shi, Saitama, 350-0053
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
TANG DYNASTY TOSHOMEN Naritakukodaiichitaminaruten
Other Chinese Food
Narita
-
LAT. 25° Naritakukodaisantaminarunikaiten
Izakaya
Narita
-
Miyatake Naritakukodaisantaminaruten
Udon & Soba
Narita
-
Inaba Wako Naritakukodainitaminaruten
Tonkatsu
Narita
-
Sojibo Naritakukodainitaminaruten
Udon & Soba
Narita
-
TATSU SUSHI Naritakukodaisantaminaruten
Sushi
Narita
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
Kos yang wajib diikuti ketika melancong ke Tokyo
-
Jom terokai Stesen Tokyo buat pertama kalinya!
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak