Hakone yang terletak di bahagian barat daya Kanagawa-ken ini terdiri daripada gunung-ganang yang curam sehingga ia digelar sebagai "Tenka no Ten" yang bermaksud pedang langit. Di sini juga terdapat banyak kolam air panas semulajadi. Pemandangan gunung Fuji yang menakjubkan dapat dinikmati dalam jarak yang dekat, disamping kemudahan aktiviti rekreasi yang pelbagai seperti galeri seni dan aktiviti untuk pelayaran menjadikan ianya satu destinasi popular ketika musim panas.
Persiaran Tasik Ashi dengan menaiki kapal lanun mewah
Kapal lanun ini adalah bermotifkan kapal perang pada abad ke 17~18. Kapal ini sudah pun beroperasi selama lebih setengah abad dan disayangi ramai oleh kerana nama timangannya yang unik. Terdapat tiga buah pelabuhan iaitu pelabuhan togen daiko, moto hakoneko dan juga hakone machiko yang setiap satunya mengambil masa perjalanan degan kapal lebih kurang 10 ~ 30 minit. Ketiga-tiga buah kapal iaitu "Royal II", "Vasa" dan "Victory" ini menyusuri Tasik Ashi dengan megah sekali. Oleh kerana terdapat beberapa tempat di mana anda boleh menyaksikan pantulan gunung Fuji di atas permukaan air, ia menjadikan kapal-kapal ini masih lagi dikunjungi oleh 1.8 juta orang pelancong secara purata setiap tahun.
-
-
Address
161, Hakone, Hakone-machi, Ashigarashimo-gun, Kanagawa, 250-0521
View Map -
Nearest Station
Hakone-Yumoto Station (Hakone Tozan Railway)
-
Address
161, Hakone, Hakone-machi, Ashigarashimo-gun, Kanagawa, 250-0521
Pemandangan menakjubkan empat musim di Hakone
Berhadapan dengan Tasik Ashi ialah kereta kabel Hakone yang bermula dari Stesen "Togendai", merentasi Stesen "Ubako", Stesen "Owakudani" dan Stesen "Sounzan" ini mempunyai panjang keseluruhan hampir empat kilometer! Sejak dibuka pada tahun 1959, pada masa kini, ia dinaiki oleh lebih kurang 2 juta orang penumpang setiap tahun. Anda boleh menikmati keindahan alam semulajadi oleh pokok-pokok seperti Sakura, Tsutsuji, Ajisai dan Momiji yang berubah-ubah mengikut musim di sepanjang jalan merentasi gunung-ganang di Hakone. Pada hari yang cerah, anda juga boleh menyaksikan pemandangan Gunung Fuji nun jauh di sana. Kereta kabel Hakone-Tozan yang bersambung dari stesen terakhir iaitu stesen "Sounzan", membolehkan anda pergi ke Gora onsen (kolam air panas Gora) dan seterusnya menaiki Hakone Tozan Train (Keretapi Hakone Tozan) menuju ke "The Hakone Open-Air Museum" (Galeri Seni Terbuka Hakone).
Peringatan: Sebahagian dari perkhidmatan kereta kabel diberhentikan untuk tempoh seketika bermula dari Februari 2016 sehingga diberitahu kelak. Untuk makluman lanjut, sila rujuk di laman "Hakone Navi"
-
-
Address
1300, Gora, Hakone-machi, Ashigarashimo-gun, Kanagawa, 250-0408
View Map -
Nearest Station
Sounzan Station (Hakone Tozan Cable Car)
- Phone Number 0465-32-2205
-
Address
1300, Gora, Hakone-machi, Ashigarashimo-gun, Kanagawa, 250-0408
Museum di mana anda boleh melihat pemandangan Tasik Ashi yang sungguh menakjubkan!
Muzium Narigawa ini yang menghadap ke Tasik Ashi dan berada di atas bukit kecil ini terletak lebih kurang tiga minit perjalanan kaki dari pelabuhan "Moto Hakone". Di muzium ini terdapat pelbagai koleksi lukisan moden. Di muzium ini juga ada dipamerkan "Mangekyo" yang memancarkan sinar unik tersendiri disamping hasil seni jed yang berasal dari negara China. Di samping itu, muzium ini juga menukar barangan pamerannya setiap tiga bulan sekali membuatkan anda tidak akan jemu. Lobi di tingkat bawah muzium ini yang dilitupi cermin sepanjang 50 meter dan turut disediakan kerusi khas di mana anda boleh menyaksikan gunung-gunung yang mengelilingi Tasik Ashi dan juga Gunung Fuji yang tersergam indah. Di kafe "Kisetsufu" ini anda boleh menjamu mata anda dengan pemandangan indah sambil menikmati teh yang sedap.
-
-
Address
570, Motohakone, Hakone-machi, Ashigarashimo-gun, Kanagawa, 250-0522
View Map -
Nearest Station
Odawara Station (Tokaido Shinkansen Line / JR Tokaido Main Line / JR Shonan Shinjuku Line / JR Ueno Tokyo Line / Odakyu Odawara Line / Hakone Tozan Railway / Izuhakone Railway Daiyuzan Line)
- Phone Number 0460-83-6828
-
Address
570, Motohakone, Hakone-machi, Ashigarashimo-gun, Kanagawa, 250-0522
Alami rotenburo (kolam air panas terbuka) sambil menikmati pemandangan Gunung Fuji!
Hotel resort yang terkenal di Hakone ini boleh diakses menggunakan kereta kabel dari Tasik Ashi. Kolam air panas ini merupakan salah satu dari 17 kolam di mana, airnya mengalir dari kolam air panas Sengokuhara dan di sini anda boleh berendam sambil menyaksikan pemandangan Gunung Fuji, seluas-luas mata memandang. Kolam air panas ini terkenal dengan kandungan alkalinya yang rendah disamping komposisi pelembap kulit yang tinggi dan dikatakan cukup baik untuk kulit. Kolam air panas ini juga diberi nama "Bihada no Yu" (Air panas untuk kecantikan kulit) oleh kerana reputasinya mengenai perasaan kulit yang menjadi lebih anjal selepas mandi di kolam air panas tersebut. Kolam ini dibenarkan masuk untuk para pengunjung yang datang hanya untuk berendam di kolam air panas, dari pukul 3 petang hingga 6 petang. Manakala, untuk pelanggan wanita pula, dibenarkan menggunakan kolam air panas ini dari pukul 3 petang sehingga 7 petang. Juga ada disediakan perkhidmatan menikmati wain sambil menyaksikan pemandangan Gunung Fuji. Apa salahnya sekiranya anda bersantai di kolam air panas yang dikunjungi ramai sejak sekian lama sambil menikmati pemandangan menakjubkan Gunung Fuji?
-
-
Address
Sengokuhara 1244-2, Hakone, Kanagawa, 250-0631
View Map -
Nearest Station
Sounzan Station (Hakone Tozan Cable Car)
Carian Ketersediaan/Tempah
-
29,500Yen ~ 1 Bilik, 2 Orang Dewasa
Kerana keadaan bagi setiap bilik mungkin berbeza sama ada dari segi bayaran terbaru atau butiran bayaran, sila pastikan di laman rakan niaga.
-
Address
Sengokuhara 1244-2, Hakone, Kanagawa, 250-0631
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Ueno Zoo (Ueno Zoological Gardens)
Zoos, Aquariums & Botanical Gardens
Ueno
-
Shinjuku Gyoen National Garden
Gardens
Shinjuku
-
The Imperial Palace
Other Architecture
Tokyo Station
-
Nezu Shrine
Shrines
Ueno
-
Ameyoko Shopping Street
Old Towns (Shitamachi)
Ueno
-
Tokyo Metropolitan Government
Landmarks
Shinjuku
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?