HOME Musim sejuk
Musim sejuk

Musim sejuk

Last updated: 22 Januari 2021

Musim sejuk di Jepun adalah diantara bulan Disember hingga bulan Februari. Pengaruh daripada kesejukan Siberia menyebabkan salji akan turun di kebanyakan kawasan di sebelah laut Jepun dan menyebabkan kawasan ini akan dilitupi salji hingga beberapa meter. Manakala, di kebanyakan tempat di sebelah Lautan Pasifik akan mengalami cuaca cerah dan kering. Purata suhu di Tokyo pada musim sejuk adalah lebih kurang 5 darjah. Berikut akan diperkenalkan kepada anda keseronokan musim sejuk dan acara musim sejuk yang menarik di Jepun.

Hari Krismas

Walaupun 25 Disember bukan hari kelepasan am seperti di negara-negara Eropah dan Amerika, Hari Krimas di Jepun tetap diraikan dengan cara yang tersendiri. Pokok Krismas dihias di pusat membeli belah sejak bulan November lagi. Lampu bekerlipan akan dihias di bandar-bandar, menjadikan suasana menyambut Krismas bertambah meriah. Keluarga dan pasangan kekasih akan meraikan dengan kek dan pelbagai jenis makanan yang disediakan semasa jamuan. Acara-acara sebegini menjadi lebih meriah pada petang 24 Disember berbanding hari sebenar.

Hujung tahun dan awal tahun

Hujung tahun dan awal tahun

Berbeza dengan negara Asia lain yang berjiran dengannya, Jepun merayakan kedatangan tahun baru pada 1 Januari. Pada hujung tahun dan awal tahun, kebiasaannya akan ada cuti yang panjang lebih kurang seminggu. Pada sebelah malam 31hb Disember yang dipanggil “oomisoka”, mee yang berbentuk halus dan panjang yang bermaksud “semoga dipanjangkan umur” akan dihidangkan.
Pada tahun baru, amalan mengunjungi “jinja” (kuil) yang dipanggil “hatsumoude” akan dilakukan serta amalan menjamah makanan yang dipanggil “osechi” iaitu pelbagai masakan dimuatkan kedalam kotak makanan yang dipercayai membawa tuah turut diamalkan hingga sekarang.
Pada masa permulaan jualan untuk tahun baru di pusat membeli belah, “fukubukuro” iaitu karung atau beg yang mengandungi pelbagai produk akan dijual. Ramai orang berebut untuk membeli fukubukuro walaupun sebelum dibeli kita tidak tahu apa isi dalamnya yang kebiasaannya harga produk lebih mahal dari harga yang dibayar.

Hari kekasih

Hari kekasih

Pada hari kekasih yang disambut pada 14 Februari, Jepun mempunyai budaya di mana orang perempuan memberi coklat kepada orang lelaki yang disukai. Selain daripada itu terdapat juga "Giri-choko", iaitu coklat yang diberi kepada rakan sekerja dan sebagainya, serta "Tomo-choko", iaitu coklat yang ditukar bersama rakan-rakan tanpa mengira jantina diberikan pada hari tersebut. Orang lelaki yang menerima coklat pula akan membalas dengan hadiah pada "White Day" yang disambut pada 14 Mac.

Bersukaria dengan permainan ski dan onsen (kolam air panas)

Bersukaria dengan permainan ski dan onsen (kolam air panas)

Di Jepun terdapat beberapa pusat peranginan ski yang tertumpu di Hokkaido, Tohoku, serta wilayah Shin-etsu. Pusat peranginan ski di Niseko, Hokkaido terkenal di dalam dan luar negara dengan "powder snow" (sejenis salji halus). Selain daripada ski, ramai juga pengunjung yang datang untuk bermain "snowboard" (papan luncur salji). Kebanyakan pusat peranginan ski turut menyediakan perkhidmatan menyewa peralatan dan pakaian ski. Sealin itu, Jepun merupakan negara yang kaya dengan onsen (kolam air panas semula jadi Jepun) dan ia boleh memanaskan badan yang kesejukan semasa musim sejuk. "Yukimi Onsen" adalah tradisi bermusim di Jepun di mana mereka berendam di dalam onsen sambil menikmati keindahan salji.

Pesta salji

Pesta salji

"Festival Salji Sapporo" ini diadakan selama seminggu pada awal bulan Februari di Bandar Sapporo, Hokkaido. Festival yang sangat terkenal ini menarik sebanyak 2 juta pengunjung setiap tahun. Festival ini menempatkan karya-karya seni berupa arca gergasi yang diperbuat daripada salji dan ais. Anda juga disyorkan untuk menikati pencahayaannya yang mengujakan pada sebelah malam.
Banyak acara dijalankan disini dan ramai orang dari seluruh negara berkunjung ke sini.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari