Kedai cenderahati dan "Antenna Shop"

Kedai cenderahati dan "Antenna Shop"

Update:

Semasa melancong sudah menjadi kebiasaan untuk membeli buah tangan kawasan dilawati untuk dibawa pulang seperti makanan atau barangan. Di Jepun, makanan atau barangan istimewa melambangkan kawasan tersebut boleh dibeli di kedai cenderahati atau di “Antenna shop” (kedai menjual produk tempatan yang baru di mana anda boleh mencuba sebelum membelinya).

Perbezaan antara kedai cenderahati dan "Antenna shop" di Jepun

Perbezaan antara kedai cenderahati dan "Antenna shop" di Jepun

Semasa melancong kesesuatu tempat, kedai cenderahati adalah tempat yang sering menjadi tumpuan untuk membeli makanan dan juga barangan istimewa tempatan. Tetapi “Antenna shop” adalah kedai yang dibuka jauh dari tempat asalnya dan berkonsepkan untuk memperkenalkan makanan dan barangan istimewa kawasan tempatan tersebut. Sebagai contoh, terdapat kedai di Ginza, Tokyo yang menjual barangan istimewa dari Okinawa. Selepas tahun 2000, kedai "Antenna shop" telah bertambah, dan di Tokyo “Antenna shop” bagi setiap kawasan telah dibangunkan.

Tempat terdapat kedai cenderahati

Tempat terdapat kedai cenderahati

Tempat untuk barangan cenderahati adalah semestinya di lapangan terbang. Lapangan terbang seperti di Tokyo, Osaka, Hokkaido dan sebagainya, mempunyai deretan kedai cenderahati yang tidak terbilang banyaknya di setiap tingkat. Barangan yang lupa dibeli semasa kesuntukan masa, mungkin boleh dijumpai di kedai cenderahati di lapangan terbang. Selain itu, stesen kereta api yang besar seperti Stesen Tokyo juga terdapat banyak deretan kedai cenderahati. Tempat tarikan pelancongan juga tersusun pelbagai kedai yang menjual barangan cenderahati.

Tempat terdapat "Antenna shop"

Tempat terdapat "Antenna shop"

Bagi bertujuan untuk memperkenalkan produk istimewa sesuatu tempat, ianya dibuka di tempat yang menjadi tumpuan ramai, dan sebahagian besar adalah di bandar Tokyo. Kedai-kedai pula dibahagikan mengikut kawasan. Terutamanya di kawasan Ginza, Tokyo terdapat banyak “Antenna Shop”. Manakala, oleh kerana penduduk asal sesuatu kawasan yang tidak mengetahui barangan istimewa tempatan semakin bertambah, maka usaha membuka “Antenna shop” untuk penduduk setempat di dalam kawasan itu sendiri banyak dilakukan pada masa sekarang.

Barangan yang dijual di kedai cenderahati dan "Antenna shop"

Barangan yang dijual di kedai cenderahati dan "Antenna shop"

Di setiap kedai, barangan disusun mengikut kawasan. Terdapat juga barangan kraftangan tradisi kawasan setempat, rantai kunci dan pen yang reka bentuknya bercirikan keistimewaan dan tarikan ditempat tersebut. Ianya juga dipenuhi barangan makanan, jika Hokkaido makanan laut seperti ketam dan telur ikan salmon, manakala Tochigi pula produk yang dijual adalah seperti gyoza Utsunomiya iaitu makanan istimewa kawasan tersebut. Turut dijual adalah aiskrim istimewa yang dibuat menggunakan buah-buahan di kawasan tersebut.

Barangan watak tempatan

Barangan watak tempatan

Dari tahun 2010 dan seterusnya, untuk mempromosikan barangan setiap kawasan “watak maskot bagi kawasan tersebut” telah menjadi tumpuan di Jepun, contohnya watak untuk kawasan Kumamoto dan Shiga yang menjadi sangat popular dan meletop. Watak yang menjadi popular bagi wilayah Shimane iaitu Istana Hikone (gambar) yang telah dicipta bagi mempromosikan tempat tersebut. Kebanyakannya menggunakan maskot haiwan yang mempunyai kaitan dengan kawasan itu dan dijadikan sebagai watak. Setiap barangan watak seperti anak patung, pen, pelekat dan pelbagai jenis lagi dijual di kedai cenderahati dan di “Antenna shop” dengan banyaknya.

Mi segera tempatan

Mi segera tempatan

Mi kegemaran masyarakat Jepun adalah “ramen”. Setiap kawasan mempunyai jenis dan perisa mi yang tersendiri, dan mempunyai mi segera produk tempatan. Mi segera Sappora yang bercirikan mi bersaiz besar dan berperisa miso adalah antara contohnya. Di kedai cenderahati dan “Antenna shop”, mi segera bagi kawasan tersebut dijual, dan anda boleh menikmati keenakan rasa tersebut di rumah.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini