Budaya kawaii merupakan budaya unik dari Jepun yang kian berkembang. Kami akan memperkenalkan 5 barangan pilihan yang melambangkan budaya ini, seperti barangan fesyen dan barangan yang lain.
Pek muka kabuki
Pek muka ini direka berdasarkan imej "kumadori" daripada seni tradisional Jepun iaitu kabuki. Kumadori adalah solekan corak pada muka pelakon kabuki. Emosi watak pementasan jelas kelihatan apabila mengenakan kumadori yang menonjolkan ekspresi muka. Pek ini mengandungi sehelai kumadori merah yang mewakili watak adil dan saksama, dan sehelai kumadori biru yang mewakili watak jahat. Bersamanya juga disertakan penerangan mengenai kumadori. Pek ini turut popular di kalangan lelaki dan juga sesuai dijadikan sebagai hadiah kepada rakan!
-
Issindo Honpo一心堂本舗 歌舞伎座木挽町店
- Address Kabukizakobikityouhiroba, 4-12-15, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061, Japan
Aksesori manisan
"Q-pot." merupakan kedai aksesori hiasan yang menjual aksesori-aksesori yang kelihatan seperti manisan sebenar, seperti kek, macaron dan sebagainya. Malah, Swarovski yang dipasang pada manisan tersebut membuatkannya lebih comel berbanding manisan sebenar. Terdapat juga sebuah kafe bermotifkan barangan Q-pot. yang bernama "Q-pot CAFE.", menyerong bertentangan dengan kedai ini. Silalah singgah ke sini sambil mengenakan aksesori manisan yang baru sahaja dibeli.
-
Q-pot. Harajuku flagship shopQ-pot.原宿本店
-
Address
3-7-11 Kita-Aoyama, Minato-ku, Tokyo, 107-0061
-
Nearest Station
Omotesando Station (Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Chiyoda Line / Tokyo Metro Hanzomon Line)
1 minute on foot
- Phone Number 03-5467-5470
-
Address
3-7-11 Kita-Aoyama, Minato-ku, Tokyo, 107-0061
Fesyen lolita
Fesyen lolita adalah fesyen pakaian yang dihasilkan bermotifkan imej pakaian barat dari abad ke 17 ~ 18. Pakaian yang dijual di "Innocent World" direka bentuk dengan menggabungkan konsep elegan dan kecomelan dan amat disukai oleh pelbagai lapisan umur. Warna-warna yang terkenal di sini adalah warna-warna yang kelihatan antik seperti warna ekru, bordeaux, serta hijau. Jika anda mengunjungi bangunan gaya barat di Tokyo berpakaian sebegini, mungkin anda dapat rasakan seperti berada di masa lampau.
-
Innocent WorldInnocent World原宿店
- Address 7F, COXY188, 1-8-8, Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0001, Japan
Fesyen gotik lolita
Walaupun fesyen gotik lolita mempunyai ropol dan renda seperti fesyen lolita, namun ianya terkenal kerana reka bentuknya yang kemas bergaya. Pakaian dari "ATELIER-PIERROT" menggunakan korset untuk menampakkan susuk tubuh badan yang lebih cantik. Tips untuk mengenakan fesyen ini adalah dengan memakai barangan bereka bentuk cantik dari kepala hinggalah ke kaki. Marilah memakainya di tempat yang ceria seperti di parti-parti.
-
ATELIER-PIERROTATELIER-PIERROT原宿本店
- Address Rafuo-reharazyukuB1.5F, 1-11-6, Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0001, Japan
Donut Shiretoco (panda kecil)
Donut ini mempunyai panda kecil yang comel mengintai dari dalam lubang pada donut tersebut. Haiwan yang mengintai dari lubang pada donut yang dijual di Siretoco Factory di Hokkaido (ibu pejabat) dan beberapa cawangannya yang lain adalah beruang. Donut yang mempunyai panda kecil ini hanya dijual di ecute cawangan Ueno. Terdapat 5 rasa yang berbeza untuk anda cuba, walaupun tidak sanggup untuk menjamahnya kerana kecomelan yang melampau-lampau.
-
Siretoco Factoryシレトコ ファクトリー エキュート上野店
- Address JRhigasinipponuenoekikounai, 7-1-1, Ueno, Taito-ku, Tokyo, 110-0005, Japan
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Mesin jualan automatik
-
Mencuba pakaian
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Ryokan (rumah inap)
-
Cenderamata yang mesti dibawa pulang ~versi budaya kontemporari~
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Dapatkannya di Tokyu Hands! 10 Barangan Alat Tulis Terpilih Untuk Keperluan Harian Anda
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
Kad bank luar negara