HOME Kabayaki belut
Kabayaki belut

Kabayaki belut

Last updated: 28 April 2017

Memperkenalkan "kabayaki belut" yang selalu dimakan di Jepun.

Apakah Kabayaki belut?

Apakah Kabayaki belut?

Kabayaki merujuk kepada cara penyediaan makanan, iaitu menambah perasa dengan sos soya dan sake, gula dan sebagainya lalu memanggangnya. Selain daripada belut, terdapat juga kabayaki ikan sanma atau ikan sardin Jepun.

Sejarah

Sejarah

Bermula dari zaman Edo, ia mendapat perhatian sebagai makanan tersendiri tempatan di kawasan yang mempunyai banyak ikan belut. Pada masa ini hasil tangkapan yang berkurangan menyebabkan harga meningkat, tetapi pada masa itu ia lebih dikenali sebagai makanan kelas pekerja yang murah.

Hari makan belut "doyonoushinohi"

Hari makan belut "doyonoushinohi"

Kebiasaannya pada musim panas di antara bulan Julai dan Ogos, terdapat hari di mana festival makan kabayaki belut diadakan. Hari tersebut dipanggil "doyonoushinohi". Ia merupakan adat tradisi dari zaman Edo, yang berlangsung pada tarikh yang berbeza setiap tahun tetapi kebiasaannya antara 20 haribulan Julai dan 10 haribulan Ogos, mengajak orang ramai memakan belut yang kaya dengan nutrisi dan pencegah natsubate (gejala penyakit pada musim panas).

Penggunaan sedikit perisa

Penggunaan sedikit perisa

Menabur rempah Sansho (lada sulah Jepun). Oleh kerana sansho yang aromatik mempunyai kesan menambah selera makan dan meningkatkan fungsi perut, ia mempunyai keserasian yang tinggi dengan belut yang berminyak.

Cara makan

Cara makan

Silalah suapkan ke dalam mulut kabayaki belut yang digaul dengan nasi putih. Bergantung kepada kedai, terdapat juga kabayaki yang dipanggang dengan formula misteri sos tare yang diwarisi turun-temurun.

Hidangan sampingan

Hidangan sampingan

Apabila membuat pesanan, anda akan diberi sup yang dibuat dengan mengambil rebusan air dari hati, usus, perut dan sebagainya yang dipanggil "kimosui" atau tulang belut yang digoreng "honesenbei" datang bersama dengan pesanan.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari